Thursday, August 5, 2010

Gout


Gout adalah sejenis gangguan metabolik yang berkaitan dengan peningkatan asid urik dalam darah.

Biasanya, asid urik yang berlebihan akan bertukar menjadi kristal natrium urate yang berbentuk jarum. Ia akan berkumpul di sendi-sendi menyebabkan bengkak dan sakit.

Salah satu faktor pengumpulan asid urik adalah pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin dengan berlebihan.

Paras asid urik yang biasa bagi lelaki ialah 202.3-416.5 µmol/L, manakala bagi perempuan pula ialah 142.8 – 339.2 µmol/L

Pengurusan Diet

  1. Elakkan makanan yang tinggi kandungan purin. Hadkan makanan yang sederhana dalam kandungan purin.
  2. Hadakan pengambilan lemaka yang akan melambatkan proses perkumuhan asid urik.
  3. Pengambilan protien yang sederhana khususnya daripada makanan rendah kandungan purin contohnya; telur, susu, nasi dan sayur-sayuran.
  4. Minum cecair yang banyak iaitu 2-3 liter atau 8-12 gelas sehari.
  5. Mengalakkan penurunan berat badan secara perlahan untuk individu-individu yang belebihan berat badan. Pengurangan berat bada secara pantas akan mempercepatkan serangan gout.
  6. Hadkan atau elakkan minuman beralkohol.

KUMPULAN MAKANAN BERDASARKAN KANDUNGAN PURIN

Kumpulan 1: Kandungan Purin Tinggi (100-1000 mg kandungan purin nitrogen dalam setiap 100 gram makanan. Tidak sesuai untuk pesakit gout).

Ikan bilis
Otak
Stok/Sup Pekat
Itik/Angsa
Jantung
Ikan Parang
Hati
Ikan Tenggiri/Kembong
Pati Daging (Contoh; Bovril, Bonox)
Siput Sudu/Kupang
Udang/Belacan
Telur Ikan
Sardin
Siput
Ikan Pari
Ragi

Kumpulan 2: Kandungan Purin Sederhana (9-100 mg kandungan purin nitrogen dalam setiap 100 gram makanan)

Daging/Ikan (yang bukan dalam kumpulan 1)
Ayam
Makanan laut
Asparagus
Kacang kering
Bunga Kobis/Kobis
Lentil/Dal
Cendawan
Kacang Pea
Bayam
Tomato

Kumpulan 3: Kandungan Purin Rendah Atau Tiada

Roti/Biskut/Kek
Mentega/Majerin
Minuman Bijirin
Makanan Bijirin
Keju
Coklat
Kopi
Bahan Perisa
Krim
Kastad/Puding
Telur
Lemak/Minyak
Buah-buahan
Herba
Aiskrim
Susu
Mi
Kacang (Kacang Tanah, Biji Gajus)
Pasta
Acar
Bertih Jagung
Nasi
Garam
Gula
Teh
Sayur-sayuran (yang tidak tedapat dalam kumpulan 2)
Cuka
Sos berkrim.

No comments:

Post a Comment