Tuesday, June 8, 2010

Pemilihan Idea Untuk Penulisan Item

Proses untuk memilih idea berjalan serentak dengan proses untuk membina item. Kemahiran dalam menulis item juga bergantung kepada pertimbangan dalam penulisan idea. Dalam memilih idea penulis item mestilah mengambil kira dari segi kesesuaian, ketepatan, keakuran, kepentingan dan kebolehan item itu mendiskriminasi antara pelajar.

Idea item dikatakan sesuai apabila ia menepati JPU konstruk-tajuk. Idea item juga sepatutnya dipilih berdasarkan kepentingan sesuatu perkara yang hendak diuji itu berdasarkan objektif mata pelajaran. Akhir sekali idea item yang dipilih itu mestilah mengambil kira kebolehannya untuk mendiskriminasikan pelajar/calon.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers