Semasa kehamilan, seorang bakal ibu memerlukan lebih banyak nutrien seperti Asid Folic, Kalsium, Protien, Vitamin dan Zat Galian untuk memastikan kehamilan yang sihat.
Oleh itu, bakal ibu perlu mengambil jumlah kombinasi makanan yang betul dan tepat bagi memenuhi peningkatan keperluan nutriennya danjuga nutrien bayinya.
Namun begitu, kajian pemakanan menunjukkan bahwa ramai bakal ibu mengambil makanan yang tidak mencapai jumlah pengambilan nutrien yang disyorkan.
Menambah pengambilan makanan bukanlah jawapannya kerana kualiti makanan adalah lebih penting dari kuantiti.
Jawapan untuk memenuhi peningkatan keperluan nutrien ini ialah dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang, disamping mengekalkan kadar pertambahan berat badan
Dengan jumlah makanan yang seimbang serta kombinasi vitamin serta zat yang betul akan membekalkan keperluan nutrien yang mencukupi untuk ibu hamil serta bayi di dalam kandungannya
Ketahuilah kehamilan dan penyusuan ibu yang sihat bermula dengan nutrien yang seimbang
No comments:
Post a Comment