Tuesday, June 29, 2010
Keadilan (Fairness) Dalam Pentaksiran
Guru hendaklah memastikan prosedur pentaksiran adalah adil bagi semua murid, dan ianya tidak mendiskriminasikan kumpulan murid dengan masalah etknik, perkauman, jantina, gender, atau kumpulan kurang upaya atau istimewa. Prosedur pentaksiran akan menjadi tidak adil jika ianya menunjukkan ketidakadilan dengan menyinggung kumpulan murid, atau dengan cara mereka merujuk kepada kumpulan murid dan merendahkan skor yang diberikan atau lain-lain prosedur kualiti yang menurunkan prestasi dan kebolehan murid dalam menjawab soalan dengan betul. Keputusan pentaksiran dari kumpulan yang berlainan tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sama hendaklah serupa. Jika skor murid diturunkan oleh kerana masalah atau kedudukan kumpulan maka prosedur pentaksiran adalah mendiskriminasikan.
Guru kadang-kadang memperolehi bukti bahawa ujian bebas yang dijalankan telah dikaji semula dan/atau telah dianalisa secara statistik bagi meghapuskan ketidakadilan. Bagaimanapun , mereka tidak seharusnya terus menerima bukti tersebut, mereka hendaklah mengkaji bukti yang dikemukakan bagi memastikan pentaksiran dijalankan secara adil. Mereka harus mengkaji kaedah yang digunakan untuk memastikan keadilan, tumpuan terhadap kumpulan, perwakilan atau "representativeness" dan kredibiliti pengkajisemula "reviewers", dan isu dan sensitiviti pengkaji semula yang biasanya sangat prihatin. Jika maklumat yang disediakan tidak memberi keadilan, pendidik hendaklah menjalankan analisa tambahan. Mereka juga harus mengkaji keadilan terhadap prosedur pentaksiran yang diperolehi dari organisasi selain dari penerbit ujian komersial (seperti penerbit bukuteks atau dari lain-lain badan pentaksiran) atau dibina ditempat sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment