Siapakah yang tidak merasa bahagian apabila berjumpa dengan keluarga yang telah lama berpisah. Apa lagi kalau perjumpaan itu dalam keadaan serba cukup, ertinya segala keperluannya mencukupi, maka akan lebih berbahagia lagi. Demikian halnya dengan Nabi Ibrahim ketika bertemu dengan anak isterinya di Mekah, iaitu Ismail anaknya dan Hajar isterinya.
Siti Hajar menceritakan halnya kepada suaminya dan Nabi Ibrahim memuji kebesaran Allah swt, yang telah mengabulkan doanya yang telah lalu. Kemudian Nabi Ibrahim mendirikan Kaabah (Baitullah) yang sekarang ini menjadi kiblat tempat umat islam mengerjakan shalat serta mengerjakan Haji dan Umrah. Sehingga sekarang Kaabah masih terus dikunjungi oleh umat islam sebagai ibadah wajib untuk mengerjakan Haji bagi yang mampu mengerjakannya.
Di sini yakinlah kita, bahawa orang yang mula-mula mendirikan Kaabah ialah Nabi Ibrahim, bersama-sama anaknya Nabi Ismail, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran bermaksud:
“Ketika Ibrahim dan Ismail menegakkan Baitullah, keduanya berdua: Ya Allah Ya Tuhan kami! Terimalah kerja kami ini. Sungguh Engkaulah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami umat yang menyerah diri kepada Engkau, dan perlihatkanlah kepada kami ibadat kami dan beri taubatlah kami, sesungguhnya Tuhan pemberi taubat dan Maha Pengasih. “Ya tuhan kami! Bangkitlah seorang utusan dari antara mereka itu yang mengajarkan ayat dan kitab serta segala hikmah dan yang akan membersihkan dari dosa-dosa, Engkaulah Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah: 127-129)
No comments:
Post a Comment