Wednesday, June 16, 2010
Megat Terawis
Megat Terawis adalah Bendahara pertama negeri Perak yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Beliau adalah anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya mewarisi jawatan Bendahara negeri Perak. Salah seorang keturunan beliau ialah Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja) yang berkahwin dengan Raja Shah Alam Sayong iaitu anak Sultan Muzaffar Shah II negeri Perak.
Megat adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris lelaki keturunan Megat. Megat berasal daripada perkataan Maha Gaek. Puteri adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris perempuan keturunan Megat. Tun adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris perempuan keturunan Megat yang berkahwin dengan rakyat biasa
Sejarah Ringkas Megat Terawis
Megat Terawis merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Dia merupakan anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya merupakan pemegang jawatan Bendahara di Perak. Salah seorang dari keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), berkahwin dengan anak Sultan Muzaffar Shah II of Perak, iaitu Raja Shah Alam Sayong.
Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzaffar Syah (I) dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada perperangan. Sultan Muzaffar Syah menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban, dan disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Mahammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.
Sejak hari itu orang-orang keturunan Megat menjawat jawatan Bendahara di Perak. Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Sultan Perak ke-15 (1756-1770) Bendahara Megat Abu Kasim meletak jawatan Bendahara dan menyerah bawar jawatannya kepada sultan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sultan mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Selepas itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh mereka dari darah raja.
Keturunan Megat Terawis banyak berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar, Perak kerana istana Sultan Perak dipindahkan ke sana. Makam Megat Terawis kini terletak di Kampung Gajah , Perak di tebing kanan Sungai Perak. Papan tanda dan binaan makam telah dibuat oleh Jabatan Muzium Perak. Makam ini berhampiran dengan jambatan Kampung Gajah.
Labels:
Pahlawan Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment