Friday, December 17, 2010

Nabi Adam bapa umat manusia

Tatkala Allah cela siapa yang cintakan harta dan makan harta warisan secara tamak di samping tidak memberi makan kepada orang miskin dengan sebab bakhil, ini yang membawa kepada keperluan untuk memerdekakan hamba dan memberi makan kepada orang yang susah.

Begitu juga, tatkala Allah membicarakan berkenaan dengan jiwa yang tenang, maka di sana disebut sebahagian yang terhasil dengan sebab ketenangan itu, lantas Allah berfirman.

Firman Allah SWT: Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini.

Al-Alusi berkata: Allah bersumpah dengan negeri Mekah secara ijmak ulama.

Firman Allah SWT: sedang Engkau (Wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).

Ulama khilaf berkenaan maksud ayat ini.

Dihalalkan bagimu melakukan apa sahaja di negeri ini dari perbuatan membunuh dan lain. Seperti tafsir Ibn Abbas dan Mujahid.

Anda ditempatkan di negeri ini dalam keadaan halal tanpa perlu berihram ketika memasukinya ketika pembukaan Kota Mekah. Inilah pendapat al-Hasan.

Firman Allah SWT: Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya.

Ditempatkan di sisi orang Musyirikin di negeri ini dimana mereka menghalalkan untuk mengeluarkanmu dan membunuhmu sedangkan mereka mengharamkan pembunuhan buruan seperti hikayat al-Tha'labi.

Mujahid, Abu Soleh, Qatadah, al-Dhahak, Suffian al-Thauri, Said bin Jubair, al-Suddi, al-Hasan al-Basri, Khushaif, Syarhabil bin Sa'ad dan lain-lain mengatakan: Yang dimaksudkan dengan bapa di sini adalah Adam sedang anaknya adalah anak Adam.

Dan apa yang menjadi pendapat Mujahid dan para sahabatnya inilah yang baik lagi kuat, kerana setelah Allah SWT bersumpah dengan Ummu al-Qura', iaitu tempat-tempat yang didiami.

Dia bersumpah dengan orang yang mendiaminya iaitu Adam, bapa kepada umat manusia dan semua anaknya.
Ibn Jarir memilih berpendapat bahawa hal tersebut bersifat umum yang mencakupi setiap orang tua dan anaknya. Dan pendapat ini pun mengandungi kemungkinan.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).

Ibn Kathir berkata: Iaitu dalam kesusahan untuk mencari kehidupan, sedangkan Ibn Jarir pula berpendapat pelbagai urusan yang sulit lagi sukar.

Oleh:DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Sumber: http://www.utusan.com.my/

No comments:

Post a Comment