Ibu bapa adalah antara guru yang paling sesuai untuk mendidik anak-anak. Dan tempat terbaik untuk kanak-kanak belajar ialah rumah mereka sendiri. Bantu anak anda membina kemahiran, sama ada kemahiran menulis, membaca, mempelajari bahasa baru atau sekadar membiasakan diri dengan tabiat pembelajaran baru, dengan melakukan perkara mudah berikut:
- Berbual, Menyanyi Dan Menari Dengan Anak Anda: Kanak-kanak gemar melakukan aktiviti fizikal dan mereka pasti gembira jika dapat melakukan perkara yang menyeronokkan bersama anda. Belajar lagu baru dan ajar anak anda menyanyikannya. Galakkan seisi keluarga menyertai sesi permainan yang menyeronokkan untuk memberi lebih motivasi kepada anak anda.
- Baca Kepada Anak Anda: Bacakan buku cerita atau buku fakta yang menarik kepada anak-anak. Mereka akan membesar menjadi kanak-kanak yang lebih baik daripada rakan sebaya mereka. Membaca adalah satu daripada cara paling cepat untuk kanak-kanak membina kemahiran pembelajaran dan tiada sesiapa yang lebih baik daripada ibu bapa untuk melakukan tugas ini. Jadikan tabiat membaca kepada anakanak satu amalan harian. Masa yang baik untuk membaca ialah sebelum menidurkan anak anak. Pastikan anda membaca dengan suara dan wajah yang ceria agar apa yang anda bacakan menjadi lebih menarik bagi anak anda. Bila anak anda sudah mula belajar membaca, baca buku kegemarannya bersama
- Hadkan Masa Menonton Televisyen: TV adalah jalan keluar yang mudah bagi ibu bapa yang tidak mempunyai masa untuk melayan anak anak. Jadi, hadkan masa anak anda menonton TV. Sebaliknya, gunakan masa itu untuk melakukan perkara yang digemari bersama. Kanak-kanak perlu mendengar dan bercakap dengan orang dewasa untuk belajar. Mereka tidak boleh belajar hanya dengan menonton televisyen
- Hadkan Masa Menonton Televisyen: TV adalah jalan keluar yang mudah bagi ibu bapa yang tidak mempunyai masa untuk melayan anak anak. Jadi, hadkan masa anak anda menonton TV. Sebaliknya, gunakan masa itu untuk melakukan perkara yang digemari bersama. Kanak-kanak perlu mendengar dan bercakap dengan orang dewasa untuk belajar. Mereka tidak boleh belajar hanya dengan menonton televisyen
- Amalkan Sikap Positif Terhadap Pembelajaran: Tunjukkan semangat dan sikap positif apabila anak anda pulang dari sekolah dan menceritakan perkara baru yang dipelajari. Ikuti perkembangannya di sekolah dan ambil pendekatan proaktif untuk memantau kemajuan anak anda di sekolah. Tunjukkan minat dan jika boleh, cuba bantu pembelajarannya dengan penglibatan secara peribadi.
- Beri Anak Anda Pujian Yang Sangat Diperlukannya: Kanak-kanak suka dipuji. Jadi, jika anak anda berkelakuan baik atau memperlihatkan prestasi yang cemerlang, tunjukkan kegembiraan dan berilah pujian. Ini bukan sahaja akan menaikkan semangat anak anda tetapi juga menunjukkan bahawa anda prihatin dan menghargainya. Satu lagi cara yang baik untuk melakukannya ialah dengan melekatkan lukisan anak anda pada pintu peti sejuk.
- Galakkan Anak Anda Menggunakan Bahan Pembelajaran: Alat pembelajaran seperti kamus dan ensiklopedia amat berguna apabila anak anda berminat untuk meluaskan perbendaharaan kata atau menambah pengetahuan. Galakkan anak-anak merujuk kepada kamus dan ensiklopedia bila mereka memerlukan penjelasan mengenai perkataan yang menimbulkan kemusykilan
- Bawa Mereka Keluar Berjalan: Ke perpustakaan, muzium, pameran atau taman permainan. Mendedahkan anak anda kepada tempat ini dapat membantu menggalakkan mereka belajar dan memberi motivasi kepada anak anda untuk lebih tekun belajar. Selain itu, ia juga menyeronokkan untuk seisi keluarga
Sumber: http://www.mypositiveparenting.org/
No comments:
Post a Comment