Friday, December 3, 2010

Adakah Buah Pinggang Anda Berisiko?

Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom pada fasa permulaan.

Adakah anda tahu tentang fungsi buah pinggang anda?
  • Menuras toksin dan cecair yang berlebihan (membersihkan darah)
  • Membantu membina sel-sel darah merah
  • Mengawal atur tekanan darah
  • Memelihara kekuatan tulang
Apakah faktor-faktor risiko kegagalan bagi buah pinggang?
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu karang
  • Nefritis (radang buah pinggang)
  • Sejaarah keluarga
  • Ubat
Adakah anda tahu tentang tanda dan simptom-simptom berkaitan jika ia wujud?
  • Keletihan
  • Kurang selera makan
  • Bengkak pada bahagian kaki dan muka
  • Rasa loya dan muntah
  • Masalah kulit (pigmentasi, kegatalan)
  • Sesak nafas ketika menggunakan tenaga yang banyak
  • Anemia (kekurangan sel darah merah)
Mengapa anda perlu mengawal pengambilan Protein anda?
  • Ini adalah untuk mencegah pengumpulan bahan buangan di dalam badan
  • Dengan mengurangkan pengambilan protein daripada makanan, beban buah pinggang dapat dikurangkan dan dengan itu kadar kerosakkan buah pinggang dapat dilambatkan
  • Pengurangan pengambilan protein yang tinggi adalah berkaitan dengan pengurangan fosfat, yang mana kemudiannya dapat membantu mengekalkan komposisi tulang

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers