Wednesday, June 16, 2010
Kesultanan Perak, Tun Saban & Megat Terawih
Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri yang tertua di Semenanjung Tanah Melayu.Sesungguhnya asal-usul negeri Perak dan siapakah atau kerajaan manakah yang memerintahnya semasa dahulu kala tidak lah dapat dipastikan,tetapi Kitab Sejarah Melayu ada menyebut perihal ujudnya sebuah kerajaan besar dan gemilang bernama GANGGA NEGARA yang terletak di jajahan Dinding, Bruas dan Manjung.
Ada yang mengatakan sejarah Perak ini ada kaitannya dengan Kerajaan Bukit Si Guntang, tempat asalnya raja-raja Melayu.Keturunan Kesultanan Melaka adalah dari Bukit Si Guntang Mahameru di Palembang, Sumatera. Sultan Perak yang pertama Sultan Muzaffar Shah adalah anakanda Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir.
Menurut sejarah, di zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka sebelum ujudnya nama negeri Perak, Perak terbahagi kepada tiga daerah, iaitu Bruas, Manjung dan Hulu Perak (Janin).
Bruas dan Manjung berada dibawah takluk Melaka, manakala Hulu Perak dari Semat hingga ke Janin diperintah oleh seorang pembesar yang bernama Tun Saban yang bergelar Seri Mahkota Seri Maharaja @ Raja Tua Kerajaan Hulu Perak. Penghulu Manjung ketika itu ialah To' Mahsuka, seorang perempuan yang berasal dari Sumatera.Menurut catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Hulu Perak adalah Tun Saban.
Tun Saban @ Raden Sapiro adalah seorang pembesar yang berilmu,berpengetahuan tinggi dalam bidang agama dan tasawuf.Beliau telah berkahwin dengan Suri Maharaja Ibni Raden Sumbaden.
Memandangkan empayar Melayu Melaka telah musnah dengan kedatangan Portugis dan demi menyelamatkan Zuriat Bukit Se Guntang, maka Tun Saban, To'Mahsuka dan Nakhoda Kassim telah mencapai kata sepakat untuk menghantar satu rombongan ke Kampar, Sumatera,mengadap Sultan Mahmud Shah.
Baginda Sultan telah memperkenankan Raja Muzaffar Shah, putera baginda dengan Puteri Onang Kening berangkat ke Perak bersama rombongan.
Setelah menerima titah dari Paduka Ayahandanya, maka Raja Muzaffar Shah dan isterinya Tun Terang binti Tun Ali serta putera mereka Raja Mansur dan para pengiring berlayarlah ke Perak dengan membawa bersama beberapa Alat Kebesaran antaranya ialah Pedang Cura (Churik) Si- Manja Kini yang dikurniakan oleh Ayahanda baginda, Sultan Mahmud Shah.
Selang tidak berapa lama kemudian tibalah rombongan ini di Kuala Sungai Perak. Bahtera baginda telah tersangkut pada Beting yang merupai Beras Basah. Walau pun berbagai usaha dilakukan namun bahtera ini tidak dapat di gerak-kan.Raja Muzaffar pun bersawab-sawab dengan titahnya;
"Selengkong Tanah Minangkabau,
Selilit Pulau Perca,
Dilengkong Ular Saktimuna
Perpisahan Beta di Selat Melaka,
Jika Sah Beta Raja Berdaulat,
Lepaskan Sekelian malapetaka."Lantas di sahut oleh Tun Saban dan sekelian hamba rakyat yang ada dengan teriakan "Daulat Tuanku" sebanyak 3 kali. Dengan Izin Allah SWT bahtera baginda pun bergerak masuk ke muara dan bermudik mengikut Batang Hari Sungai Perak.
Semasa Almarhum Raja Mudzaffar Shah ditabalkan oleh Tun Saban sebagai Sultan Perak yang pertama, di satu tempat yang bernama Tanah Abang pada tahun 1528, Tun Perabu atau dikenali sebagai Tok Puan Puteh @ Tok Temong@ Raden Muloga, telah datang ke Istiadat Pertabalan tersebut dengan diiiringi oleh 77 ekor gajah dari Hulu Perak dan mempersembahkan Mestika Embun kepada Sultan.
Sebagai balasan Raja Mudzaffar Shah telah mengurniakan kepada beliau dengan Puan Bujur, tetapi beliau menolak. Sebaliknya beliau memohon agar Baginda Sultan memperkenankan beliau untuk terus memerintah di sebelah kiri mudik Sungai Perak dan meminta agar Sultan dan semua Sultan-sultan yang mewarisi takhta Kesultanan Perak menghadkan kawasannya di tebing sebelah kanan mudik Sungai Perak. Sultan Mudzaffar Shah telah berkenan dengan permintaan ini.
(Walau bagaimanapun adat tradisi ini telah dihentikan semenjak pemerintahan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah I, Sultan yang ke 28, apabila Baginda membina sebuah istana di tebing kiri mudik Sungai Perak.)
Raja Muzaffar memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak ( dari Beting Beras Basah hingga ke Pulau Tiga), manakala Tun Saban dan To' Temong memerintah di sebelah kiri mudik Sungai Perak.Raja Muzaffar telah menerima Tun Saban sebagai "saudara tua" nya.
Raja Muzaffar diwaktu pemerintahannya telah berkahwin dengan anakanda Tun Saban, Tun Merah @ Tun Merak.. Baginda dan Tun Saban juga telah melantik beberapa orang anakanda Tun Saban menjadi pembesar negeri iaitu Tun Undan sebagai Temenggong, Tun Kelalang menjaga Hulu Perak, Tun Belunak menjaga Bukit Gantang dan Trong, Tun Kelawang menjaga Hulu Kinta dan Megat Terawih iaitu anakanda saudara Tun Saban menjadi Bendahara.
Setelah semuanya selesai, Tun Saban berhijrah ke Hulu Perak, mengasingkan diri dan mendalami ilmu agama, bertasawuf .
Megat Terawih , Bendahara Perak telah berkahwin dengan sepupunya,Tun Bongsu Bangsawan @ Tun Zaleha anakanda kepada Tun Saban dan dari leluhur inilah berkembangnya keturunan Megat di Perak.Kedatangan Megat dari Acheh ke Perak dan berkahwin dengan ahli keluarga Megat asal di Perak telah mengembangkan keluarga Megat ini hingga sekarang.
Di Negeri Perak di fahamkan bahawa, Tun (lelaki) yang berkahwin dengan mana-mana gadis maka anaknya(lelaki/perempuan) juga bergelar Tun. Tun (perempuan) yang berkahwin dengan lelaki kebanyak maka anaknya yang lelaki bergelar Megat dan anak gadisnya, Puteri. Megat yang berkahwin dengan mana-mana gadis maka anak lelakinya Megat dan anak gadisnya, Puteri. Puteri yang berkahwin dengan lelaki kebanyak maka anaknya (lelaki/perempuan)bernama Tun.(po-Tun)
Megat Terawih atau Megat Terawis di Perak adalah orang yang sama. Bondanya bernama Tun Seri Kandis atau Raden Seri Kandis atau Daulat Pagar Ruyong. Ayahandanya adalah Haji Deraman @ Hj.Rahman @ Wali Gunung Pondok (berketurunan Arab). Nama 'MEGAT' yang diperolehinya adalah hasil perkahwinan Tun Seri Kandis (kerabat Maharaja Bukit Seguntang) dengan Hj. Deraman (orang kebanyak). Megat Terawih bersama ayahandanya, Hj. Deraman telah datang ke Perak untuk mencari ayah saudaranya, Tun Saban yang membawa diri dari Palembang ke Hulu Perak.Mereka di pertemukan Allah di Negeri Perak.
Kubur Tun Saban yang dikatakan di Changkat Merah bukanlah kuburnya yang sebenar.Itu adalah kubur anak kepada Tun Saban. Kubur Megat Terawih yang dikatakan di Perak Tengah itu juga sebenarnya adalah Kubur Megat Terawih 2 iaitu cucu kepada Megat Terawih yang asal.
Megat Terawih bersama isterinya Tun Bongsu Bangsawan @ Tun Zaleha telah bersama Tun Saban ke Gunung Bubu, Kuala Kangsar untuk berkhalwat , mendalami ilmu agama dan tiada lagi ceritanya selepas itu. Mengikut setengah pendapat, ada yang mengatakan bahawa ketiga-tiga mereka telah ghaib, ada juga yang menyatakan mereka bertiga berhijrah ke Makkah. Ayahnya, Hj. Deraman telah berkhalwat di Gunung Pondok dan di kenali sebagai Wali Gunung Pondok. Hanya Allah jua yang mengetahui.
Sumber: http://sebutirzamrud.blogspot.com/
Labels:
Sejarah Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Orang Perak wajid tahu.. sejarah negeri mereka... jangan lalai dengan duniawi sahaja..
ReplyDeletejangan pertikai makam tun saban di hulu perak,saya adalah waris beliau yang ke 15,dan tahu asal usul moyang saya dan makamnya..
ReplyDeleteYE LA
DeleteTuan boleh merujuk kepada Sumber: http://sebutirzamrud.blogspot.com/ saya hanya ingin berkongsi ilmu... sekiranya tuan adalah info untuk berkongsi.. saya amat mengalu-alu... supaya generasi kita tahu asal-usul bangsa kita... sekarang ni fakta2 mengenai sejah terutama sekali sejarah islam... banyak dimanipulasi barat... sebarang kesilapan dan kesalahan dalam artikel yang disiarkan saya memohon maaf...
ReplyDeleteTun Saban@Raden Sapiro?? Karut ler! Banyak fakta bercanggah dan tak logik. Semua info2 ni kutip drp Buku 'Tun Sab'an dan Pembesar2 Melayu' hasil tulisan Meor Ahmad Tajuddin. Ada seminar ttg Tun Saban ni pada 12 Mac ni di Gerik yg katanya akan dirasmikan oleh Raja Nazrin.
ReplyDeleteYg sebenarnye mcmana...cerita sikit tuan...dh 12thun dh ni gagagaga
Delete... kita jng cepat melatah,bila ada org ingin menceritakan tentang moyang kita ... itu maknanya orang berminat ingin ambil tahu,kalau setakat fakta boleh diperbetulkan,nk tanya balik apa usaha anda yg mnyatakan anda cintakan moyang anda ... zaman skrg org dh berilmu dh bkn zaman batu,hujah lawannya hujah,terima dulu n buka salasilah buat perbandingan ... barulah dikatakan Melayu n Islam sejati.Ini sejarah silam ... kira 500th terdahulu ..........
ReplyDeletewaris Megat ingin tahu ... keluarga Megat Asal Perak (Megat Terawih)dengan kedatagan Megat dari Aceh ... tlg ceritakan secara terperinci,tempat tinggal,kelompok atau puak dimana ramai di perak kejadian,bentuk rupa paras klau tahu le ...org Aceh dgn org Pagar Ruyong berbeza rupa paras .... th Megat Aceh datang ke Perak atas urusan apa ya ....
ReplyDeletekalau riwayat lama minangkabau, Megat Tarawih adalah perantau beliau dtg ke perak untuk menjadi org gadang(org besar)..dgn ilmu panglima beliau ada, beliau yakin kemampuannya boleh hidup walau dicampak di gurun..beliau buktikan usaha akan berhasil dgn keberanian dan kebijaksanaan..kini beliau mendapat tempat di perak ini contoh merantau worrior yang ada pada ras melayu dulu2 ...
Delete... sy setuju Keturunan Megat dari Acheh memang wujud (Perak) cuma jln ceritanya sahaja dlm thesis saya sje .......
ReplyDeletepusing punya pusing..last2 dorang ni keturunan minangkabau gaks...wahhh sah la minang ni ibu kepada bangsa Melayu..kenapa tak jejak keturunan Megat Tarawih hingga ke Sumatera mungkin kita akan tahu lebih lanjut mengenai sejarah yg semakin terpadam..mereka adalah dilahirkan sebagai peminpin..tak heran la kalau keturunan mereka ini adalah sinabungan Srivijaya yang makin hilang dari dunia Melayu itu sendiri
ReplyDeletekita bangga apa yang kita ada, jgn bg org lain perleceh bangsa kita, alang2 seluk pekasam biar la ke sampai lengan..alang kita kenal diri ini..biarlah dari asal usul akar tunjang..jgn kita kenal hanya di pangkal dahan..kerana dahan daun dan ranting akan mati kalau akal tunjang tidak berfungsi..sekian terima kasih :)
Assalammualaikum,
DeleteBetoi ke Megat Terawih II itu cucit Megat Terawis I dan datang dari Pagar Ruyung?
Alhamdulillah kami dapat menjejaki asal usul sejarah keturunan kami (Megat Terawis) tanpa putus sejak tahun 1180 Masihi yang merupakan kesinambungan leluhur-leluhur dari Srivijaya-Malayu dan Singgahsari-Majapahit.
DeleteSejarah Negeri Perak ini sudah tungang terbalik disebabkan banyak pihak yang mahu menaikkan susur masing-masing kerana takut akan dikuasai olih keturunan tertentu.
ReplyDeleteSampaikan ditutup kuasa mutlak sepatutnya dipegang olih keturunan itu. Kita lihat sahaja kuasa milik mutlak keturunan yang sepatut memerintah kawasan mudik sebelah kiri Sg Perak. Apabila British Laknat datang maka Raja-Raja yang durjana telah menghilangkan semua kuasa keturunan yang sepatutnya dipegang janjinya. Tetapi bila mahu ditabal tetap pulak pergi ke Makam Insan yang sudah dileyapkan kuasa mutlak keturunannya. Megat Terawih II betul ke dari keturunan Megat Kukut atau dari Megat Menjanas? dan betulke Makam Megat Di Parit tu bukan makam Megat Tarawis I ? Keturunan Megat sendiri pun dah haru biru. Cerita kapal Raja muzaffar I tersangkut dibeteng beras basah tu betul ke? Ada satu sejarah menyatakan Beliau dan Megat Terawis I telah berada diPulau Tiga mukim Parit. Kuasa mahu menjadi Raja Perak adalah dengan memaksa Tok Temong menyerahkan beliau. Megat Tarawis I adalah putera seorang arab berketuran AhlulBait adakah wataknya begitu sehingga sanggup membunuh bapa saudarnya dan membiarkan Raja Muzaffar I mengambil sepupunya menjadi gundik Raja. Cuba fikir-fikirkan ilmu memag sudah ada tetapi alimun tiada. Jangan terima saja apa yang ditulis. Tulisan itu untuk membunuh satu keturunan dan menaikkan satu lagi seolah-olh seperti DEWA, dan tidak bolih diusik langsung kesalahannya. Sebab itulah ALLAH jadikan orang kebayakkan yang tidak tahu susurnya menjadi Sultan diNegeri Perak sekarang. Wallahhualam.
megat terawih.... rasanya..ada senjata ajaib... iaitu pistol.... haha...mcm bengong sangat orang melayu ni org putih buat.... korang tak rasa ke???
ReplyDeleteantara senjata Megat Terawis ialah Istinggar (Espingarda). Istinggar adalah senjata api lama yang digunakan secara meluas di alam Melayu pada akhir kurun ke 15 dan awal kurun ke 16. Untuk pengetahuan anda dari catatan Portugis ketika menawan
DeleteMelaka dalam tahun 1511 tentera Portugis telah merampas hampir 6 ribu pucuk senjata api berbagai jenis dari Istinggar hinggalah meriam besar. Jadilah Melayu yang tahu tentang sejarah bangsa. Jangan ingat melayu ni kolot sangat ye kalau tak tahu tentang sejarah senjata api dengan mendalam. Tq
Portugis>british>melayu pndokong Barat..yg mrosakkan jaluran sejarah sbenar.gadai maruah agama&bangsa demi hawa nafsu..kerajaan Islam melayu melaka pasti bangkit semula..inn syaa'ALLAH
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSegala cerita tentang asal-usul Raja-Raja sebenarnya adalah rekaan mereka sendiri yang hanya semata-mata untuk menaikkan imej atau darjat mereka. Mereka gunakan istilah Beta dan Patik demi untuk membezakan taraf mereka dan insan lain yang dipanggil mereka Rakyat.
Catatan tentang Raja-Raja Melayu selain daripada catatan-catan tempatan seperti Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu dan lain-lain terdapat juga catatan dari Dinasti-Dinasti Cina seawal kurun ke 8 Masihi. Catatan-Catatan Arab dari Ibnu Batuttah dan juga dari catatan-catatan Barat seperti Marco Polo. Catatan-Catatan kuno ini menceritakan tentang tempat, masyarakat, sistem pemerintahan, pembesar-pembesar serta para pemerintan Melayu itu sendiri. Ianya disimpan sebagai manuskrip-manuskrip di University Leiden Belanda, School of Oriental and African Studies University of London, London Library serta di serata Universiti-universiti yang tersohor di Eropah dan Amerika. Di negara ini salinan-salinan manuskrip tersebut di simpan di Arkib Negara, Malaysia. Rakyat Melayu sendiri menjunjung ketua mereka sebagai raja sejak zaman dahulu kala. Orang Melayu mesti celik sejarah membaca itu jambatan ilmu, tidak membaca jambatan dungu.
DeleteSalam...cerita tentang sejarah megat terawih(1) dan megat terawih(2) adalah benar faktarnya cuma ada sedikit kecelaruan dan penambahan jalan ceritanya yang disusun oleh penulisnya membuat orang ramai dan waris keturunannya sendiri pun pening....fakta yang sebenar adalah waris keturunan megat ini merupakan dari bukit seguntang waris pemerintah dari kerajaan srivijaya yg jatuh di dalam peperangan merebut kuasa pemerintah dan digantikan dengan kerajaan majapahit....kedua-dua kerajaan ini adalah kerajaan yang sama cuma nama kerajaan sahaja diubah waris-waris nya berpecah kerana merebut kuasa pemerintah dan kerajaannya....nama dan gelaran waris-waris ini pun diubah apabila waris-waris ini merantau mencari tempat dan tanah yg sesuai untuk menubuhkan kerajaan mereka yg baru...pecahan dan kekalahan berperang kerajaan hindu ini tertubuh lah kerajaan islam yg pertama iaitu kerajaan demak dan selepas itu kerajaan panjang serta yg terakhir kerajaan mataram...kerajaan ini adalah waris-waris kerajaan yang sama tetapi telah berpecah-belah kerana berebut kuasa pemerintah dan kerajaan... sehingga pihak luar inggeris dan belanda merampas kuasa dan kerajaannya...sama juga kejatuhan kerajaan melayu melaka 1511 ditangan portugis...bangsa melayu dan pembesarnya berpaling tadah kerana tamak kuasa dan balas dendam akhir nya bangsa melayu dan waris-waris pemerintahnya menjadi lembu dan balaci orang luar yg datang dari jauh dan yg bukan agama islam menentukan kedudukan bangsa melayu dan agama islam serta adat-istiadat yg menjadi simbol kebanggaan bangsa melayu dan agama islam menjadi terhakis....sekian sahaja ini faktar bukan autar.
ReplyDeleteCuba baca kisah negeri johor pulak..lagi menarik.
ReplyDeleteCuba baca kisah negeri johor pulak..lagi menarik.
ReplyDeleteSalasilah Megat Terawis di simpan di Pagaruyung. Saya adalah keturunan yang ke 15 Bendahara Paduka Raja Megat Terawis Ibni Daulat DiPertuan Tuanku Raja Megat Turawan, dari nasab Rao Rao Pagaruyung yang pada masa ini terletak di Kabupaten, Tanah Datar di Sumatera Barat. Tun Saban itu adalah diperkirakan datuk saudara kepada Megat Terawis melalui bersangkutan ibu Megat Terawis. Ibu Megat Terawis diriwayatkan adalah anak saudara Tun Saban. Dari lisan waris kerabat saya, Tun Saban itu dipercayai waris kerabat Raja Beruas iaitu Tun Aria Bija DiRaja. Bapa Megat Terawis iaitu Daulat DiPertuan Tuanku Raja Megat Turawan adalah pemerintah di Nagari Rao Rao. Baginda Daulat DiPertuan Megat Turawan mewarisi takhta daripada bapanya Tuanku Raja Megat Baginda. Bonda baginda Daulat DiPertuan Tuanku Raja Megat Tuwaran pula bernama Puteri Ratna Sari Alang anak kepada Puteri Ratna Pati Dewi. Manakala baginda adalah cucu kepada Daulat Yang DiPertuan Raja Alam Dewa Hyang Pandan Raywana iaitu Yang DiPertuan Raja Alam Minangkabau-Pagaruyung memerintah sezaman Sultan Muzaffar Shah-Melaka. Inilah Susur galur Megat Terawis yang tercatat dalam salasilah Raja-Raja Pagarruyung. Jangan sesuka hati menulis tanpa kaji selidik terlebih dahulu. Tak fikir apa yang awak tulis tu ramai yang baca dan boleh menimbulkan kekeliruan..
ReplyDeleteSiapa tun as an
ReplyDeleteTun Saban
Delete