Sunday, June 6, 2010

Asal Keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. anak Azar bin Sam bin Nuh. Nama asal ayah Nabi Ibrahim ialah Tarikh bin Sam bin Nuh. Kemudian terkenal sebagai sebutan Azar, kerana pekerjaannya sehari-hari iaitu membuat patung yang dijadikan sembahan mereka.

Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan pada tahun 2295 SM, di negeri Mausul pada zaman Raja Namrud. Beliau seorang Rasul Allah yang diutuskan kepada satu kaum di negeri Iraq yang dikuasai oleh Raja Namrud.

Raja Namrud seorang raja yang memerintah tanpa undang-undang seperti sekarang. Ia seorang raja yang kejam dan mengakui dirinya sebagai Tuhan. Kaum raja Namrud semuanya menyembah berhala. Sedangkan Nabi Ibrahim mengajak mereka menyembah Tuhan yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment