Thursday, June 10, 2010

Tanda-tanda Dan Sifat Mati Husnul Khatimah – Sempat Mengucap Kalimah Syahadah Sesudah Nazak


Orang yang mati dalam keadaan sempat mengucap syahadah terdapat beberapa buah hadis menerangkan tentang bahawa tidak termasuk dalam salah satu tanda mati dalam keadaan beriman. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

    "Siapa yang di akhir hayatnya (ketika hampir mati) sempat menyebut LA ILA HA ILLAH, maka pasti ia masuk Syurga" (Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Oleh sebab Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar kita mendekatkan diri dengan orang yang hampir hendak mati dan mengajar (mentalqinkan) kepadanya akan kalimah syahadah. Kalimah syahadah itu, bukan sahaja patut diajarkan kepada orang islam sahaja, ketika ia hampir mati, tetapi kepada orang bukan Islam pun kita patut diajarkan, apabila ia hampir mati.

Perbuatan itu pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap seorang pemuda yang pernah menjadi pelayan Baginda. Ketika pemuda Yahudi itu sakit dan hampir mati Rasulullah s.a.w. menziarahinya dan mengajar kalimah syahadah, hinggalah pemuda Yahudi tersebut mati dalam keadaan mengucap syahadah, mati beriman. Peristiwa itu tersebut di dalam suatu riwayat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Al-Hakim dan Al-Baihaqi;

    "Suatu hari seorang pemuda Yahudi yang masih bujang yang pernah melayani Rasulullah s.a.w. telah sakit. Ketika Rasulullah menziarahi pemuda tersebut dan duduk berhampiran dengan kepalanya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada pemuda Yahudi itu: Turutlah akan Abu Qasim (Nabi Muhammad s.a.w.). Pemuda itu lalu mengucap syahadah."

Selesai sahaja ia mengucap ia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setelah itu Rasulullah s.a.w. keluar dan mengucap syukur, Alhamdulillah, Allah telah menyelamatkannya daripada api neraka. Rasulullah s.a.w. lalu menyuruh para sahabatnya menguruskan jenazah pemuda tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.

    "Sembahyanglah jenazah saudara kamu itu"

No comments:

Post a Comment