Wednesday, December 15, 2010

Kanser Pangkal Rahim

Di Malaysia, kanser pangkal rahim ialah kanser kedua yang paling kerap dialami oleh wanita. Hampir setiap wanita menghadapi risiko kanser pangkal rahim, tanpa mengira usia atau gaya hidup? Tetapi tahukah kita kanser pangkal rahim boleh dicegah. Kita semua boleh memainkan peranan membantu menyelamatkan wanita daripada kanser pangkal rahim.

Apakah kanser pangkal rahim?

Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks menghubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran). Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal. Kanser boleh merebak kebahagian lain.

Apakah HPV (Virus papiloma manusia)?

Virus papiloma manussia (HPV) ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum. Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu. HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser berisiko tinggi.

Apakah hubungan antara HPV dan kanser pangkal rahim?

Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapa bulan.

Jangkitan oleh HPV berisiko tinggi (penyebab kanser) akan berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim. Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Tetapi dalam kes tertentu, jangkitan akan berterusan, menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim. Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun.

Justeru itu langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV berisiko tinggi adalah amat penting.

Bagaimana HPV disebarkan?

HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan, oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita, tanpa mengenal usia atau gaya hidup. Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapatka jangklitan.

Dianggarkan bahawa kira-kira empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang pasangan seks.

Bolehkah kanser pangkal rahim dicegah?

Terdapat vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan kanser pangkal rahim dan berbincanglah dengan doktor untuk melindungi diri.

No comments:

Post a Comment