Monday, August 16, 2010

Memilih Idea Perniagaan

Menilai keserasian idea dengan diri: pengalaman, pengetahuan, kemahiran, modal dan minat

Pengalaman yang dimiliki

Biasanya, seseorang usahawan itu menjalankan perniagaan yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan pengalaman kerja. Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah yang mempunyai pengalaman luas mengenai pendidikan awal kanak-kanak meletakan jawatan dan menceburi dalam bidang yang hampir sama dengan kerjayanya yang sebelum ini, iaitu membuka sebuah taman asuhan kanak-kanak. Begitu juga dengan seorang tukang masak yamg mempunyai kemahiran dalam memasak, boleh membuka sebuah keadi makan.

Pengetahuan

Selalunya pengalaman yang dimiliki seseorang tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan. Usahawan perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan terutama dalam apa yang perlu dilakukan untuk perniagaan yang diceburi. Misalnya seorang pakar masakan, apabila membuka sebuah restoren, ia bukan sahaja perlu mengetahui cara penyediaan makanan, tetapi juga cara menguruskan perniagaan, menyediakan akaun, mengatur jadual pekerja serta mengendalikan pelanggan. Walaupun diketahui ia boleh mengupah pekerja lain melakukan kerja untuk ia tetapi adalah lebih baik jika usahawan itu melakukan sendiri supaya ia dapat mengetahui segala perjalanan perniagaannya dan dengan itu tidak mudah ditipu.

Kemahiran

Selain daripada pengalaman dan pengetahuan diri, ia mestilah kemahiran atau cekap melakukan kerja dalam bidang yang dipilih. Kemahiran ini selalunya lahir dari pengalaman dan pengetahuan. Kelebihan ini adalah sesuatu yang sukar dimiliki. Contohnya tukang ukir yang mahir dalam menghasilkan ciptanya dalam tempoh yang singkat dan bermutu tinggi. Kemahiran merupakan aset yang sangat penting kerana tidak semua orang memiliki kelebihan ini.

Kemampuan modal

Kemampuan modal seseorang usahawan menentukan sebesar mana perniagaan itu boleh dijalankan. Dalam erti kata lain, perniagaan yang hendak dibuka perlulah sesuai dengan kemampuan kewangan yang ada. Sekiranya seseorang itu mempunyai impian untuk membuka perniagaan besar dan memerlukan modal berjumlah jutaan ringgit, mungkin keingan itu terpaksa dipendamkan dahulu sekiranya ketiadaan modal yang mencukupi. Oleh itu modal adalah perkara-perkara asas yang perlu difikirkan sebelum meneruskan idea untuk membuka sesebuah perniagaan. Walau bagaimanapun sekiranya kemampuan modal itu terhad, seseorang bolehlah membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menggunakan sumber modal yang sedia ada. Dia mestilah bersabar dan berusaha dengan lebih lagi demi cita-citanya. Ramai usahawan yang berjaya bermula dari usaha secara kecil-kecilan. Usaha yang begini selalunya berhasil kerana berpeluang melihat kelemahan dan kelebihan yang dihadapi semasa menjalankan perniagaan tersebut. Ketiadaan modal yang mencukupi bukanlah penghalang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Minat

Ramai usahawab terutamanya golongan muda, mula menceburi dalam dunia perniagaan disebabkan minat. Minat adalah sesuatu perkara yang harus diambil kira secara serius kerana minat dapat memberi keyakinan dan rasa tanggungjawab yang lebih keatas perniagaan yang akan dimajukan. Oleh kerana minat, seseorang itu akan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kerjayanya. Ia akan berkerja lebih masa semata-mata kerana minat.

Menilai penerimaan masyarakat

Kerasian idea dengan nilai masyarakat setempat perlu diberi perhatian serius sebelum memulakan operasi perniagaan. Peluang perniagaan perlu diselaraskan supaya tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat. Contohnya, disko dan tempat perjudian yang dibuka di kampung Melayu adalah bertentangan dengan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Idea ini tidak sesuai dijalankan walaupun ia sah dari segi undang-undang.

No comments:

Post a Comment