Idea perniagan boleh dijana dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak manusia dalamkehidupan harian, keperluan dan kehendak terdiri daripada produk dan perkhimatan.
Keperluan adalah perkara-perkara asas yang mesti dimiliki dan digunakan oleh anggota masyarakat. Contohnya makanan, pakaian dan tempat perlindungan. Kehendak pula adalah keinginan terhadap sesuatu yang lebih sempurna daripada keperluan dan boleh memberi kepuasan kepada seseorang individu atau masyarakat. Kehendak biasanya dipengaruhui oelh budaya, tahap pendidikan, keperibadian dan kemampuan individu atau masyarakat. Sebagai contoh, setiap orang perluakan rumah atau tempat tinggal, tetapi pemaju-pemaju perumahan menyediakan pelbagai jenis rumah di negara ini kerana adanya kehendak pelanggan yang berbeza. Biasanya orang yang berpendapatan tinggi berkehendakkan rumah mewah di kawasa eksklusif. Ada pula orang-orang yang hendakkan rumah jenis sederhana dan permintaan terhadap rumah murah kerana kemampuan yang berbeza.
Oleh kerana kehendak dan keperluan manusiaadalah berbagai dan tidak terhad, maka banyaklah idea perniagaan boleh dijana. Idea perniagaan boleh dijana dengan melihat faktor-faktor seperti berikut;
- Struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
- Data import dan eksport
- Sumber pendapatan dan penemuan teknologi
- Rantaian industri
- Undang-undang dan peraturan kerajaan
- Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
- Masalah sosial setempat
- Media massa dan media elektronik
No comments:
Post a Comment