Garret dan Bowles (1997) mendefinisikan guru yang profesional sebagai guru yang sentiasa menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Cyril (1969) menyenaraikan enam keperluan seseorang profesional iaitu:
- Seorang profesional perlu mempertingkatkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan baru yang berkaitan dengan bidangnya.
- Seorang profesional perlu menekankan keperluan untuk menjadi pakar dalam bidangnya.
- Seorang profesional perlu melanjutkan pelajaran dalam disiplin-disiplin asas yang sealiran bidangnya.
- Seorang profesional perlu wujud sebagai insan dan juga seorang profesional.
- Seorang profesional perlu mempunyai pandangan-pandangan baru. Mereka mesti sentiasa mencari idea-idea dan prosedur-prosedur baru tetapi tidak sekali-kali meninggalkan konsep-konsep asas.
- Seorang profesional perlu mengekalkan keupayaannya untuk belajar.
- Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengurus bilik darjah
- Pengajaran guru adalah berpusatkan pelajar
- Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan dan memahami kehendak pelajar
- Kepuasan kerja diperoleh daripada terjalinnya hubungan yang baik dengan rakan-rakan sejawat dan murid
- Menilai pencapaian melalui persepsi sendiri terhadap perubahan tingkah laku dan pencapaian pelajar dan menghadiri kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan tugas.
- Melihat aktiviti pengajaran (tugas) dalam konteks yang lebih luas merangkumi sekolah, komuniti dan masyarakat
- Menilai kerjaya secara sistematik dan sentiasa bekerjasama dengan guru lain.
- Guru ini lebih berminat dengan teori dan perkembangan terkini dalam pendidikan. Oleh itu mereka banyak membaca buku, jurnal dan menceburi aktiviti profesional untuk meningkatkan profesionalisme mereka
- Guru jenis ini mengaplikasi kajian dan teori kepada pekerjaan
Stenhouse (1975: 144) menegaskan bahawa ciri-ciri yang menonjol bagi guru yang profesional ialah melalui “the capacity for autonomous professional self-development through systematic self-study, through the study of the work of other teachers and through the testing of ideas by classroom research procedures.”
Guru yang profesional boleh dirumuskan sebagai guru yang berilmu (content knowledge), berkemahiran dan berketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge) di bilik darjah. Guru yang profesional mestilah sentiasa berani mencuba idea-idea baru demi mempertingkatkan amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
No comments:
Post a Comment