Judual Pentuan Ujian digunakan bertujuan mempertingkatkan kualiti ujian dengan membolehkan ujian yang dibina mencapai kesahan kandungan yang tinggi. Ia berfungsi sebagai dokumen yang merakamkan buah fikiran dan keputusan yang dibuat oleh pembina ujian tentang perkara-perkara berikut:
- Isi kandungan yang akan diuji
- Kemahiran yang harus dipelajari oleh pelajar
- Pemberatan relatif isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji.
- Format item dan ujian yang akan digunakan. Bilengan soalan yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukan untuk ujian.
Merekod Isi Kandungan (Paksi Tegak)
- Bilangan tajuk dan perincian tajuk ditentukan berasaskan skop isi kandungan.
- Bilangan tajuk hendaklah mencukupi supaya ia dapat merangkumi isi kandungan yang hendak diuji.
Merekod Kemahiran (Paksi Ufuk)
- Kemahiran boleh dikategorikan dengan frasa tertentu seperti meramal kejadian daripada tindakan membezakan Huraian dengan penghakiman.
- Kemahiran kognitif juga boleh dikategorikan dengan Istilah am seperti pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan lain2.
Beberapa skema yang boleh digunakan untuk mengkategorikan kemahiran pelajar adalah seperti berikut;
- Skima Ebel (1965)
- Pemahaman Istilah
- Pemahaman fakta, prinsip, kesimpulan
- Kebolehan menerang dan mendemontrasi
- Kebolehan mengira
- Kebolehan meramal dalam keadaan tertentu
- Kebolehan untuk mencadang tindakan yang sesuai
- Kebolehan membuat penilaian
- Walbesser (1965)
- Mengenalpasti
- Membezakan
- Menamakan
- Menyusun
- Menghurai
- Menggunakan peraturan
- Menyatakan peraturan
- Medemontrasi
- Menginterprestasi
- Taksonomi Bloom (1956)
- Pengetahuan
- Kefahaman
- Aplikasi/Penggunaan
- Analisis
- Sintesis
- Penilaian
Kategori yang digunakan hendaklah menggambarkan dengan tepat aspek-aspek yang ditekankan dalam pelajaran. Perkara menentukan pemberatan relatif untuk aspek isi kandungan dan kemahiran adalah seperti berikut;
- Tentukan bilangan item yang akan digubalkan bagi setiap tajuk isi kandungan, rekod dan pastikan bilangan ini sama dengan bilangan item yang akan digubal pada setiap kategori kemahiran.
- Bagi setiap tajuk kandungan tentukan bilangan item yang akan digubal pada setiap kategori kemahiran.
- Jumlahkan bilangan item bagi setiap kategori kemahiran, pastikan bilangan ini sama dengan bilangan item dan ujian
No comments:
Post a Comment