Menurut pakar bayi yang dilahirakan mempunyai 100 bilion sel otak. Ini bermakna otak bayi yang dilahir seperti sebuah komputer yang amat canggih, serta berkebolehan yang tidak terhingga untuk memperkembangkan kepintarannya, sekiranya kita berjaya merangsangnya serta memberi pemakanan yang betul.
Malah sebelum dilahirkan lagi, otak bayi telah mula membina sistem hubungan antara sel-sel otak untuk bersedia menghadapi proses pembelajaran sejurus selepas dilahirkan. Sekiranya kita berinteraksi dengan bayi, otaknya akan menghantar isyarat kimia di sepanjang neuron (sel-sel otak) yang seterusnya merentasi sinaps dan membentuk lebih banyak hubungan antara sel-sel neuron lain.
Ransang minda bayi untuk perkembangan otak yang Optimum
Perkembangan awal otak dipengaruhi oleh beberapa faktor rangsangan persekitaran, terutamanya;
- Persekitaran kebendaan: sebagai contoh, memberinya mainan yang bersesuaian dengan usianya
- Pengalaman sosial: termasuklah hubungan peribadi, saling interaksi di antara kanak-kanak tersebut dengan orang lain dan cara meluah kasih sayang
- Pengalaman didaktik: penjaga menerangkan, menunjukkan atau memperkenalkan situasi yang berbeza-beza kepada kanak-kanak tersebut
Ransangan visual
Aktiviti ransangan visual adalah aktiviti amat sesuai untuk membantu bayi membina jaringan hubungan sel yang penting untuk fungsi otak yang optimum bagi menghasilkan kecermerlangan kognitif (pemikiran)
Ransangan visual boleh membantu membina hubungan di antara sel-sel otak dan memberikan pelbagai kebaikan untuk proses perkembangan, termasuklah meningkatkan daya ingin tahu, penumpuan dan pemerhatian untuk jangkamasa panjang.
Persediaan ibu-ibu yang menyusu
Ibu-ibu menyusu perlu mendapatkan nutrien-nutrien penting yang tertentu, untuk membantu memastikan kandungan khasiat yang baik dalam susu ibu kerana susu ibu membekalkan khasiat lengkap yang diperlukan oleh bayi pada 6 bulan pertama kehidupannya. Kajian menunjukkan bahawa kandungan vitamin tertentu dalam susu ibu adalah bergantung kepada pengambilan makanan ibu
No comments:
Post a Comment