Wednesday, April 28, 2010

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Sasiah Kanak-kanak


Pengaruh Keluarga
Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak banyak menghabiskan masa bersama keluarganya daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut;
  • Jika kanak-kanak hidup dengan kritik, dia belajar membenci.
  • Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, ia belajar berkelahi.
  • Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar jadi cemas atau bimbang.
  • Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.
  • Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar jadi sabar.
  • Jika kanak-kanak selalu diberi galakkan, dia belajar yakin akan dirinya.
  • Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.
  • Jika kanak-kanak merasakan dirinya diterima dia belajar berkasih sayang.
  • Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia dapat menghargai keadilan.
  • Jika kanak-kanak hidup dalam kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.
  • Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.
  • Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga kanak-kanak yang sihat akan memberi reaksi yang berlainan terhadap ibu bapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah lembut tetapi selalu sakit.

Pengaruh Tadika/Sekolah

Bilik darjah – Kanak-kanak akan berasa gembira selesa, suka berkerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana belajar. Keadaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung terhadap sikap guru terhadap kerja dan murid-murid.
Guru – Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah langkah guru, mengikut nasihat dan bimbingannya.
Displin – Displin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Displin yang ketat akan membuat kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Displin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak mematuhi peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuat kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.

Pengaruh Fizikal
Keletihan – Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.
Kekurangan makanan – Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selau berduka.
Penyakit – Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers