Mengikut Prof. McClelland (1975), manusia secara fitrahnya mahu memiliki kuasa. Menurut beliau, keperluan untuk berkuasa ialah keinginan untuk menguasai orang lain, untuk mempengaruhi tingkahlaku mereka, dan untuk bertanggungjawab bagi pihak mereka. Individu yang memiliki keperluan untuk berkuasa yang tinggi mempunyai keinginan berikut:
- Mereka ingin mempengaruhi dan mengarah-ngarah orang lain
- Mereka ingin mengawasi dan mengawal tinggkahlaku orang lain
- Mereka ingin mengekalkan hubungan ketua-pengikut
Individu itu cenderung menunjukkan tingkahlaku seperti berikut:
- Mereka mengemukan lebih banyak cadangan dan usul-usul
- Mereka cenderung mengemukakan pendapat dan pandangan peribadi mereka
- Mereka cuba mengajak orang lain supaya berfikir seperti mereka sendiri
- Apabila mereka berada di dalam sebarang kumpulan, mereka cenderung bertingkahlaku sebagai pemimpin
- Mereka lebih petah dan lancar bercakap dan mereka lebih banyak berhujjah, sama ada mereka menjadi pemimpin ataupun anggota biasa.
McClelland mengenal pasti dua jenis kuasa yang biasanya dimiliki oleh individu iaitu
kuasa peribadi dan
kuasa sosial;
- Kuasa peribadi ialah jenis kuasa yang mendorong kita ingin memiliki kuasa demi kuasa itu sendiri, kerana kuasa membolehkan kita menundukkan orang lain. Orang yang dahagakan kuasa peribadi mempunyai tabiat suka membangkitkan dan meniup semangat orang yagn di bawah pengaruhnya supaya mereka bermatia-matian mencapai itu-ini, supaya menjadi wira, supaya melakukan apa yang biasanya dianggap mustahil, supaya mencapai kegemilangan dan kecemerlangan.
- Kuasa sosial datang dari hasrat untuk menggunakan kuasa demi memperjuangkan kepentingan orang lain. Orang yang ingin memiliki kuasa sosial yang tinggi menunjukkan sikap yang mengambil berat kepentingan orang yang mempengaruhinya. Mereka mengutamakan masalah yang dihadapi oleh organisasi dan masyarakat
No comments:
Post a Comment