Sunday, August 22, 2010

Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih


PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka – tetapi jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.

Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru.

Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada 'sistem terbuka' bagi menambah sumber guru terlatih.

Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.

Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.

Sumber: http://www.tutor.com.my/

No comments:

Post a Comment