Thursday, December 9, 2010

Asas-asas Keusahawanan

Mempelajari Keusahawanan tidak akan lengkap tanpa memahami perkara-perkara asas keusahawanan, diantaranya;
  1. Keusahawanan Sebagai Satu Proses – sebagaimana yang diketahui, seseorang tidak dilahirkan sebagai usahawan dan sifat keusahawanan tidak boleh diwarisi. Sebaliknya, seseorang itu akan hanya mampu menjadi usahawan apabila mereka melalui pelbagai peringkat proses pembangunan usahawan. Proses yang akan dilalui adalah didorongi oleh keinginan dalaman yang berlaku secara tersendiri atau kumpulan, dirancang atau tidak dirancang. Dorongan dalaman ini memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan rohani bagi membolehkan berlakunya perubahan sikap, personaliti dan kesediaan untuk merebut peluang keusahawanan secara berterusan dengan penuh kegigihan.
  2. Penekanan Kepada Kreativiti Dalam Mengolak Sumber Syarikat – Setiap usahawan mempunyai kekuatan kreativiti yang tersendiri yang dibangunkan melalui kekuatan imaginasi, pengalaman dan pendedahan kepada persekitaran. Kreativiti merupakan nadi kepada kejayaan usahawan kerana melaluinya memungkinkan usahawan melihat permasalahan yang dihadapi daripada pelbagai perspektif. Dengan daya kreativiti yang dimiliki membolehkan usahawan mengoptimumkan sumber-sumber terhad yang dimilikinya melalui keunikan tindakan sehingga memungkinkannya memanfaatkan ancaman dan cabaran yang dihadapi. Usahawan juga perlu memaksimumkan penggunaan sumber-sumber syarikat seperti sumber kewangan, manusia, masa, maklumat, reputasi dan jaringan dengan memastikan kesediaannya untuk mencari alternative kepada setiap permasalahan yang dihadapi dan pada masa yang sama, bersedia untuk mencabar pengulangan (routine), tradisi, kebiasaan dan keselesaan yang sedia dimiliki.
  3. Mahu Meningkatkan Kesejahteraan – Usahawan perlu sedar bahawa tindak-tanduk mereka akan menentukan kesejahteraan atau kemusnahan dunia ini. Usahawan hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa dunia hari ini bukan milik mereka tetapi dipinjamkan oleh generasi akan datang untuk mereka bangunkan dan pastikan kesejahteraan masa depan. Oleh itu, mereka hendaklah memberi keyakinan pastikan bahawa kegiatan mereka mampu meningkatkan kesejahteraan kepada pelbagai pihak untuk jangka pendek dan jangka panjang termasuk kepada; Diri sendiri, Keluarga, Masyarakat, Pelbagai Kontituen, Negara dan Ummah.

No comments:

Post a Comment