Saturday, June 19, 2010
Syaitan Mendorong Memisahkan Dunia Dengan Akhirat
Mengenai hubungan dunia dan akhirat, syaitan menggunakan kesempatan untuk menipu manusia. Agama Allah menyuruh manusia mengutamakan kepentingan akhirat.
Dunia tanpa akhirat membuat kita sesat, manakala akhirat tanpa dunia membuat kita melarat. Dengan ini syaitan memperdayakan manusia dengan menyuruh manusia mementingkan salah satu dunia atau akhirat. Oleh itu kita dapat melihat ada manusia hanya mengerjakan dunia siang dan malam tanpa menghiraukan hari akhirat, tempat tinggal kekal bagi manusia akan hidup di dalamnya.
Kita juga boleh mendapati ada juga manusia hari mementingkan urusan akhirat sahaja. Dia langsung tidak memikirkan urusan dunia, sehingga dia ada ahli keluarga dibawah tanggungannya hidup melarat dan sengsara dengan mengharap belas kasihan orang lain. Mereka kadang-kadang terpaksa meminta-minta dan mengemis untuk meneruskan kehidupan di dunia.
Kedua-dua fenomena ini amat menguntungkan syaitan, kerana dengan keadaan begini amat mudah manusia menyimpang dari petunjuk Allah s.w.t. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Bukanlah orang yang paling baik daripada kamu itu yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula yang meninggalkan akhirat kerana dunianya, sebab dunia menyampaikan kepada akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban atas manusia" (Riwayat Ibnu 'Asakir)Allah s.w.t. berfirman dengan maksudnya:
"Dan tuntutlah negeri akhirat dan kurnia yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah engkau lupa bahagianmu dari dunia ini" (Al-Qashash: 77)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment