Friday, April 16, 2010

Penilaian Formatif

Penilaian formatif yang dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran sepanjang persekolahan dengan tujuan mengesan kemajuan pelajar sepanjang masa serta mendapat maklum balas secara berterusan;

Murid:
  • Memperkukuhkan pembelajaran yang telah berlaku.
  • Mengenalpasti kelemahan kesilapan yang perlu di atasi.
Guru:
  • Mengubahsuai strategi Pengajaran & Pembelajaran
  • Merancang kerja atau aktiviti kumpulan serta individu
  • Bimbingan ke arah pencapaian objektif.
  • Dijalankan secara formal atau tidak formal.
Alat yang digunakan ialah Ujian Penguasaan (Mastery Test), dimana ujian ini digubal oleh guru mata pelajaran itu sendiri, contohnya kuiz. Hasil penilaian tidak digunakan untuk tujuan pengredan. Oleh sebab itu Tujuannya ialah untuk memperbaiki Pengajaran dan Pembelajaran.

Tafsiran
    Ujian ini digunakan berbentuk Rujukan Kriteria. Pencapaian pelajaran tidak dibandingkan dengan orang lain, tetapi dirujuk dengan objektif-objektif atau kemahiran-kemahiran tertentu yang telah ditetapkan. Ujian ini ditadbir di akhir kemahiran, unit atau sub topik pelajaran.

No comments:

Post a Comment