Thursday, August 5, 2010

5+5 = Sebelas


Sudin murid tahun empat yang agak lembab dan suka menyendiri. Cikgu yang paling dia takut ialah Cikgu Rahim, iaitu guru matematik sekolahnya. Bila dengar suara Cikgu menengking, dia rasa nak terkencing pulak. Suatu hari Cikgu memulakan kelas dengan menguji kecekapan congak anak muridnya. Semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. Semua murid mesti jawab spontan dan tidak boleh menggunakan jari..


Bila tiba giliran Sudin, Cikgu Rahim meninggikan suara lalu bertanya "5 + 5 berapa?" "Cepat!!!!!" tengking Cikgu Rahim lagi.

Apalagi Sudin, cuba mengira dengan menggunakan jari, lalu dia memasukkan kedua-dua tangannya dalam poket seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghitung. Sudin merasa nak terkencing , sebab takutkan Cikgu Rahim. Cikgu Rahim senyum melihat telatah Sudin.

Cikgu Rahim menengking lagi, "Cepat Sudin! 5 + 5 berapa?"

"Sebelas cikgu" jawab Sudin.


Cikgu Rahim ketawa....Sudin terpinga-pinga...

No comments:

Post a Comment