Apaila sesuatu tempat itu terdapat penyakit taun, sekiranya kita berada di kawasan tersebut Rasulullah saw melarang kita dari lari keluar kerana untuk mengelak wabak itu menjangkit ke tempat lain, kita dilarang pergi ke kawasan tersebut. Usamah r.a. berkata Rasulullah saw bersabda maksudnya:
“Jika kamu Mendengar ada wabak (taun sedang berjangkit di suatu tempat), maka janganlah kamu masuk ke tempat itu. Dan jika wabak itu menjangkiti di dalam negeri kamu berada, maka janganlah kamu keluar dari negeri itu.” (Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas mengajar kita dua perkara. Pertama mengajar kita agar mencegah daripada wabak penyakit atau jangan kita mendorong (mencampak) diri kita ke dalam kebinasaan. Hadis ini juga mengajar kita bertawakal kepada Allah swt. Iaitu sekiranya wabak berlaku di tempat kita, janganlah kita melarikan diri untuk mengelak daripada terkenal wabak, kerana sekira Allah mentakdirkan kita terkenal wabak itu, kita tetap membawa wabak ke mana sahaja kita pergi. Ini dikhuatiri wabak tersebut akan tersebar ke tempat lain, hingga boleh menjadi bencana kepada orang lain di luar kawasan wabak tersebut berlaku. Tindakan kita ini dapat menyelamatkan oran g lain dijangkiti wabat tersebut.
Sekiranya kita dijangkiti wabak dan mati kerana mempertahankan perintah Rasulullah saw supaya jangan keluar daripada kawasan wabak, maka kematian kita itu dikira mati syahid atau mati husnul khatimah. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya wabak taun itu adalah salah satu daripada azab Allah yang dikirimkan kepada sesiapa yang dikehendaki. Tetapi Allah jadikan sebagai rahmat kepada orang mukmin. Oleh kerana itu tidak seseorang pun yang diserang taun lalu ia tetap tinggal di kawasan dan tempatnya dengan yakin dan tabah (sabar) bahawa tidak ada satu musibah pun yang menimpa dirinya, kecuali apa yang ditetapkan oleh Allah, maka ia mendapat pahala. Kalau ia mati, maka matinya dikira syahid.” (Bukhari)
No comments:
Post a Comment