Apa yang perlu dilakukan oleh orang yang menunggu atau menziarahi orang yang hampir mati ialah membisikkankalimah tauhid ke telinga orang sedang nazak dan membaca surah Yasin.
Sekiranya kita menziarahi orang sakit dan ia sedang menghadapi sakaratulmaut, selain daripada membaca Yasin, wajarlah kita mendoakan Keselamatan dan kesejahteraan keatasnya. Kita dilarang sama sekali menyebut-nyebut keburukannya dan juga berteriak atau menangis sehingga melewati batas. Ummu Salamah telah meriwayatkan satu hadis yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah masuk menziarahi Abu Salamah, sedangkan mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah s.a.w. menutupnya kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya roh apabila diambil oleh malaikat akan dituruti oleh pandangan mata si mati itu."Mendengar hal demikian sebahagian dari keluarganya riuh rendah menangis dan menyebut-nyebut nasib malang yang menimpa mereka dari bencana kematian itu. Lalu Baginda s.a.w. bersabda lagi bermaksud:
"Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik kerana Malaikat memohon supaya Allah mengabulkan apa yang kamu katakana sama ada baik atau buruk."
Kemudian Baginda s.a.w. berdoa dengan katanya yang bermaksud:
"Ya Tuhanku, ampunilah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk dan jadilah sebagai ganti untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan dan ampunilah bagi kami dan baginya wahan Tuhan sekalian Alam, dan lapangkanlah kuburnya serta berikan kepadanya cahaya menerangi kuburnya." (Muslim)
Itulah sebaik-baik doa apabila kita menziarahi orang mati sepertimana yang disunnahkan.
No comments:
Post a Comment