.... Inilah titian!
Titian suci
Jalan makrifat ahli hakikat menuju ilahi
Tuhan maha pengasih maha penyayang selalu merahmati
Kuajakmu ke sana
Datang;ah segera! Meri ke mari!
Kita mendaki meniti pelangi
Membawa hati
Kehadrat qudus di taman suci rabbani
Alangkah indahnya! Semua sepi
Penuh ketenteraman penuh ketenangan jiwa insani
Apakah tidak mahu datang ke sini?
Kepada tuhanme tidak mencintai?
Masih menurut nafsu syaitani?
Sampingkan keduniaan lempar ke belakang daki-daki duniawi!
Kikis segala kotor dan karat yang melekat di sanubari
Biarkan sampai bersih putih suci
Harum mewangi bercahaya nurani
Supaya sesuai untuk pandangan pencipta insani
Tuahn semesta alam rabbul-alamina rahim rahmani
.... ialahi rabbi!
Aku berdoa memohon kurnia kelimpahan rahsia
Rahsia makrifat
Rahsia hakikat
Rahsia kaum orang bahagia
Namun aku merasa sedih.... berdukacita
Jiwaku kotor.... berkarat berdaki orang sengsara
Hati pun lalai sering lupakanmu selalu alpa
Fikiran kabur berpura-pura
Haluan bercelaru entah ke mana
Bentenglah aku.... bentenglah segera!
Dalam istana makrifat taman hakikat ke puncak gembira
.... wahai kawan!
Inilah persembahanku sudi terimalah!
Subauh bingkisan yang paling murah
Nilainya tinggi kemuncak yang indah
Untuk dirimu bentenglah cepat
Benteng diri ahli hakikat...
Meniti makrifat kepada Allah
Moga-moga nikmat siapa yang rindu mencintai Allah
Ya tuhanku, kabulkanlah... kabulkanlah!
Katakanlab amin tanda berserah
Oleh: Syed Ahmad Semalt
No comments:
Post a Comment