Tuesday, June 8, 2010

Dato Sagor

Dato' Sagor ialah salah seorang daripada Orang Besar Delapan Perak. Gelaran penuh ialah Orang Kaya-kaya Seri Agar DiRaja. Nama sebenarnya ialah Ngah Kamdin bin Radin Lope, keturunan Bugis yang berdarjat Daeng. Isterinya bernama Toh Lipat. Ngah Kamdin adalah bapa saudara kepada Menteri Ngah Ibrahim.

Dilahirkan di Kampong Gajah dan berhijrah ke Larut untuk mengusahakan perlombongan bijih timah bersama Ngah Ibrahim. Beliau dikurnia gelaran Dato' Sagor oleh Sultan Jaafar (Sultan Perak ke-23).

Mengikut Perlembagaan Perak, Dato' Sagor memerintah wilayah tebing Sungai Perak dari Kampong Gajah ke Pulau Tiga. Kuasanya ialah mengawal hal ehwal istana, pembinaan istana dan kapal-kapal yang dinaiki oleh Sultan.

Dato' Sagor tergolong dalam kelima-lima hulubalang Negeri Perak termasuk Seri Adika Raja, Panglima Kinta, Panglima Bukit Gantang dan Dato' Maharaja Lela (R.J. Wilkinson, "Papers on Malay Subjects").

Menandatangani Perjanjian Pangkor bersama-sama dengan Sultan, Pembesar-Pembesar Perak dan British di atas kapal HMS Pluto pada tahun 10 Januari 1874. Mesyuarat di Durian Sebatang pada 28 Oktober 1875 mencapai keputusan bahawa JWW Birch, Residen British Perak yang pertama akan dibunuh apabila tiba di Pasir Salak.

Dato' Sagor menolak arahan membersihkan jalan ke Bukit Tunggal, Kampong Gajah untuk mengibarkan bendera British di puncak bukit itu dan membina balai.

Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela mengetuai misi membunuh JWW Birch yang mandi di Sungai Perak berdekatan Pasir Salak pada tahun 1875.

Dato' Sagor dihukum dan digantung sampai mati bersama Dato' Maharaja Lela dan Pandak Endut di Matang pada 20 Januari 1877.


petikan sepenuhnya dari : http://www.amir-hamidi.name.my/

No comments:

Post a Comment