Emosi dan ghairah (passion) adalah merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dialami manusia. Kedua-dua perasaan ini boleh memberikan motivasi dan tenaga. Sesaraf otak (neuron) akan mengarah perasaan tersebut ke saluran-saluran darah di seluruh badan. Kesemua ini dilakukan oleh otak melalui sistem limbik yang berinteraksi dengan lain-lain bahagian otak.
Untuk memahami konsep EQ dengan lebih jelas, pengetahuan tentang fungsi otak dan peranan emosi amatlah penting. Otak mempunyai tiga susunan iaitu neokorteks (otak berfikir), sistem limbik (otak perasaan) dan reptilian (otak kemahiran spesifik). Ketiga-tiga otak tersebut melakukan sistem komunikasi yang amat kompleks dan bertindak sekurang-kurangnya dalam tiga peringkat serentak pada sepanjang masa. Sistem limbik dianggap saluran terpenting untuk menukarkan pulsa dari perlakuan yang tidak disengajakan membawa kepada perlakuan yang berasaskan pemikiran yang bijak. Sebagai pusat emosi, sistem limbik hendaklah dikawal dan dikelolakan dengan baik supaya sentiasa dalam keadaan tenteram dan seronok kerana dan perlakuan manusia adalah hasil interaksi antara sistem ini dengan neokorteks.
Dalam sistem limbik terdapat beberapa kelenjar (gland) antaranya termasuklah hypothalamus, iaitu organ yang mengatur keinginan seks dan mengerluarkan hormon adrenalin tambahan apabila seseorang dalam keadaan stres. Kelenjar hippocampus mengawal ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Kelenjar amygdala mengawal ketakutan dan kemarahan dan kelenjar pituitary pula adalah kilang pertumbuhan hormon.
Mengikut kajian sains neurologi setiap manusia mempunyai dua puluh kod dalaman utama terbina daripada asid amino dan neuropeptida yang dikawal oleh sistem limbik kod dalaman ini bertempat dalam otak limbik. Apabila seseorang itu merasa seronok, kod dalaman ini akan mencipta perasaan seronok dan dikeluarkan berita keseronokan ke seluruh badan untuk bertindak. Demikian juga sekiranya kita memikirkan perkara positif atau negatif, kod dalaman akan mencipta perasaan positif atau negatif dan dikeluarkan berita untuk badan bertindak. Kod dlaman ini boleh meningkat atau menurunkan kecerdasan EQ, ia terlalu bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat dan menguruskan emosinya.
Dalam kehidupan harian sesuatu peristiwa yang berlaku pada seseorang itu adalah luar jangkaannya dan tidak boleh dikawal, tetapi persepsi, bisikan hati (self talk) dan emosi adalah pengawalan diri sendiri
No comments:
Post a Comment