Syaitan adalah dari keturunan jin titapi tidak semua jin itu adalah syaitan. Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dengan jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan dikenali syaitan. Rupa bentuk syaitan bermacam-macam dan ianya hodoh dan menjijikkan. Sebagaimana manusia, syaitan juga mempunyai kota tempat tinggal mereka. Kota-koat mereka terletak di padang-padang pasir, gunung-ganang, pulau-pulau terpencil dan permukaan laut. Tempat-tempat yang menjadi kegemaran para syaitan duduk beristirehat dab bermain-main adalah di dalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis (contohnya tandas) dan tempat pembuangan kotoran.
Manakala iblis pula adalah dari keturunan jin dan merupakan moyang kepada syaitan. Iblis juga adalah pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Iblis adalah makhluk yang sangat pandai seperti malaikat juga. Tetapi perangainya berubah menjadi jahat dan sombing sebagaimana yang telah disebut di dl dalam Al-Quran. Allah swt telah berfiraman maksudnya:
“Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam.” Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia daripada golongan jin lalu dia menderhaka perintah TuhanNya.” (Al-Kahfi: 50)
Iblis memiliki kerajaan yang besar yang terdiri menteri-menteri, pemerintah, wakil-wakil dan rakyat jelata. Di antara semuanya itu terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib seseorang itu berwaspada dengannya. Iblis ini bersama anak-anaknya yang terdiri daripada syaitan yang akan berusaha menyesatkan dan memusnahkan kehidupan manusia.
- Tsabar – iblis ini sering mengunjungi orang-orang sedang dalam kesusahan ataupun ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata-kata yang tanpa disedari telah diucapkan oleh orang mengalami kesusahan itu. Seseorang yang telah ditimpa musibah akan mengelu- kesah dan sering menyalahi ketentuan Allah swt terhadap dirinya.
- Dasim – iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan penceraian.
- Al-A’war – iblis ini menggalakkkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih-lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yang gemar memakai pakaian singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggemburakan iblis Al-A’war kerana dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih sempurna.
- Maswath – iblis ini berperanan mengadakan pembihingan yang besar dan kecil. Seseorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka-mereka sebuah cerita yang tidak benar atau pun menyebarkan fitnah.
- Zalnabur – iblis ini suka berkeliaran di tempat-tempat yang dipenuhi dengan manusia. Ia akan membisikkan kata-kata yang mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehinggan ada diantara manusia yang sanggup membunuh sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment