Menurut Loomax dan Moosavi (1998) mendapati penggunaan humor dalam pengajaran dalam mengurangkan tekanan, meningkatkan suasana pembelajaran, menjadikan pembelajaran lebih seronok dan menarik perhatian pelajar, meningkatkan interaksi antara pelajar dan guru. Provine (2000) pula berkata, penggunaan humor dalam pengajaran juga dapat meningkatkan perlakuan efficacy kendiri seseorang, terutama dalam kalangan pelajar yang agak malu dan kurang mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. Humor bukan sahaja merupakan salah satu langkah guru dalam menarik minat terhadap pengajarannya kepada pelajar, disamping itu ia juga mampu menyumbangkan suasana yang kondusif, bukan sahaja dalam diri pelajar bahkan dalam diri guru itu sendiri. Antara kelebihan pendekatan humor dalam P&P ialah;
- Mengurangkan tekanan; Menurut Duncan, Smelter dan Leap (1990), humor mampu memberi peranan bagi menghadapi situasi yang tegang, mengurangkan tekanan, membolehkan seseorang berhadapan dengan kebosanan dan meningkatkan rasa pemilikan.
- Meningkatkan hubungan dengan orang lain; Humor sebenarnya meningkat hubungan komunikasi antara guru dan pelajar, secara tidak langsung ia juga meningkatkan kerjasama antara pelajar apabila aktiviti kumpulan dijalankan.
- Mengurangkan konflik; Sesuutu konflik dapat dihindarkan atau dikurang apabila kita berjaya menimbulkan suasa humor. Disamping itu, ia juga dapat memudahkan membuat keputusan dengan mudah untuk menyelesaikan konflik dalaman.
- Membina dan mengekalkan harmoni; Humor juga dapat mengeratkan hubungan dua hala antara guru dan pelajar. Dengan kata lain humor mampu mengwujudkan hubungan kekeluargaan, hingga menghasilkan sifat saling membantu, saling mempercayai dan saling menghormati. Hubungan yang mesra akan melahirkan suasana P&P yang lebih kondusif antara guru dan pelajar.
Artikel yang menarik...ramai guru sukar melakukanya..
ReplyDeleteGuru perlu mempunyai banyak kaedah untuk membantu pembelajaran pelajar.
ReplyDelete