Wednesday, June 9, 2010

Tanda-tanda Dan Sifat Orang Mati Su’ul Khatimah – Mati Dalam Keadaan Tertipu Oleh Dunia


Allah berfirman, maksudnya:

    "Dan Demikianlah Kami adakan pada setiap negeri itu para penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu dan mereka tidak memperdaya melainkan diri mereka sendiri sedang mereka itu tidak menyedari" (Al-An'am: 123)Tipu daya yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah orang-orang yang dikurniakan dengan nikmat hidup, harta, kuasa dan lain-lain tetapi dengan nikmat itu mereka tidak mahu bersyukur atau tidak mahu melaksanakan perintah Allah. Alasan sibuk, muda lagi dan lain-lain dan mereka lupa bahawa diri mereka adalah makhluk Allah. Bahkan ada yang merasai dirinya gagah dan menyangka dirinya Tuhan pula seperti Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dan lain-lain.

Ketika hidup, mereka cuba menipu daya Allah dengan membuat pelbagai alasan untuk mengelak daripada tertakluk oleh hukum dan undang-undang Allah, dengan mengatakan Rasulullah s.a.w. gila, mukjizat Rasulullah s.a.w. sebagai sihir, wahyu dan Al-Quran dicipta oleh Rasulullah. Tetapi Allah membalas tipu daya mereka dengan tiupan juga. Mereka mati dalam keadaan hina dengan sebab dan sesuatu yang remeh yang tidak mereka sangka tidak dan tidak mampu untuk mereka mengelaknya. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

    "Mereka telah (cuba) melakukan tipu daya dan Allah telah membalas tipu daya mereka dengan tipu daya pula. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya". (Al-Imran: 54)    "Apakah mereka merasa aman akan didatangi seksaan-seksaan Tuhan yang meliputi mereka atau akan didatangi kiamat dengan tiba-tiba, sedangkan mereka tidak menyedari". (Yusuf: 107)

    "Apakah mereka itu merasa aman daripada (balasan) tiupan Allah itu, melainkan mereka yang rugi" (Al-A'raf: 99)

No comments:

Post a Comment