Tuesday, August 17, 2010

Kisah Malang Bulan Puasa


Ada tiga orang sahabat Abu, Amin dan Sudin, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 50 tingkat. Pada suatu petang di bulan puas, setelah tamat berkerja mereka pulang ke rumah untuk berbuka bersama-sama setelah membeli juadah berbuka di pasar ramadahan. pulang ke rumah. Namun malang sekali bagi mereka lif di apartment telah rosak….

Abu : Macamana ni…rumah kita ni di atas sekali?

Amin : Alamak! Macam mana ni? Kita kena panjat tangga! Waktu berbuka dah dekat ni.

Sudin : Aku rasa lebih baik kita panjat tangga lagipun entah bila lif akan dibaiki.

Abu dan Bakar : Jom!

Setelah sampai tinggi lima mereka rasa amat letih.... dan bosan..... Abu mendapat idea untuk mengurangkan rasa bosan dan letih

Abu : Aku ada satu idea, apa kata kita panjat tangga sambil bercerita, aku rasa kita cerita kisah malang kita je, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan cepat letih kerana ketawa terbahak-bahak.

Setelah idea Abu dipersetujui oleh Amin dan Sudin mereka mula bercerita dengan dimulai oleh Abu.....

Abu : Kisah aku memang malang. Pada masa aku kecil, keluarga aku amat miskin. Kami hanya dapat makan sekali sehari sahaja.....bla bla bla bla bla….. sungguh malang kisah hidup Abu.. sedih jugak kisah malang Abu hingga mereka tidak sedar mereka sudah sampai di tingkat 20.

Mereka merasa amat gembira kerana kerana dapat mengelak dari merasa letih dan bosan... setetusnya Amin pulak menyambung tugas untuk bercerita kisah malangnya.

Abu : Sekarang giliran ko pulak Amin.

Sudin : Nanti dulu. Kita tertinggal juadah berbuka dalam kereta.

Amin : Nak buat macam mana ni... aku tak larat nak turun... dah separuh jalan.

Abu : Tak pa kita naik dulu... kita berbuka dengan maggie dulu..

Amin dan Sudin : Ok

Abu : Amin! Mulakan cerita kisah malang ko pulak.

Amin: Sejarah hidup aku lagi malang, semasa umur aku 12 tahun aku terpaksa berhenti sekoleh untuk menyara dua orang adik aku, kerana kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya … bla bla bla bla……

Kisah malang yang diceritakan oleh Amin itu telah menyebabkan telah mereka semua menangis teresak-esak hingga tidak menyedari mereka telah sampai ke tingkat 40. Sudin yang paling kuat menangis.

Amin : Hai Sudin kuat benar hang menangis. Cerita ko macam mana pulak?

Abu : Ye la Sudin! ko cerita la pulak!

Sudin : Cerita aku ni paling malang sekali. Melibatkan kita semua

Abu : Kenapa pulak? (sambil memandang Amin)

Amin pun terpinga-pinga

Sudin : Ceritanya macam ni...(Sudin berhenti sekejap untuk menahan kesedihan)

Amin ; Cepat la Sudin! Tak sabar aku nak dengar.

Sudin : Kita semua malang sebab…Aku Tertinggal Kunci Rumah Dalam Kereta….

Abu, Amin dan Sudin: WAAA.

No comments:

Post a Comment