Tuesday, December 21, 2010

Analisis Pemasaran

Pasaran memberi makna pertukaran barangan atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Bermula dengan Penemuan terhadap apa yang pengguna mahu dan perlu sama ada barangan atau perkhidmatan tersebut boleh dijual dan menghasilkan kepuasan. Kemampuan organisasi untuk menguasai campuran pasaran iaitu barangan, harga, tempat dan promosi (4P – Product, Price, Place and Promotion) dalam mengurus perniagaan boleh mempengaruhi kedudukannya yang lebih baik daripada pesaing. Keperluan ini mengkehendaki kajian terhadap pasaran seperti mengenal pasti pasaran, menentukan harga barangan, menguji reaksi pengguna, melihat perbezaan pengeluaran dan kos yang terlibat, mengenal pasti keperluan pengagihan perkhidmatan serta cadangan terhadap pendekatan pengiklanan dan promosi.

Apabila penilaian terhadap potensi pasaran telah dibuat, kelemahan serta kekuatan organisasi dapat dikenal pasti. Dengan ini tindakan perlu dibuat untuk memperbaiki kedudukan syarikat. Keputusan boleh diambil sama ada mengembangkan jumlah barangan, mengeluarkan barangan baru atau mengambil alih perniagaan berdasarkan kepada kelemahan dan kekuatan syarikat.

Dalam perbincangan mengenai analisis pemasasaran faktor utama yang kerap ditumpukan ialah mengenai barangan, harga, promosi dan lokasi. Disamping itu soalan-soalan terhadap operasi pemasaran juga dititik beratkan.

No comments:

Post a Comment