Wednesday, December 22, 2010

Perkembangan Pendidikan Awal Kemerdekaan 1957 – 1963

Pada tahun 1957, semua sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah vernakular Melayu diberi nama sekolah kebangsaan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menghasilkan buku teks dan buku rujukan dalam Bahasa Kebangsaan. Institut Bahasa ditubuhkan pada tahun 1956 untuk melatih guru-guru pakar Bahasa Melayu.

Pada masa yang sama, sekolah menengah Cina dan Inggeris ditukarkan menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan. Bahasa pengantarnya di sekolah ini ialah bahasa Inggeris dan bahasa vernakularnya. Selain itu, Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib.

Pasca kemerdekaan membawa dua tahap perkembangan di sekolah kebangsaan. Tahap pertama ialah pelaksanaan Laporan Razak, yang  diikuti oleh Laporan Rahman Talib pada tahap kedua.

Laporan Razak dan Rahman Talib

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers