- Ketepatan dengan konstruk – Konstruk ialah perkara yang ditaksir iaitu perkara yang akan dipertimbangkan dalam diri pelajar melalui sesuatu mata pelajaran. Konstruk merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak. Konstruk yang dikenalpasti dari Sukatan Pelajaran atau Huraian Sukatan Pelajaran. Item yang ditulis mestilah menepati konstruk yang ditaksir. Sekiranya tugasan dalam item gagal menyebabkan pelajar/calon mengemukakan evidens yang relevan dengan perkara yang ditaksir maka item itu tidak sah untuk tujuan mentaksir konstruk tersebut. Konstruk yang ditaksir boleh dikategori sebagai pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Tepat dengan tajuk/konteks – Item yang ditulis itu mestilah menepati tajuk/konteks di mana pentaksiran konstruk itu dibuat. Oleh itu adalah penting untuk memastikan calon biasa dengan perkara atau idea yang dikemukakan. Ini untuk memastikan bahawa pelajar yang tidak dapat memberikan respons yang memuaskan bukanlah disebabkan oleh keadaan atau situasi yang tidak biasa tetapi disebabkan mereka tidak menguasai konstruk yang ditaksir.
- Jelas – Item yang jelas dari segi stimulus, tugasan dan arahan dapat memberikan isyarat tentang apa yang harus dilakukan oleh pelajar serta bagaimana respons harus dikemukakan. Ini menggambarkan sesuatu item yang ditulis dengan sempurna akan mempunyai darjah communicability yang tinggi dari segi: kebolehpercayaan, kejelasan ekspresi dan ketekalan stail.
Saturday, June 19, 2010
Ketepatan Dan Kejelasan Item
Ketepatan dan kejelasan dilihat dari tiga aspek:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment