Usahawan: individu yang memulakan perniagaan, kreatif dan inovatif dan berusahasa mengembangkan secara berterusan
Peniaga: individu yang menjalankan aktiviti jual beli hanya untuk mendapatkan keuntungan
Sejarah:
Sistem barter: hasilkan barang berlebihan untuk ditukar ganti – dorong pengkhususan
Penggunaan wang: dorong kumpul kekayaan – ramai giatkan keusahawanan
Konsep keusahawanan (4 unsur penting):
1. Inisiatif berterusan
- Memulakan/ mencipta sesuatu yang barudan terus mengembangkannya
- Usahawan perlu berwawasan / pemikiran/ idea yang bernas dan logik
- Melakukan perubahan/ pembaharuan/ inovasi/ kaedah baru dalam pengedaran produk
- Peka kepada masaelah dan keperluan masyarakat
- Berani menanggung risiko akibat ketidak tentuan permintaan produk dikeluarkan/ perniagaan dijalankan
- Sentiasa buat keputusan yang telah diambek risikonya berdasarkan ganjaran yang dijangkakan
- keuntungan yang diperoleh setelah mengambil kira segala belanja operasi dan risiko yang munasabah
- pulangan yang lumayan jadi pendorong menceburi bidang keusahawanan
- kegiatan keusahawanan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
- meningkatkan taraf hidup rakyat, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengatasi masalah sosial
- mendapatkan bahan/ benda (sumber) dan menggabungkannya
- untuk menghasilkan produk bernilai
- bagi memuaskan kehendak pengguna
- melalui proses merancang, menyusun, mengarah dan mengawal
- Tanah: Segala kekayaan (anugerah Tuhan) yang terdapat di atas dan di dalam bumi serta didasar lautan.
- Modal: Sumber kekayaan untuk menjayakan sesuatu projek termasuk jentera dan kilang.
- Sumber manusia: Pekerja yang menyumbang tenaga, pemikiran, bakat, kreativiti dan motivasi.
- Bahan mentah: Benda yang perlu diproses untuk menghasilkan barang siap / perkhidmatan untuk ditawarkan kepada pelanggan
- Maklumat: Pengetahuan / ilmu yang membantu usahawan merancang, mengelola dan melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan dengan berkesan.
- Teknologi: Kaedah operasi / pemprosesan yang membulehkan usahawan menghasilkan barang / perkhidmatan.
Perbezaan antara usahawan dan peniaga
Peranan usahawan kepada diri sendiri:
- Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup
- Membangunkan potensi diri dan ciri-ciri positif - kreaiviti, gigih, mahir, ketrampilan, berdikari, yakin diri, tidak mudah berputus asa, berdaya maju
- Membangunkan aspek kerohanian – sabar, syukur, dermawan (zakat, sedekah, derma)
- Meningkatkan taraf hidup dan kesejahterraan keluarga (keselesaan, kesihatan, pendidikan)
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada ahli keluarga
- Meningkatkan status sosial
- Keluarga yang berjaya dalam keusahawanan dipandang tinggi, dihormati kerana sumbangannya dan dijadikan teladan masyarakat setempat
- Mewujudkan peluang pekerjaan
- Meningkatkan taraf hidup
- Upah/ gaji dapat memenuhi keperluan dan kehendak untuk hidup selesa
- Mewujudkan dan mempelbagaikan pilihan barangan juga menghasilkan teknologi baru dan produk baru melalui kreativiti dan inovasi kehidupan masyarakat lebih selesa dan mudah
- Melahirkan masyarakat madani
- Pemangkin kepada pembangunan negara: Kegiatan keusahawanan membulehkan usahawan menggunakan sumber-sumber dengan berkesan dan menambahkan nilai sumber-sumber tersebut. Contohnya kawasan terbiar diusahakan menjadi kawasan rekreasi, seterusnya menjadi pemangkin pertumbuhan perhotelan, kompleks membeli belah dan perbankan.
- Meningkatkan pendapatan negara: Kegiatan keusahawanan menghasilkan cukai yang menjadi pendapatan penting kepada sesebuah negara. Meliputi cukai jualan, duti eksport, duti import, duti eksais, cuykai pendapatan, cukai syarikat dan lain-lain.
- Mengurangkan pergantungan kepada negara luar: Kegiatan keus ahawanan boleh membangunkan pelbagai jenis industri yang menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan. Masyarakat dapat menikmati produk tempatan dan mengurangkan mport produk yang lebih mahal.
- Meningkatkan pertukaran wang asing: Kegiatan keusahawanan membolehkan banyak jenis produk untuk dieksport. Ini memang menghasilkan pendapatan kepada negara dari segi pertukaran wang asing. Industri pelancongan semistinya meningkatkan pertukaran wang asing.
- Usahawan wajib membayar zakat
- Usahawan juga digalakkan bersedekah dan memberi derma
- Sumbangan ini dapat digunakan untuk meningkatkan syiar Islam
- Dapat membangunkan sekolah, masjid, institusi agama, memberi biasiswa dan mengurangkan kadar kemiskinan
- Dengan cara ini dapat membantu meningkatkan status umat Islam
Usahawan sebagai alternatif makan gaji
- bekerja sendiri
- berisiko
- cabaran memberi kepuasan
- kerana berjaya mencapai & memperolehi sesuatu yang sesuai dengan cita-citanya
- Mempunyai peluang yang tidak terbatas sama ada dari segi bilangan usahawan yang boleh menceburkan diri dalam bidang ini atau peluang untuk menceburkan diri dalam mana-mana bidang perniagaan dan perusahaan juga tidak terbatas
- Peluang untuk memiliki organisasi sendiri, bebas dan fleksibel untuk melakukan pekerjaan.
- Seorangan usahawan lebih bertanggungjawab atas pekerjaan yang dilakukan, dapat menentukan sasaran pencapaian sendiri, dapat memaksimumkan penggunaan sumber dan memanfaatkan sepenuhnya bidang yang diceburi
- Punca ganjaran/pendapatan: Kedudukan kewangan adalah ukuran kejayaan usahawan, oleh itu seseorang usahawan boleh memaksimumkan keuntungan dengan menggembleng sumber yang dimiliki dengan bekerja bersungguh-sungguh
- Membaiki status diri dan masyarakat: Apabila kedudukan kewangan usahawan meningkatk reputasi & statusnya di klangan masyarakat. Usahawan yang bersifat inovatif (pembaharuan barang/ prkhidmatan yg ditawarkan) akan mengisi keperluan & kehendak pelanggan. Kegiatannya yang membuka peluang kepada masyarakat menjadi pembekal dan vendor dapat memperbaiki pendapatan taraf hidup & status sosial masyarakat. Contohnya pemaju perumahan memerlukan pembekal bahan, pengusaha perabot dan lain-lain
- Peluang mewariskan kerjaya: Kerjaya yang buleh diwarisi, perniagaan dapat diteruskan oleh pewaris walaupun usahawan tersebut telah meninggal dunia
Agensi kerajaan dan swasta yang dapat membantu usahawan ialah: MARA, MEDEC, CGC, MATRADE, FAMA, MARDI, BPIMB, SMIDEC, Guthrie Furniture Sdn. Bhd., Katyaneka, SIRIM, FRIM, PDPN
No comments:
Post a Comment