Friday, December 3, 2010

Menjalankan Perniagaan Francias

Berdasarkan Undang-Undang Tubuh bagi Persatuan Francias Malaysia (Akta Pertubahan 1966). Mendefinisikan francais sebagai suatu perniagaan pengedaran secara bersistem dengan menggunakan jenama yang sama dan dengan kaedah pengurusan yang seragam dan tersusun berlandaskan satu format perniagaan. Fry (1993) pula menyatakan francais sebgai satu sistem perniagaan yang memberi hak kepada individu atau pengedar setempat untuk memasarkan perkhidmatan atau produk. Semua syarikat francais di Malaysia mesti mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Francais 1998

Terdapat dua pihak yang terlibat dalam perniagaan francais iaitu francaisor dan francaisi. Francaisor ialah pemberi francais yang menjual produk berlandaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh francaisor.
Definisi di atas menjelaskan bahawa perniagaan francais melibatkan dua pihak yang diikat dengan kontrak yang telah dipersetujui bersama. Satu perjanjian mengenai syarat francais akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Sistem operasi serta segala hal berkaitan penubuhan dan pengurusan perniagaan akan diberikan oleh franciasor kepada franciasi. Franciasor akan memberi kebenaran atau hak kepada franciasi secara relatifnya bersaiz lebih kecil bagi menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang telah ditentukan dalam satu jangka masa dan tempat tertentu untuk proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud. Daripada urusniaga ini, franciasor akan menerima royalti daripada franciasi.
Terdapat dua bentuk struktur perniagaan francias iaitu:
  1. Francias yang dibawa masuk dari luar negara – membabitkan pernigaan milik asing yang melibatkan tiga pihak iaitu pengeluar francais, pemegang francais (bagi sesuatu negara) dan penerima francais. Bantuan dalam penyediaan produk akan diberi oleh pengeluar francais kepada pemegang francais yang dilantik di Malaysia. Kemudia, ia akan melantik pula wakil yang dikenali sebagai penerima francais untuk membuka cawangan francais ini. Cth: Mc Donald, Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken dan lain-lain
  2. Francais tempatan – hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu pemegang francais dan penerima francaisor. Cth: Pusat Servis EON, Habib Jewels, Kedai Buku Popular dan lain-lain
Secara kesimpulannya pelbagai peluang perniagaan telah disediakan oleh perniagaan francais kepada usahawan baru, untuk menceburi dunia perniagaan. Perniagaan ini lebih mudah dibentuk dan dijalankan, kerana penggunaan teknik pemasaran, imej, populariti, pengetahuan dan reputasi yang telah stabil dan teruji oleh franciasor. Ia merupakan salah satu cara bagi franciasor mengembangkan perniagaan yang mana tidak mungkin ia mampu untuk melakukannya sendiri kerana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Manakala bagi pihak francais, ia akan mendapat hak untuk menjual produk syarikat francaisor atau mengeluarkan produk dangan menggunakan tanda dagang atau paten yang telah dicipta, diperkenal dan dibangunkan oleh francaisor.

No comments:

Post a Comment