Risiko membuat keputusan (perubahan) adalah melebihi membuat kesilapan. Inilah yang menyebabkan kita tidak selesa dengan perubahan dan berusaha untuk mengelakkannya, kecuali kita mungkin benar-benar yakin ia membawa manfaat berdasarkan keputusan yang dibuat.
Keputusan membawa kita kepada tindakan, tabiat dan kelakuan. Tindakan-tindakan yang dihasilkan dari keputusan kita mungkin juga bersifat baru dan tidak normal. Ini bermakna kita mungkin perlu mengubah cara kita melakukan tindak balas terhadap rangsangan yang normal. Dalam erti kata lain, kita mungkin mengarah sistem saraf kita mengubah corak respon-rangsangan yang lama kepada yang baru. Ini melibatkan sedikit usaha.
Sebarang corak emosi atau kelakuan yang diperkuat secara berterusan akan menjadi suatu tindak balas yang bersifat automatik dan berkondisi. Sebarang kelakuan yang tidak diperkuatkan akan beransur pudar. Ini penting, sekiranya kita juga untuk menukar corak hidup, kita menggantikan kelakuan lama kita dengan kelakuan baru, yang sekurang-kurangnya sama memuaskan dan selesa seperti yang lama, jika tidak kita kembali kepada corak lama.
Ini bermaksud, selepas membuat keputusan untuk mengubah sesuatu, kita perlu menguatkan kelakuan baru kita dengan segera, berterusan dan konsisten. Ingat corak baru ini memerlukan perubahan fizikal, kimia dan elektrik yang sebenar di dalam otak kita. Sentuhan yang kita perlukan adalah bergantun perseimbangan antara kesakitan dan keseronokan untuk berrubah.
Perubahan tidak akan berlaku kecuali kita menukar perasaan yang kita kaitkan dengan pengalaman di dalam sistem saraf. Untuk melakukan tindakan-tindakan hasil daripada suatu keputusan mengubah suatu corak atau suatu set corak, kita perlu mengaitkan lebih banyak kesakitan untuk berubah berbanding dengan untuk berubah. Kemudian kita perlu mengaitkan keseronokan dengan set corak yang baru.
Kita perlu berlatih alternatif yang baru berulang kali. Ini boleh dilakukan dengan efektif sama ada dengan menggunakan imej mental atau ganjaran fizikal. Otak tidak boleh membezakan imiginasi yang jelas dari input sensor luaran. Kita juga perlu menetapkan jadual bagi memperkuatkan kelakuan baru kita
Sekiranya kita cuba untuk berubah beberapa kali tetapi gagal, ini bermakna tahap kesakitan kita menghadapi kegagalan untuk berubah tidak cukup tinggi.
No comments:
Post a Comment