Friday, August 20, 2010

Kaitan Persekitaran dan Keturunan dengan Kecerdascerdas dan


Ramai pakar psikiatari berpendapat bahawa keturunan seseorang dan persekitaran (tempat bermastautin) boleh mempengaruhi kecerdasan. Misalnya, jika seseorang itu diasuh dengan pendidikan awal yang sempurna, akan mendapat keupayaan mental yang lebih cerdas apabila telah dewasa. Pendedahan seseorang dalam sesuatu persekitaran juga dapat dilihat dari segi pendedahan mereka dalam persekitaran positif atau negatif. Mereka yang berfikiran positif akan lebih cenderung kepada pemikiran positif, mental mereka akan lebih aktif untuk melakukan kerja-kerja positif, kreatif dan mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, mereka yang dilingkungi oleh kawan atau sanak saudara yang malas, negatif dan kurang daya kreativiti, secara semula jadi akan mempengaruhi fikiran mereka yang tidak jauh berbeza daripada norma sosial.

Menurut Dr. H. J. Butcher, kita tidak boleh berbuat apa-apa terhadap gen manusia, tetapi kita boleh melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan sosial dalam amalan pendidikan. Menurut Victor Serebriakoff pula, pendidikan awal seseorang kanak-kanak amatlah penting bagi menentukan kecerdasannya, terutamanya kanak-kanak yang pintar. Dr. Linda L. Davidoff pula berpendapat kaum kulit putih mencapai nilai IQ lebih tinggi daripada kaum kulit hitam.

Melalui kajian ahli psikologi pendidikan, Authur Jensen mendapati faktor keturunanlah yang menentukan perbezaan kecerdasan IQ. Beliau menyarankan dalam rencana tulisannya harvard Educational Review, didapati;

  1. Kajian mengenai relatif darah menunjukkan bahawa keturunan menentukan lebih kurang 80% perbezaan nilai IQ terhadap mereka yang mengambil ujian IQ tersebut. Baka atau gen berperanan dua kali ganda menentukan IQ seseorang.
  2. Kaum kulit hitam mencapai nilai IQ yang berbeza berbanding dengan kaum kulit putih. Dengan perkataan lain, kaum kulit hitam lebih cerdas dalam pelajaran yang melibatkan penghafalan, manakala kaum kulit putih lebih cenderung kepada pemikiran abstrak. Kaum kulit hitam dan kaum kulit putih mungkin mewarisi keupayaan intelektual yang berbeza.
  3. Jika nilai IQ yang dicapai oleh kaum kulit hitam adalah disebabkan mereka hidup dalam keadaan persekitaran yang tidak memberangsangkan, program pendidikan yang sempurna boleh meningkatkan nilai pencapaian IQ yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment