Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
- Nama perniagaan/projek
- Nama syarikat
- Tarikh siap Rancangan Perniagaan
- Surat-surat iringan
- Kandongan Rancangan Perniagaan
Bahagian pengenalan ini perlu memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu melebihi separuh muka suratdenagn maklumat-maklumat berikut;
- Jenis perniagaan yang diceburi
- Nama dan lokasi/alamat perniagaan
- Tarikh perniagaan akan beroperasi
- Tarikh perniagaan akan beroperasi
- Tren pasaran yang menjustifikasikan projek ini
Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik samaada Rancanag Perniagaan ini disediakan untuk;
- Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan
- Merancang perlaksanaan projek
- Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
- Lain-lain
Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti;
- Alamat - Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jiak tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
- Bentuk perniagaan - Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
- Tarikh dan Nombor Pendaftaran - Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
- Modal Permulaan - Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan Modal dibenarkan dan Modal Dobyar perniagaan
- Bank - Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permhonan pembiayaan pinjaman
- Nama penuh
- No. kad pengenalan
- Tarikh lahir
- Umur
- Alamat Tetap
- No telefon
- Taraf perkahwinan
- Kelulusan akedamik
- Kursus yang pernah dihadiri
- Kemahiran
- Pengalaman
- Pekerjaan sekarang
- Perniagaan yang pernah diceburi
- Pengenalan Organisasi: Alamat penuh Perniagaan & Pelan lokasi kedudukan
- Carta Organisasi
- Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
- Spesifikasi Tugas
- Imbuhan Balas jasa/ gaji
- Keperluan Pejabat
- Perbelanjaan Pentadburan: Perbelanjaan asset, Perbelanjaan bulanan & Lain-lain perbelanjaan.
- Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan: Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan
- Sasaran Pasaran: Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
- Saiz Pasaran: Langkah ini adalah untuk mereamal jualan pernaigaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
- Pesaing-pesaing utama: Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
- Kekuatan dan kelemahan pesaing: Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
- Syer pasaran: Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
- Ramalan Jualan: Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
- Strategi Pemasaran: Strategi Barangan (Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej & Corak pembungkusan dan jenama berkaitan), Strategi Promosi (Bentuk Promosi yang dicadangkan), Strategi harga (Harga seunit yang dicadangkan) & Strategi edaran (Corak pengedaran yang dicadangkan & Kenderaan atau kaitangan pemasaran).
- Carta aliran Proses: Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran barangan atau penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini di ersembahkan dalam carta proses kerja.
- Unit pengeluaran / jam operasi: Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
- Keperluan bahan: Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belain di buat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
- Tenga Kerja: Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Natakan status pekerja berkenaan.
- Mesin dan peralatan: Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
- Susunatur Ruang Operasi: Nyatkan factor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susunatur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik susun atur tersebut.
- Lokasi: Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan samada sewaan atau belian.
- Overhed operasi: Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.
- Perbelanjaan Operasi: Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.
- Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut;
- Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
- Penyata-penyata kewangan - Aliran wang tunai, Penyata pendapatan, Kunci kira-kira & Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
- Kos pelaksanaan Projek - Pelaburan asset tetap (Termasuk semua asset yng dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga asset-aset ini. Termasuk juga kos ubahsuai), Modal Pusingan (Merangkumi perbelanjaan pentadbiran , pemsaran dan operasi) & Lain-lain perbelanjaan (Seperti deposit sewaan dan utility serta belanja permulaan - bayaran pendaftaran perniagaan, lessen dn sebagainya)
- Sumber Pembiayaan Projek (SPP) - Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau asset. Nyatakan nilai asset jika sumbangan adalah asset, Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal & Sewabeli merangkumi pembiayaan asset teap perniagaan. ( mesin operasi peralatan dan kenderaan).
- Proforma penyata Aliran Wang Tunai - Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.
- Proforma Penyata Pendapatan - Proforma penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan proforma penyata aliran wang tunai.
- Proforma Kunci kira-kira - Penyata ini juga selaras dengan proforma penyata pendapatan.
- Analisis Daya Maju Kewangan - Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah. Diantara petunjuk-petunjuk dayamaju kewangan yang kerap digunakan ialah Nilai kini bersih, Kadar Pulangan dalaman, Nisbah faedah kos & Tempoh pulang modal.
- Dokumen-dokumen sokongan - Surat sebutharga, Sijil kursus, Surat sokongan pihak tertentu, Surat dapat tender, Sijil pendaftaran syarikat, Salinan permit/lessen, Surat-surat kepujian, Bukti modal sendiri & Salinan Cagaran.
No comments:
Post a Comment