Monday, April 5, 2010

Persediaan Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Yang Tersayang


Kalau hendak bercerita tentang hubungan suami isteri tidak mungkin habis begitu sahaja, pendek kata topik hubungan suami isteri sentiasa hangat hendak diperbincangkan. Selalunya, tidak kira Lelaki ataupun Perempuan, mereka sangat teruja untuk menyediakan diri sebelum hari perkahwinan berbanding hari selepas berumahtangga. Apa selepas beberapa Minggu selepas sah perkahwinan, semuanya telah dilupakan. Si Lelaki kembali seperti biasa, jika dulu sebelum hari nikah, sanggup bercukur sana-sini, mandipun menggunakan sabun paling wangi dan mahal, tetapi setelah benikah mandipun ala kadar sahaja. Kalau dulu kalau tak mendengar suara pun asyik teringat-ingat, kini asyik berlepak dengan kawan-kawan di kedai kopi.

Manakala si Perempuan pula, lebih gemar bergaya santai dengan kain batik bersama-sama T-shirt lusuh. Rambut pula, kadang kalau sikat dan ada ketikanya kusut masai. Tiada lagi yang menarik pada suami isteri, Cuma Nampak bergaya di tempat kerja. Jadi, tidak hairanlah sekiranya tiada lagi hubungan mesra antara suami isteri. Tiada lagi hubungan hangat dan mengghairahkan. Sekiranya ini terjadi pada diri anda, sudah tentu anda tidak dapat merasai kenikmatan dalam hubungan suami isteri.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada anda dan pasangan bertindak segera, agar situasi tersebut tidak berpanjangan. Carilah jalan supaya, anda dan pasangan kembali romantik seperti zaman bercinta dahulu. Antaranya dengan mennyambut hari ulang tahun perkahwinan. Ini adalah Tarikh paling bermakna selain tarikh hari lahir pasangan anda. Persoalannya apakah persediaan anda untuk menyambut hari yang paling bermakna bersama-sama dengan pasangan anda. Semoga ulang tahun perkahwinan kali ini akan menjadi kenangan paling manis, cubalah ikuti tip di berikut;

Berterus terang: Luahkan perasaan anda pada pasangan, jangan malu, kelak nanti anda yang rugi. Beritahu pasangan setiap apa yang anda rasa pada dirinya. Tidak yang tersurat atau tersirat. Janganlah kedekut untuk memuji pasangan anda. Tetapi berhati-hati ketika meluah perasaan, agar pasangan tidak berjauh hati.

Berbual mesra dengan si dia: Sambil berbual, beritahu pasangan apa yang anda inginkan daripadanya. Tetapi jangan terlalu banyak bercerita tentang apa yang anda inginkan sahaja, sehingga anda terlupa apa yang sepatutnya anda berikan kepada pasangan anda. Sebenarnya cara ini dapat merangsangkan emosi dan perasaaan pasangan anda.

Ciuman yang menghangatkan suasana: Jangan sesekali anda lupa memberi ciuman yang penuh perasaan pada pasangan anda, kerana ia penting untuk membuat hubungan menjadi lebih intim. Tetapi janganlah berhenti begitu sahaja, teruskanlah dengan usapan mesra dan belaian yang penuh kasih sayang.

Hiasi diri sebelum tidur: Ketahuilah bahawa penampilan diri sangat penting untuk menambat hati pasangan. Lebih-lebih lagi ketika di dalam Rumah. Pikatlah pasangan dengan penampilan seksi dan mengghairahkan.

Sentuhan lembut: Setiap kali melihat si dia, timbul rasa kasih saying dan tidak ingin berpisah. Agar anda menjadi igauan si dia, apa kata belai dirinya dengan secukupnya.

Renungi matanya: Renungilah matanya dalam-dalam, kerena ia pasti menghangatkan lagi suasana. Pada masa yang sama jangan lupa wangi-wangian yang mengharumkan.

Hari yang ditunggu kini tiba. Tunggu apa lagi? Berikanlah apa yang sepatutnya sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan yang paling bermakna. Agar hubungan intim anda lebih hangat iringilah dengan aktiviti yang lebih romantik.

No comments:

Post a Comment