Satu kajian telah dilakukan oleh para sarjana kearah rumahtangga yang bahagia dan akhirnya mereka telah merumuskan empat faktor yang perlu ada untuk membawa kejayaan kepada cita-cita tersebut, iaitu :
- Faktor-faktor yang berhubung dengan penampilan peribadi, hati nurani dan hubungan timbal-balik diantara anggota keluarga. Faktor ini adalah faktor utama.
- Faktor yang berhubung dengan ekonomi keluarga termasuk penghasilan yang memadai, kebolehan menangani urusan rumahtangga dan adanya aduan khusus tentang belanjawan rumahtangga.
- Faktor lain di dalam rumahtangga termasuk teladan suami ister, pandangan, sikap serta pendidikan mereka tentang akhlak dan agama.
- Faktor kemasyarakatan iaitu hubungan keluarga dengan lingkungan luar termasuk tatacara penggunaan dan peraturan waktu lapang, hiburan, istirehat dan lain-lain.
- KETAQWAAN
Orang yang bertaqwa tidak berubah layanannya, samaada suami kepada isteri atau isteri kepada suami, kerana ketaqwaan mengikat mereka dengan arahan Allah. Allah menyuruh suami menyayangi isteri dan bergaul dengan baik sampai bila-bila. Begitu juga sikap isteri terhadap suami. Ini adalah prinsip di dalam Islam. Teknik bermanja dan bergaul terpulang kepada kreativiti pasangan tersebut. Pokoknya, bergaul dan mengekalkan kebahagiaan adalah amanah Allah yang perlu dilaksanakan untuk melayakkan mereka menjadi penghuni syurga.
- CINTAKAN AKHIRAT
“Dan janganlah engkau tujukan pandangan engkau kepada kesengangan yang Kami berikan kepada beberap golongan di antara mereka, sebagai bunga kehidupan dunia, kerana Kami hendak menguji mereka dengan itu…..” (Thoha : 131)
Kecintaan kepada akhirat boleh melahirkan sifat yang unik di dalam pergaulan. Perkahwinan adalah tempat mendapatkan berkat, bukan tempat mencari kebendaan, kerana kebendaan hanyalah alat untuk menjadikan mereka beroleh keuntungan di akhirat. Lahirlah sifat suka berlumba di dalam melakukan kebaikan antara kedua pihak dan mengelakkan sengketa agar hidup mereka sentiasa eroleh pahala dan berkat. Hati yang mengingati akhirat ialah hati yang bebas dari tawanan material dan sekelilingnya. Mereka akan menjadi manusia yang tenang dan sabar di dalam melayari bahtera rumahtangga.
Manusia yang hidup dibelenggu kebendaan dan menjadikan suasana sekelilingnya sebagai prinsip dan neraca dalam kehidupan akan merasai pendertitaan dan kesusahan. Hatinya gelisah dan bimbang apabila memikirkan kehidupan dunia yang penuh mencabar. Hatinya tidak tenteram bila melihat sekeliling, manusia berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup. Ingin sekali dia beroleh segala apa yang dimiliki oleh orang lain, malah lebih lagi.
Akibatnya, topik yang sering dibincangkan antara keduanya ialah bagaimana mahu menjadi kaya, senang dan mewah sebagaimana orang lain. Isteri selalu mengajukan soalan yang membeban dan menekan suami.
“Bila lagi nak beli kereta,…bang…beli, beli ini…?”, …..dan pelbagai lagi.
Jika suami seorang yang lemah, ia akan melayan karenah isteri malah kekadang, ia pula lebih yang lebih dari isterinya. Kata seorang ahli hikmah :
“ Barang siapa yang mencari dunia, dunia lari daripadanya, dan barang siapa yang mencari akhirat, dunia akan mendatanginya.”
- KASIH SAYANG
Ummu Salamah r.a berkata :
“Rasulullah mencium salah seorang isterinya ketika hendak melakukan solat.”
Suami atau isteri perlu melahirkan ungkapan yang menggambarkan kasih sayang dengan panggilan yang amnja antara kedunay. Ada kes dimana seorang isteri enggan memanggil suaminya ‘abang’, mungkin disebabkan faktor usia dan sebagainya. Tetapi faktor ini bukanlah faktor yang boleh dijadikan alasan kerana malu yang tidak syarie adalah daripada syaitan. Suami atau isteri perlu bermujahadah melawan sifat ego dan malu mereka kerana Allah mencintai suami isteri yang berkasih sayang.
Lakukanlah kerana Allah. Jika isteri enggan, suamilah yang perlu memulakan dengan secara tidak serius, didalam keadaan gurau senda. Begitu juga didalam perbuatan, perlihatkanlah kemanjaan atau belaian. Sentuhan manja antara kedua pihak di dalam keadaan sentuhan bukan bertujuan melakukan hubungan kelamin adalah sentuhan yang memberi ketenangan kepada kedua-dua pihak.
Begitu juga bila tiba hari ulangtahun perkahwinan, sambutlah ia dengan mengadakan acara tersendiri seolah-olah sentiasa memperbaharui hubungan antara keduanya. Yang penting, masing-masing perlu merasai betapa diri disayangi dan dihargai serta mereka saling memerlukan di antara satu sama lain.
Sumber Artikel : www.megasutra.com
No comments:
Post a Comment