Thursday, December 9, 2010

Khidmat Sokongan Kepada Keusahawanan

Bidang Keusahawanan telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kerajaan Malaysia banyak memberi bantuan dalam usaha memastikan industri Keusahawanan terus berdaya maju, mampu bersaing di peringkat tempatan dan Antarabangsa serta boleh bertindak sebagai industri sokongan kepada industri besar negara ini. Kemudahan sokongan atau sokongan keusahawan yang diberikan ialah seperti berikut;
  1. Kewangan – Bantuan kewangan disediakan oleh institusi kewangan yang bertujuan memberi pinjaman kepada usahawan untuk melaksanakan sesuatu perniagaan. Kemudahan ini meliputi pembinaan tapak kilang pembelian peralatan pejabat, pembelian mesin dan juga untuk digunakan sebagai modal pusingan.
  2. Latihan Pengurusan dan Keusahawanan – Program ini bertujuan untuk melatih usahawan supaya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diceburi serta berpengetahuan dalam bidang pengurusan. Program ini juga memberi semangat dan galakkan dalam usaha meningkatkan golongan usahawan.
  3. Teknologi – Usahawan boleh menambahkan pengetahuan teknikal mereka yang sedia ada dengan mengikuti kursus pendidikan yang disediakan. Selain daripada itu, mereka akan dapat mempelajari berkenaan teknologi terkini terutama dalam bidang pembuatan dan pengurusan Teknologi. Biasanya kursus-kursus seperti ini disampaikan oleh tenaga pengajar mahir dan terlatih dengan menggunakan peralatan yang moden dari dalam dan luat negara. Pemindahan teknologi sangat penting dalam usaha mewujudkan budaya saing selaras dengan perkembangan ekonomi negara kita.
  4. Lokasi dan Ruang Niaga – Agensi yang terlibat akan memberi perkhidmatan penyediaan tapak Lokasi perniagaan bersesuaian dengan corak perniagaan atau pun perusahaan yang akan dimajukan. Kemudahan ini dapat membantu usahawan di dalam mengurangkan masalah ruang niaga dan tapak industri di kawasan strategik dan berdaya maju.
  5. Pemasaran – Pemasaran ialah apa sahaja usaha yang dijalankan bagi melariskan dan meningkatkan barangan jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam perusahaan. Agensi berkenaan akan memberi khidmat sokongan kepada usahawan dalam mengedar, mempromosi dan memasarkan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan di dalam dan luar negeri.
  6. Penyelidikan dan Mengenalpasti Projek – Terdapat beberapa agensi yang membantu usahawan dalam menjalankan penyelidikan dan kajian. Penyelidikan dan kajian dilakukan termasuklah kajian kemungkinan projek, kajian pemasaran serta penyelidikan berkaitan teknologi.
  7. Maklumat – Bantuan maklumat ditawarkan kepada usahawan dalam bentuk peluang-peluang perniagaan, perangkaan, Penemuan-penemuan baru, teknologi, penyelidikan dan sebagainya. Kebanyakkan jabatan atau agensi mempunyai pusat sumber atau perpustakaan yang mengandungi koleksi maklumat kegunaan awam.

No comments:

Post a Comment