Tuesday, December 21, 2010

Mengampu

Masyarakat mempunyai anggapan bahawa perbuatan mengampu adalah perbuatan yang kurang baik dan hanya mementingkan diri sendiri dan menganiayai orang lain (rakan kita yang tidak pandai mengampu). Tanggapan ini adalah salah kerana perbuatan mengampu adalah bertujuan supaya orang suka kepada kita, dan dengan cara ini kita boleh mempengaruhi untuk sesuatu perkara yang kita inginkan, ia tidak semestinya kita menganiayai orang lain. Mengampu boleh dilakukan dengan cara berikut:
  1. Memuji-muji keistimewaan yang ada pada orang diampu secara berlebihan hingga menimbulkan keseronokan orang yang diampu.
  2. Menceritakan keseronokan hobi orang yang diampu hingga memberi keseronokan hati dan perasaan orang yang diampu tersebut. Walaupun hobi tersebut bukanlah hobi sebenar orang yang mengampu.
  3. Mengaku bahawa kita berpegang pada pendapat, falsafah atau perjuangan yang sama dengan orang itu.
  4. Sanggup memenuhi arahan atau permintaan orang itu.
Kita cenderung mengampu di dalam tiga situasi
  1. Apabila dengan cara mengampu kita mendapat ganjaran yang kita harapkan seperti naik gaji, naik pangkat, mendapat layanan istimewa dan ganjaran lain-lain.
  2. Apabila kita ada harapan kita dapat mengampu orang itu.
  3. Apabila cara mengampu yang kita gunakan dianggap sesuai digunakan. Kajian menunjukkan apa yang dianggap sesuai atau tidak sesuai adalah bergantung kepada nilai-nilai yang dipegang oleh orang yang hendak diampu.
Wortman memberi panduan kepada sesiapa yang ingin mengampu
  1. Pengampu yang hendak mengampu orang yang lebih besar kuasanya lebih baik jangan menggunakan taktik yang terlalu mudah dikesan. Jangan memuji orang itu secara terang-terangan kerana perbuatan itu bukan setakat nampak benar kita cuba mengampu, malah ia juga boleh menyakiti orang yang diampu dan orang lain yang melihatnya.
  2. Orang bawahan boleh mengampu ketuanya hanya dalam tugas-tugas di mana orang bawahan itu sudah diiktiraf memiliki kepakaran, atau berkenaan sifat-sifat peribadi si ketua yang tiada kaitan dengan tugas-tugasnya. Contohnya seorang jurutaip boleh memuji ketuanya apabila ia cuba menaip.
  3. Taktik mengampu yang lembut dan dianggap sopan ialah memuji dengan menggunakan bahasa badan, seperti bertepuk, mengangguk-angguk, ketawa dan seumpanya. Perbuatan memuji di belakang ketua, dengan mengharap ketua mendengarnya pujian itu, juga dianggap mengampu secara sopan

No comments:

Post a Comment