Friday, August 20, 2010

Barah kepala, leher


Lelaki lebih berisiko tinggi hidap barah sekitar mulut, bibir dan belakang hidung

KITA lebih mengenali barah payu dara sebagai ancaman utama di negara ini biarpun hakikatnya barah kepala dan leher juga agak membimbangkan.

Buktinya, statistik pada 2006 menunjukkan sejumlah 2,884 kes barah di bahagian sekitar kepala dan leher di Semenanjung Malaysia yang menjadikannya antara kumpulan barah utama berbanding payu dara (3,525 kes), kanser kolorektal (2,866) dan paru-paru sebanyak 2,048 kes. Barah kepala dan leher ini merujuk barah nasofaring, oral, bibir, hidung, sinus, laring, orofaring, hypofaring, tiroid dan kelenjar liur.

Menurut Pakar Perunding Telinga Hidung dan Tekak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Dr Yap Yoke Yeow, ramai tidak menyedari bahawa barah membabitkan kepala dan leher yang paling kerap dilaporkan adalah kanser nasofaring atau NPC iaitu 981 kes, kanser tiroid (891), kanser mulut (428), kanser kelenjar liur (142), kanser faring (113) dan kanser sinonasal (113).

"Mengikut jantina, lelaki adalah 1.2 kali lebih kerap menghidapi kanser kepala dan leher berbanding wanita yang mana lelaki lebih kerap menghidapi kanser nasofaring, laring dan faring. Dari segi kumpulan etnik pula, kanser laring, mulut dan faring lebih kerap berlaku pada bangsa India diikuti Melayu manakala kanser nasofaring pula lebih dialami bangsa Cina diikuti Melayu dan India," katanya.

Kanser NPC yang menyerang kawasan belakang hidung adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi lelaki. Pada 2006, sejumlah 981 kes NPC dikesan di Semenanjung Malaysia dan jumlah itu dikatakan mungkin meningkat.

"Mereka yang berisiko menghidapi NPC dan paling kerap adalah bangsa Cina diikuti Melayu dan bangsa Asli Malaysia Timur, manakala jika mengikut jantina lelaki adalah tiga kali lebih berisiko berbanding wanita dan usia puncak adalah 50 hingga 70 tahun.

Menurut Dr Yap, antara faktor risiko NPC adalah merokok, minum arak, mengunyah tembakau dan daun sireh, memakan ikan masin sejak usia muda dan terdedah kepada habuk kayu.

Gejala awal NPC termasuk antaranya adalah bengkak leher, pemandangan bertindih, sakit kepala, bunyi berdesing di telinga atau kurang pendengaran dan kesan darah dalam atau hingus. Ujian darah (EBV serology) boleh dilakukan bagi menyaring penyakit ini. Kanser nasofaring peringkat awal punya peluang untuk disembuhkan menerusi rawatan radioterapi dan kemoterapi.

Selain NPC, berikut adalah penjelasan mengenai beberapa lagi jenis kanser yang termasuk dalam kategori kanser oral, kepala dan leher:

Kanser oral

Merangkumi kanser di mulut atau lidah dan sangat lazim berlaku. Ia adalah kanser yang terangkum dalam kanser kepala dan leher ketiga paling lazim di Malaysia. Pada 2006, sejumlah 238 kes kanser mulut dikesan di Semenanjung Malaysia. Kanser oral kerap di kesan di lidah, pipi dan lantai mulut. Kumpulan etnik yang sering menghidapi kanser ini adalah bangsa India diikuti Cina dan Melayu. Lelaki dan wanita mempunyai peratus risiko yang sama sekiranya merokok, minum arak, mengunyah tembakau atau daun sireh, malnutrisi, kesihatan gigi atau mulut yang tidak baik dan melakukan seks oral.

Tanda-tanda awal kanser oral termasuk ulser di mulut atau lidah, bengkak dalam mulut, tompok putih atau merah di dalam mulut, kesukaran bercakap, kebas di dagu atau bibir bawah, gigi palsu menjadi longgar dan bengkak leher.

Pada peringkat awal, kanser oral boleh dirawat dengan berkesan, pertuturan boleh dibaik pulih walaupun lidah sudah dibedah. Apapun kadar kelangsungan hidup bagi kanser mulut yang lewat adalah rendah.

Kanser laring

Kanser di peti suara dan agak lazim di Malaysia dan adalah kanser kepala dan leher keempat paling kerap. Kanser ini paling kerap terjadi dalam bangsa India diikuti dengan Cina dan Melayu. Lelaki adalah lima kali lebih berisiko berbanding wanita dan usia puncak 60 hingga 80 tahun. Faktor risiko merokok. Gejala awal penyakit ini termasuk pertukaran atau suara yang serak, kesukaran bernafas atau nafas berbunyi dan kesukaran menelan.

Kanser faring

Kanser di bahagian saluran pemakanan merangkumi orofaring (di belakang mulut) dan hipofaring (di sekitar peti suara). Kanser faring tidak lazim di Malaysia. Semua bangsa berisiko tinggi menghidapi kanser faring terutama pada lelaki berbanding wanita. Antara faktor risiko ini meningkat adalah merokok, minum arak, mengunyah sireh dan tembakau dan seks oral. Gejala awal kanser ini termasuk sakit tekak yang berpanjangan, sakit atau sukar menelan, sakit di dalam telinga, bengkak di leher dan kesan darah dalam air liur.

Kanser Hidung dan Sinus ( Kanser sinonasal)

Kanser sinonasal adalah kanser di hidung dan sinus. Kanser sinonasal tidak lazim di Malaysia tetapi ia adalah sejenis kanser yang agresif. Kanser ini lazim dihidapi bangsa Melayu, Cina dan India dan lebih berisiko dikalangan lelaki berbanding wanita berusia 60 hingga 80 tahun. Faktor risiko penyakit ini termasuk terdedah pada habuk kayu, terdedah pada nikel dan kromium, terdedah pada bahan kimia dalam industri kain dan kasut dan merokok. Antara gejala awal termasuk hidung tersumbat, pendarahan hidung, sakit atau kebas di muka, pemandangan bertindih dan sakit kepala

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
Sumber: http://www.bharian.com.my/

4 comments:

  1. Terima kasih kiriman gambar tersebut... saya bernasib baik kerana bukan perokok...

    ReplyDelete
  2. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    ReplyDelete
  3. Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete
  4. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    ReplyDelete