Khalifah Umar bin Abdul Aziz bukan sahaja melaksanakan hidup sederhana pada dirinya sendiri. Beliau juga ingin mendidik rakyatnya sedar bahawa makanan yang sedap-sedap hanyalah keinginan nafsu belaka dan ketika perut lapar. Apabila sudah kenyang, tidak ada makanan yang lazat yang akan terasa lazat.
Diceritakan bahawa suatu hari sekumpulan kaum dari Bani Marwan telah datang menziarah rumah Khalifah Umar Aziz. Kaum ini dikenali sebagai orang tidak kuat menahan lapar dan sentiasa ingin makan makanan yang sedap-sedap. Kesempatan ini digunakan oleh Khalifah Umar untuk mengajar mereka erti makan dan bersyukur. Beliau telah berpesan dengan senyap-senyap kepada isterinya agar memasak makanan secdara lambat-lambat.
Apabila selesai perbincangan antara Bani Marwan dengan Khalifah Umar, maka tiablah waktu makan dan tetamu tersebut sudah mulai lapar. Maka khalifah bertanya isterinya dihadapan tetamu Bani Marwan
Khalifah: Hidangkan makanan!
Isteri Khalifah: Belum masak lagi wahai Amirul Mukminin.
Khalifah: Bawalah makanan yang ada dahulu, sementara menunggu makan itu masak.
Isteri Khalifah: Baik Amirul Mukminin
Isteri Khalifah datang dengan membawa roti kering dan makanan kebiasaan Khalifah Umar Abdul Aziz disertai dengan air suam. Kaum Bani Marwan yang biasa makan makanan sedap tidak merasa selera melihat makanan yang dihidangkan oleh isteri Umar Abdul Aziz. Kaum Bani Marwan menyatakan mereka tidak pernah makanan seperti itu. Setelah Mendengar penjelasan Kaum Bani Marwan, Khalifah Umar pun memujuk mereka.
Khalifah: Tidak mengapa! Rasalah makanan ini dahulu, sementara menantikan makanan yang sedang dimasak.
Kerana sangat lapar, mereka pun makan sedikit demi sedikit untuk mengalas perut. Tanpa disedari mereka telah memakan makanan yang dihidangkan sehingga kenyang. Setelah Khalifah melihat situasi tersebut, iapun memberi isyarat kepada isteri supaya menghidangkan makanan yang lazat.
Khalifah: Nah! Marilah kita makan.
Akan tetapi Kaum Bani Marwan menolak hidangan tersebut.
Bani Marwan: Kami sudah kenyang.
Khalifah: Kalau begitu kalian sudah tahu sekarang. Buat apa berpoya-poya dengan makanan sedap dan mahal-mahal kelau dengan roti kering dan kasar pun perutmu kenyang? Wahai Bani Marwan! Untuk apa kalian berebut masuk api neraka kelak?
No comments:
Post a Comment