Monday, May 31, 2010

Nabi SAW terima perintah solat


SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI

NABI Adam a.s gembira apabila menoleh kepalanya ke kanan kerana menyaksikan kalangan zuriatnya, iaitu umat manusia melakukan amalan baik dan akhirnya melayakkan mereka masuk syurga.

Namun apabila baginda menoleh ke kiri, di dapati ada juga kalangan umat manusia yang diseksa dalam neraka akibat balasan amalan-amalan jahat yang mereka lakukan, Ini menyebabkan Nabi Adam sedih dan kecewa.

Demikianlah di sebalik makna perlakuan yang ditunjukkan oleh lelaki bertubuh sasa dan tinggi yang pertama ditemui oleh Nabi Muhammad sejurus memasuki langit pertama dalam perjalanan Mikraj untuk menemui Allah di singgahsana Sidratul Muntaha.

Baginda begitu gembira dapat bertemu dan mengenali manusia pertama ciptaan Allah itu yang kemudiannya menjadi bapa kepada seluruh manusia di muka bumi ini.

Selepas memberi salam kepada Nabi Adam, Nabi Muhammad kemudiannya dibawa naik ke langit kedua dan di situ baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa. Diikuti langit ketiga, baginda bertemu Nabi Yusuf, langit kelima, Nabi Harun dan Musa di langit keenam.

Nabi Muhammad akan memberi salam dan mengakui kenabian kepada setiap nabi yang baginda temui.

Apabila tiba di langit ketujuh, Nabi Muhammad berpeluang menyaksikan Baitul Makmur, iaitu rumah ibadat, binaan sama seperti Kaabah bagi penghuni langit terutamanya para malaikat beribadah dan melakukan tawaf.

Sesetengah mengatakan terdapat hampir 70,000 malaikat yang melakukan tawaf di Baitul Makmur itu.

Ia dikatakan mempunyai kedudukan yang bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi.
Di situ juga baginda melihat ada seorang lelaki yang wajahnya dikatakan hampir menyerupai Rasulullah sendiri.

Lalu baginda bertanya kepada Jibrail siapa lelaki berkenaan. Jibrail berkata: "Dialah nenek moyang kamu, Nabi Ibrahim."

Baginda sungguh gembira dengan pertemuan ini kerana dapat mengenali Nabi Ibrahim yang mempunyai sejarah kenabian sangat hebat terutama mampu mengalahkan Raja Namrud, berhijrah ke Palestin dan terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan si anak Nabi Ismail.

Dari situ ia menjadi titik permulaan pembukaan Kota Mekah dan mendirikan Kaabah seperti yang diperintahkan oleh Allah.

Sejurus pertemuan yang sungguh bermakna itu, baginda berjalan sehingga ke penghujung langit ketujuh.

Berubah bentuk

Di situ baginda melihat bagaimana malaikat Jibrail yang menyerupai manusia berubah kepada bentuk asalnya. Bentuk yang sama seperti yang baginda pernah temui buat pertama kali semasa berjalan ke pulang ke rumah dari Gua Hira'.

Kebenaran perkara ini tidak dapat disangkal. Ia benar-benar terjadi sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, iaitu ayat 13 hingga 18 surah an-Najm yang bermaksud:

      "Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibrail itu dalam rupanya yang asli iaitu berdekatan dengan Sidratul Muntaha, yang juga berdekatan dengan syurga al Makwa, (Muhammad melihat Jibrail) ketika di Sidratul Muntaha dilitupi oleh sesuatu yang melitupinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhan-Nya yang paling besar."
Selain bagi mengesahkan pertemuan Nabi Muhammad dengan malaikat Jibrail pada rupanya yang asal, ayat ini juga sebagai mengesahkan mengenai pertemuan agung antara

Nabi SAW dengan Allah Rabbul Jalil secara bersemuka. Inilah keistimewaan Nabi Muhammad dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan jaga dan bersemuka walaupun pertemuan tersebut tidak turut dihadiri oleh malaikat Jibrail.

Sebelum itu Jibrail telah meminta Nabi Muhammad mara ke hadapan iaitu memasuki Sidratul Muntaha, tempat sangat luar biasa yang tidak akan mampu terfikir oleh manusia biasa.

Apabila Nabi Muhammad turut mengajak malaikat Jibrail untuk bersama-sama dengan baginda, Jibrail berkata: "Kalau aku selangkah mara ke hadapan, maka aku akan hangus terbakar."

Lalu di hadapan Allah itu yang dikatakan jaraknya hanyalah 'dua busur panah' atau lebih dekat lagi dari itu, Nabi Muhammad diperintahkan sembahyang 50 waktu sehari semalam.
Iaitu ibadat menyembah-Nya untuk dilakukan oleh Nabi Muhammad dan seluruh umat baginda setiap hari.

Berbanding ibadat lain yang difardukan melalui turunnya wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail namun ibadat solat adalah perintah secara langsung daripada Allah.
Sebab itu di hari kiamat perkara pertama yang ditanyakan oleh Allah terhadap setiap individu umat Islam ialah mengenai perihal solatnya.

Segala amalan kebaikan dan kebajikan yang lain seolah-olah tidak bermakna jika seseorang itu mengabai dan meninggalkan solat secara sengaja.

Selepas pertemuan itu, Nabi Muhammad pun turun ke langit ke enam dan bertemu semula dengan Nabi Musa yang bertanyakan mengenai hasil pertemuan baginda dengan Allah.
"Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu wahai Muhammad," tanya Nabi Musa.
"Allah memerintahkan aku dan umatku supaya mendirikan solat 50 fardu waktu sehari semalam," jawab Nabi Muhammad.

Musa pun berkata lagi: "Kaum Israel pernah diperintahkan kurang daripada itu tetapi itupun mereka tidak mampu laksanakan. Kamu naiklah lagi dan minta Allah ringankan (kurang jumlah fardu) solat itu."

Sesetengah riwayat menceritakan baginda terpaksa berulang kali menemui Allah semula bagi tujuan untuk meringankan jumlah fardu solat itu. Sehinggalah akhirnya ditetapkan ibadat solat itu difardukan lima kali sehari tanpa boleh dikurangkan lagi.

Itupun Nabi Musa tetap menggesa Nabi Muhammad dikurangkan lagi lima waktu itu.
Lalu baginda pun berkata: "Aku rasa malu dengan tuhanku, namun aku reda dan aku menyerah diri."

Sepanjang mikraj itu juga Nabi Muhammad diperlihatkan dengan pelbagai kehidupan di alam akhirat, iaitu alam yang kekal bakal didiami oleh seluruh umat manusia.
Turut diperlihatkan ialah pelbagai gambaran bentuk pembalasan terhadap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia semasa hidup mereka di dunia.

Namun yang paling berkesan pada baginda yang diceritakan kepada para pengikutnya ialah mengenai gambaran syurga dan neraka.

Apa pun gambaran mengenai syurga dan neraka tersebut, namun yang jelas kedua-duanya wujud di akhirat sebagaimana yang disebut berkali-kali dalam al-Quran.
Namun itu pun masih tidak dapat dipercayai oleh sesetengah pihak.
Jadi apabila Nabi Muhammad telah melihatnya sendiri dengan mata kepala baginda, adakah kita masih tidak mempercayainya lagi?


Sumber: http://www.utusan.com.my/

Petua Yahudi Untuk Mendapatkan anak Yang Bijak


"Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

"Dr. Stephen Carr Leon "

Oleh: tempayan
Sumber: http://www.tranungkite.net/

Sunday, May 30, 2010

8C Yang Tidak Disukai Suami

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata.Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje.Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah

 

Sumber: DRS. KHALIL IDHAM LIM - http://idhamlim.blogspot.com/

Nabi Adam a.s. Bertaubat


Setelah Adam menyesali diri dan mengaku kesalahan yang telah dilakukannya, serta ia bersedia kembali berbakti dan taat kepada Allah, dan tidak mahu kembali lagi larangan Allah, maka Allah mengajarkan kepadanya kalimat Taubat iaitu cara bertaubat:

    "Maka Adam telah menerima beberapa perkataan dari Tuhannya, lalu diampuniNya, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Al-Baqarah: 37)
 Sejak Nabi Adam melanggar larangan Allah, setelah ditipu dan digoda oleh syaitan secara halus, Nabi Adan serta Isterinya diturunkan ke bumi. Di bumi tempat Nabi Adam dan isterinya meneruskan penghidupan serta beranak pinak., sehingga ke suatu masa yang ditentukan Allah. Sementara itu syaitan akan meneruskan usahanya untuk menyesatkan manusia (keturunan Nabi Adam).

Di bumi terpaksa menempuh kesengsaraan hidup, kerana perlu berkerja sendiri untuk menyara kehidupan. Setiap kali mereka mengenangkan kesenangan kehidupan di syurga, menangislah keduanya dan menyesali diri. Begitulah tabiat manusia, barulah menghargai kesenangan, setelah merasakan kesengsaraan. Manusia selalunya menghargai kenikmatan yang diberikan Allah setelah nikmat tersebut telah luput daripadanya.

Tanda-tanda Dan Sifat Orang Mati Su’ul Khatimah – Mati Dalam Keadaan Berdosa Tanpa Taubat


Orang yang dianggap mati dalam keadaan su'ul Khatimah ialah orang yang mati dalam keadaan berdosa besar tanpa sempat bertaubat, contohnya meninggalkan perintah Allah yang wajib dan melanggar larangan Allah. Antara dosa-dosa ialah seperti;
  1. Meninggalkan solat fardu dengan sengaja.
  2. Enggan membayar zakat
  3. Enggan mengerjakan haji
  4. Makan riba.
  5. Derhaka kepada ibu bapa
  6. Berdusta.
  7. Pemimpin menipu rakyat
  8. Sombong atau ego
  9. Bersaksi dan bersumpah palsu.
  10. Penerima dan pemberi rasuah.
  11. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
  12. Riak (memperlihatkan amalan).
  13. Menyakiti jiran.
  14. Mencaci dan menyakiti hati sesama islam.
  15. Dosa-dosa besar
  16. Dosa-dosa kecil yang dikekalkan.

Idea Penulisan Item

Kebanyakan penulisan item bermula dengan idea yang terdapat pada penulisan item. JSU/JPU akan digunakan untuk memberi garis panduan tentang Spesifikasi item yang akan dibina. Idea bagi item mengandungi perkara yang akan ditaksir dan di manakah perkara ini akan ditaksir. Contoh idea penulisan item adalah seperti:
  • Pengetahuan tentang prosedur eksperimen menguji kerosakan Pengubah
  • Kebolehan membuat inferens berdasarkan pemerhatian dalam gambar rajah.
  • Kebolehan untuk menggunakan rumus/formula untuk menghitung nilai rintangan dengan menggunakan hukum ohm.
Dalam keadaan sebenar semasa menulis item, idea bagi item ini tidak dicatatkan. Selalunya sesuatu idea wujud secara sementara dalam pemikirannya. Penulis item akan membuat pertimbangan dari segi sumbangan item itu kepada ujian. Jika sekiranya item itu dapat berfungsi sebagai item ujian maka penulis akan meneruskan menulis item itu mengikut Spesifikasi.

Nabi Ibrahim disembunyi dalam gua

BERIKUTNYA ialah Nabi Ibrahim. Beliau dilahirkan dalam suasana cemas ketika pemerintahan Raja Namrud di Babilon, yang memerintahkan supaya semua bayi dibunuh. Namun, Ibrahim terselamat kerana ibunya membawa dan menyembunyikannya di gua. Suasana cemas itu diciptakan Namrud sendiri kerana tidak mahu orang lain merampas takhta dan meruntuhkan kerajaannya.

Dia memutuskan supaya semua bayi, sama ada lelaki atau perempuan yang dilahirkan terus dibunuh.

Menurut ahli sejarah, Namrud bertindak sedemikian selepas bermimpi melihat seorang kanak-kanak melompat dan masuk ke biliknya, kemudian merampas mahkota yang dipakainya, lalu menghancurkannya.

Dia terpengaruh dengan ahli sihir yang menafsirkan mimpinya. Ahli sihir terbabit berkata: "Satu ketika akan lahir seorang bayi. Apabila dewasa, dia akan merosakkan takhta raja, kemudian takhta itu jatuh dan mahkotanya turut hilang."

Raja Namrud atau nama penuhnya Namrud bin Kan'an bin Kusy memang terkenal dengan kekejamannya kerana memerintah negara tanpa berpandukan akal, sebaliknya bersendikan nafsu.

Justeru, dia cepat melenting apabila diberitahu sesuatu perkara walaupun belum pasti kebenarannya. Rakyat yang dicurigai menggugat kuasanya terus diancam dengan pedang menyebabkan semua takut dan tunduk kepada kehendaknya.

Sementara itu, Ibrahim yang disusu dan dibesarkan ibunya di gua, apabila usianya meningkat cuba melihat keindahan alam di luar gua. Beliau mendongak ke langit terbentang luas, melihat gunung menjulang tinggi dan matahari yang begitu besar.

Pada waktu malam dilihatnya bulan dan bintang, dengan seketika direnung dan cuba difikirkannya. Ada ketika beliau menyangka bintang berkelip, bulan menerangi kegelapan malam dan matahari yang menyinari sepanjang hari itu Tuhan.

Namun selepas difikirkan, semua makhluk itu berakhir kerana apabila sampai masanya ia hilang (tenggelam). Beliau menggunakan akal yang waras, tidak suka benda yang hilang, lalu tidak dijadikannya Tuhan.

Sebaliknya, Namrud yang tidak menggunakan akal, dengan mudah menjadikan apa yang ada di sekelilingnya sebagai Tuhan, termasuk ukiran yang dihasilkan rakyatnya sendiri, turut dipuja dan disembah.

Dia juga memerintah rakyatnya supaya turut menyembah gambar pada batu dengan katanya: "Ini Tuhan yang aku sembah, sembahlah kepadanya." Kemudian, Nabi Ibrahim dibawa keluar dari gua itu.

Ketika itu juga Raja Namrud tidak lagi mengambil berat dengan perintah pembunuhan bayi, malah berita mengenai perkara itu mula berkurangan. Ibrahim keluar kepada kaumnya.

Beliau tersentak seketika apabila mendapati kaumnya berada dalam kesesatan, dengan menyembah patung, ukiran batu dan berhala yang direka sendiri. Ketika itu bapanya sendiri turut membuat patung untuk dijual kepada orang ramai dengan tujuan menjadikannya sembahan.

Melihat keadaan itu Ibrahim berdoa: "Wahai Tuhan, aku sedang menderita, iaitu penderitaan batin, melihat kemungkaran dan kesesatan, untuk apakah akal yang dikurniakan Allah kepada mereka?

Apakah akal itu semata-mata digunakan untuk melakukan kerosakan dan mencari kekayaan? Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku dan jika Tuhan tidak memberi petunjuk aku akan menjadi sesat seperti orang ramai yang sesat dan melakukan penganiayaan itu."

Allah menerima doa itu dan memberi petunjuk kepada Ibrahim, lalu beliau dilantik menjadi nabi dan rasul, dengan diturunkan wahyu bagi memperteguhkan lagi kepercayaan terhadapNya.

Sejurus kemudian Ibrahim memikirkan kejadian alam ini. Pemikirannya bertambah dalam, hingga ke alam akhirat, hingga terdetik dalam akalnya cara Tuhan menghidupkan manusia yang sudah mati.

Walaupun cuba diselesaikan masalah itu menggunakan akalnya, beliau tidak juga berjaya, kerana hal berkaitan menghidupkan makhluk yang mati memang di luar kemampuan manusia.

Justeru, beliau berdoa kepada Allah supaya memperlihatkan kepadanya mengenai perkara itu. Doa Ibrahim itu diterima, namun Allah bertanya kepadanya: "Apakah engkau wahai Ibrahim belum beriman?"

Ibrahim berkata: "Tidak sekali-kali, bukankah Engkau telah memberikan wahyu kepadaku dan aku sudah percaya dan membenarkannya. Tetapi perkara ini semata-mata bagi menguatkan imanku."

Lalu Allah menyuruhnya mengambil empat ekor burung, kemudian burung itu masing-masing dipotong dan dipisahkan setiap anggota badannya, supaya Ibrahim melihat sendiri bagaimana burung itu dihidupkan kembali.

Potongan kecil daripada empat ekor burung itu dihancurkan, lalu diceraikan antara satu sama lain. Kemudian burung yang sudah dihancurkan itu dijadikan empat bahagian, dengan masing-masing bahagian itu diletakkan di atas puncak empat bukit berjauhan.

Kemudian Ibrahim diperintahkan supaya memanggil burung yang hancur itu. Selesai saja Ibrahim memanggil burung itu, masing-masing terbang dan bercantum kembali.

Seterusnya burung itu masing-masing terbang ke arah Ibrahim. Peristiwa itu dilihat Ibrahim dengan kagum.

Selepas itu Allah menurunkan wahyu kepada Ibrahim: "Demikian juga Aku membangkit dan menghidupkan manusia yang sudah mati untuk dihidupkan di alam akhirat dan akan dihisabkan semua amalannya sewaktu berada di dunia. Dan semua manusia akan menerima balasan masing-masing."

Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/

Nabi Saleh a.s. Dan Pengikutnya Selamat Dari Azab

Orang yang beriman kepada Allah s.w.t., selalu mendapt pertolongan dan perlindungan Allah, begitu juga Nabi Saleh dan pengikutnya. Sebelum azab itu datang Nabi Saleh berserta orang-orang yang beriman telah pergi dahulu dengan meninggalkan pesan, Sebagaimana tersebut dalam Al-Quran bermaksud

    "Saleh berpaling dari mereka seraya berkata: Hai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan risalah Allah kepadamu dan aku telah memberi nasihat, tetapi kamu tidak suka kepada orang yang memberi nasihat." (Al-'Araf)

Dengan azab ini habis musnahlah negeri kaum Tsamud dibinasakan Allah s.w.t., sedangkan Nabi Saleh a.s. serta pengikutnya pindah ke negeri lain iaitu Hadramaut, sedangkan menurut riwayat lain, Nabi Saleh berpindah ke negeri Makkah. Menurut riwayat lagi mereka yang terlepas dari azab Allah waktu itu ialah 120 orang sahaja.

Friday, May 28, 2010

Resepi Acar Buah

Bahan-bahan:

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning, prune,aprikot,mangga jeruk, kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dan
di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan dikisar:
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]



Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

Asal usul Bani Israel

BANI Israel berasal daripada keturunan Nabi Yaakub. Mereka telah menerima Taurat daripada Nabi Musa. Kesan daripada penerimaan kitab Taurat telah menyebabkan mereka menganggap agama yang dipusakai daripada nenek moyang mereka itu diturunkan untuk mereka semata-mata. Di antara dua belas suku Bani Israel, yang terbesar sekali adalah keturunan suku yang kedua iaitu Yahuda. Daripada Yahuda, lama-kelamaan menjadi kebiasaan bagi mereka menyebut diri mereka sebagai Yahudi dan agama mereka iaitu agama Yahudi.

Selain menyampaikan dakwah kepada orang Arab, Qahthan dan Adnan, para nabi pada zaman itu diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah kepada Bani Israel. Ini kerana mereka mempunyai satu suku yang terbesar di Madinah iaitu terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa, Bani Quraizah dan lain-lain suku yang kecil.

Pada zaman itu, kaum Bani Israel merupakan satu bangsa di dunia yang paling banyak menerima rahmat dan nikmat serta tuntutan-tuntutan daripada Allah. Bukan hanya nikmat yang merupakan hasil bumi dan binatang-binatang serta kekayaan-kekayaan alam sahaja, yang dianugerahkan Allah kepada mereka tetapi juga kekuasaan, kepintaran dan sebagainya.

Allah juga memberi rahmat kepada mereka dengan melepaskan mereka daripada beberapa seksaan ketika mereka berada di Mesir di bawah jajahan Firaun. Mereka dilepaskan dan dimerdekakan daripada kehinaan dan ketakutan di bawah pimpinan Nabi Musa dan Harun. Mereka disesatkan oleh Samiri, kemudian ditunjukkan yang benar oleh Allah dan diampuni dosa mereka.

Begitu juga sewaktu mereka dikepung oleh tentera Firaun sehingga ke tepi laut. Maka dibentangkan Allah jalan di lautan itu, lalu Allah menghancurkan Firaun serta tenteranya di hadapan mata kepala mereka sendiri, agar mereka dapat hidup aman di atas bumi ini. Kepada mereka diturunkan oleh Allah makanan dari langit ketika mereka sedang berada di tengah-tengah padang pasir yang mana tidak ada makanan dan minuman ketika itu. Jika tidak demikian, mereka akan mati kelaparan di tengah-tengah padang pasir yang terik itu.

Lebih besar dan hebat rahmat dan nikmat Allah kepada Bani Israel kerana orang-orang bangsa Bani Israellah yang diangkat oleh Allah menjadi orang-orang mulia, menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul yang besar, untuk memimpin mereka, mengeluarkan mereka daripada lembah kebodohan, kesesatan, kesengsaraan selain menjadi bangsa yang maju dan bangsa yang memimpin. Berulang kali nikmat dan rahmat itu silih berganti diturunkan oleh Allah kepada mereka. Tetapi berulang-kali pula mereka silih berganti sesat dan menderhakai ajaran Allah. Sungguhpun begitu, Allah masih memberikan keampunan kepada mereka, berkat doa daripada nabi dan rasul mereka.

Untuk menyempurnakan rahmat dan nikmat Allah terhadap mereka, Allah telah menyediakan sebuah negeri yang dinamakan negeri suci iaitu Suria. Di situlah mereka akan hidup aman dan tenteram serta bahagia, berkuasa dan tidak dikuasai bangsa lain. Maka mereka diperintahkan oleh Allah supaya berada di bawah pimpinan para utusan Allah. Ini adalah suatu perintah Allah yang wajib ditaati bersama-sama dengan Nabi Musa dan Harun.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Asal kejadian manusia

"APAKAH Engkau akan menjadikan manusia yang akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di dalamnya, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau," demikian pertanyaan malaikat kepada Allah kerana terkejut dengan pengisytiharan-Nya yang mahu menciptakan Adam dan keturunannya sebagai khalifah di bumi.

Namun, selepas itu malaikat akur keputusan itu.

Kemudian Adam diciptakan, iaitu daripada tanah kering yang berasal daripada lumpur hitam. Daripada tanah, Allah menjadikan Adam berperingkat, kemudian meniupkan roh ke tubuhnya.

Akhirnya sempurnalah kejadian Adam sebagai manusia, merangkumi otak, darah dan daging, bebas bergerak dan bertindak mengikut kehendak dan akal fikiran.

Apabila penciptaan Adam sempurna, Allah memerintahkan semua malaikat sujud kepadanya sebagai memulia dan menghormatinya.

Perkara ini dapat dilihat melalui ayat 28 hingga 29 surah Yusuf, maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan-Mu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering, daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Apabila Aku menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku, tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud."

Selepas itu Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, yang menjadi asas ilmu pengetahuan sebagai bekalan hidup di bumi. Apabila Adam mendapat ilmu, Allah memperlihatkannya kepada malaikat, dia memiliki darjat yang tinggi dari segi ilmu berbanding malaikat.

Lalu malaikat berkata: "Sungguh kami menyucikan Engkau wahai Tuhan kami, kerana kami tidak mengetahui melainkan yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan Engkau Maha Mengetahui segalanya, Maha Bijaksana dalam segala urusan yang Engkau ciptakan."

Perkara ini dapat dilihat melalui surah al-Baqarah, ayat 31 hingga 33. Semua malaikat akur dengan perintah Allah dan sujud kepada Adam. Bagaimanapun, iblis dengan angkuh dan sombong enggan berbuat demikian.

Iblis memberikan jawapan kepada Allah kononnya dia lebih mulia daripada Adam. Menurut iblis, dia diciptakan daripada api, manakala Adam daripada tanah. Justeru, iblis menyangka dirinya lebih bermaruah dan mempunyai kedudukan tinggi daripada Adam. Melihat gelagat iblis yang bongkak itu, Allah melaknat iblis dan mengusirkannya dari syurga untuk selama-lamanya.
Hukuman itu menyebabkan iblis berdendam dengan Adam, lalu ia menyatakan permohonan kepada Allah supaya dipanjangkan usia sehingga hari kiamat. Iblis juga bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam dari jalan yang benar, dengan mendatangi mereka (manusia) dari setiap penjuru untuk mengawasi kelemahan dan kecuaian mereka, sehingga mengheret ke lembah kesesatan dan derhaka kepada Allah.

Permohonan itu dikabulkan, namun Allah turut mengutuk iblis, melalui firmanNya: "Keluarlah kamu dari syurga ini dengan keadaan yang hina, kamu tidak akan mendapat rahmat-Ku dan Aku bersumpah akan memenuhi jahanam dengan kamu sekalian dan orang yang mengikutimu."

Selepas iblis diusir dari syurga, Adam tinggal keseorangan dan pada satu ketika dia terlena. Ketika itu, Jibril mencabut tulang rusuknya di sebelah kiri, dibentukkannya menjadi daging dan tulang, seterusnya terciptalah Hawa, sebagai isteri. Perkara ini dinyatakan dalam surah al-Nisa, ayat 1.

Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan segala kenikmatan. Namun, Allah melarang mereka dari mendekati sejenis pokok sekali gus menegah memakan buahnya. Mereka diberi amaran, jika melanggar larangan itu, mereka termasuk golongan yang zalim dan akan mendapat balasan daripada Allah.

Bagaimanapun, larangan itu tidak dipatuhi. Kemudian, semua pakaian dan perhiasan di syurga yang dipakai mereka terlepas, dengan tiada satu pun tertinggal, melainkan mahkota.

Sambil menangis, Adam menoleh kepada Hawa, lalu berkata: "Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah permulaan munculnya maksiat."

Hawa menjawab: "Wahai Adam! Aku tidak pernah menyangka ada makhluk berani bersumpah palsu kepada Allah."

Di syurga Adam sentiasa berlari kerana malu kepada Allah, sehingga Adam mengira azab Allah dipercepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata: "Ampun! Ampun."

Lalu Allah berfirman: "Wahai Adam, adakah kamu melarikan diri dari-Ku?" Adam menjawab: "Tidak, tetapi aku malu kepada Engkau wahai Tuhan!"

Kemudian Allah mewahyukan kepada dua malaikat, supaya mengeluarkan Adam dan Hawa dari sisi-Nya, kerana telah menderhakai-Nya. Tanpa berlengah, Jibril melepaskan mahkota di kepala Adam, manakala Mikail mencabut mahkota di keningnya.

Selepas diturunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam menangisi kesalahannya selama seratus tahun. Dia sentiasa menundukkan kepala di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi bumi, menumbuhkan rumput dan pokok.

Wahab bin Munabbih menceritakan, Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari. Pada hari ketujuh Allah memanggilnya, kemudian memberikan wahyu kepadanya: "Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat menimpamu hari ini? Bencana apakah menimpamu sehingga menyebabkanmu hanyut?"

Adam berkata: "Sungguh besar musibah, wahai Tuhan. Aku diliputi kesalahanku sendiri dan aku keluar dari kerajaan Tuhanku, sehingga aku berada di tempat kehinaan, sebelumnya aku berada dalam kemuliaan.

"Aku berada di tempat celaka, sebelumnya aku dalam kebahagiaan. Aku berada di tempat sukar, sebelumnya aku dalam kemewahan. Aku di tempat bencana, sebelumnya aku dalam keselamatan.

"Aku sekarang berada di tempat yang akn musnah setelah berada dalam ketenangan. Aku sekarang berada di tempat yang hancur setelah berada di tempat kekal abadi dan aku sekarang berada di tempat yang penuh penipuan setelah berada dalam keamanan. Tuhanku, tentu saja aku menangisi kesalahanku? Bagaimana mungkin aku tidak meratapi diriku sendiri?" Allah berfirman kepada Adam: "Bukankah Aku telah memilihmu untuk diri-Ku? Aku telah menghalalkan rumah-Ku untuk dirimu, Aku memilihmu atas semua makhluk-Ku, Aku mengkhususkan keramat-Ku terhadap dirimu, Aku mencurahkan kecintaan-Ku terhadap dirimu, Aku memberi peringatan kepadamu akan kemurkaan-Ku?

Bukankah Aku menciptakanmu sendiri, Aku telah meniupkan nyawa ke dalam tubuhmu, Aku memerintahkan malaikat supaya sujud dan bukankah Aku menjadikanmu sebagai pendamping-Ku di syurga-Ku.

Kamu menggunakan keramat-Ku sekehendakmu sendiri, sehingga kamu telah menderhakai perintah-Ku, kamu telah melupakan janji-Ku dan mensia-siakan wasiat-Ku? Bagaimana sekarang kamu akan memungkiri seksaan-Ku?

Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya bumi ini penuh dengan orang seperti kamu, di mana (mereka) sentiasa bertasbih malam dan siang tiada hentinya. Kemudian mereka menderhakai Aku. Aku akan memberikan tempat kepada mereka seperti tempat orang yang derhaka.

Sesungguhnya Aku mengasihani kelemahanmu, mengangkatmu dari kejatuhan, menerima taubatmu, mendengar permohonanmu yang tulus dan Aku mengampuni dosamu."

Lalu disuruh-Nya Adam berkata: "Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau ya Allah dengan segala puji-Mu, aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih."

Kemudian Allah mengirimkan kepada Adam sebuah khemah dan diletakkannya di tempat berdirinya Kaabah (sebelum Kaabah itu sendiri diciptakan). Di sanalah Adam tinggal dan seterusnya mengembangkan keturunannya.

Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/

Kaum Nabi Saleh a.s. Mendapat Azab

Salah satu bukti kerasulan Nabi Saleh a.s. adalah seekor unta pemberian Allah s.w.t. yang tidak boleh diganggu. Kerana mereka tidak percaya, mereka mengganggu unta pemberian Allah s.w.t. lalu unta tersebut disembelih oleh kaumnya.

Sesudah itu mereka berjumpa dengan Nabi Saleh a.s. samberi berkata: "Jika benar engkau utusan Allah, buktikanlah seksaan yang engkau janjikan dahulu itu, unta telah kami sembelih."

Jawab Nabi Saleh: "Kamu boleh menyaksikan sendiri dalam tiga hari ini, kerana azab Allah telah dekat."

Ternyata kata-kata Nabi Saleh a.s. adalah benar, Sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud:

    "Mereka lalu disambar petir, maka matilah mereka di negeri itu." (Al-'Araf: 78).

Rahsia Anak Pintar Dari Perspektif Islam


BUKAN sedikit ibu bapa yang mengidamkan anak seperti Sufiah Yusof, 24, yang memasuki universiti pada usia 13 tahun dan Adi Putra Abdul Ghani yang mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik. Tidak kurang juga yang mengidamkan anak seperti Muhammad Ahmad Zahid yang bergelar hafiz muda pada usia 13 tahun.

Semua pasti mahukan zuriat yang pintar kerana inilah 'tiket' kepada masa depan lebih cerah. Penat lelah membesarkan mereka seakan berbaloi apabila si anak membawa pulang kejayaan. Namun, apakah mereka ini pintar, berbakat, genius atau pun prodigy? Jangan keliru kerana inilah takrifan sebenar keupayaan mereka berdasarkan istilah psikologi.

Seperti kata-kata 'serupa tapi tak sama,' pakar linguistik dan Pengasas PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, berkata masih ramai yang tidak dapat membezakan istilah sebenar ini.

"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Fadzilah Kamsah – Pakar motivasi

"Aspek berbakat, pintar dan genius adalah antara perkataan yang kerap digunakan untuk menggambarkan kebolehan seseorang anak kecil mengatasi usia tanpa menyedari ia sebenarnya merujuk kepada makna yang kurang tepat.

"Genius adalah individu normal, tetapi mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah teknikal yang sukar atau tidak dapat diselesaikan pakar lain. Contoh paling tepat menggambarkan seseorang yang dianggap genius ialah Albert Einstein dalam bidang sains fizik manakala Thomas Edison dalam bidang elektrik," katanya yang berkelulusan ijazah sarjana muda linguistik Universiti Malaya dan sarjana dalam bidang sama Leeds University.

Beliau yang pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi, berkata seseorang itu disebut genius apabila dapat menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan mereka yang normal. Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan saintis dan jurutera lain.

"Kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan orang dewasa. Jika tidak, mereka setakat digelar berbakat atau pintar, bukan genius. Mereka yang dapat menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun adalah berbakat, bukan genius.

"Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak kerana belum ada kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah setaraf orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti," katanya.

Ainon mendakwa, disebabkan genius adalah pakar dalam sesuatu bidang, tiada kanak-kanak genius kerana anak kecil itu tidak mempunyai kepakaran ilmu. Oleh itu, baginya, tiada kanak-kanak genius dalam bidang sains, kejuruteraan, kedoktoran ataupun perfileman atau yang bergelar pakar bedah.

Satu lagi istilah 'prodigy' yang merujuk keupayaan kanak-kanak melakukan perkara yang hanya dapat dilakukan orang dewasa.

"Kanak-kanak pada usia lapan tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti atau mencipta muzik seperti pemuzik dewasa, selayaknya digelar 'prodigy.' Mereka ini hanya ada dalam dua bidang iaitu matematik dan muzik. Kanak-kanak prodigiy mempunyai kepintaran orang dewasa dalam bidang matematik ataupun muzik saja. Dalam lain-lain hal, mereka adalah kanak-kanak seperti budak lain," katanya.

Persoalannya, apakah ada sebarang petua mendapatkan anak pintar ini? Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berkata ini terletak kepada usaha ibu bapa mencari dan memperbaiki kelemahan diri terlebih dulu selain mengamalkan doa dan ajaran berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

"Doa adalah senjata umat Islam dan sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan bacaan surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Bapa juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut isteri.

"Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. Apabila hati terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Ibu juga digalakkan membaca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur," katanya.

Katanya, satu perkara perlu diingati oleh semua ibu bapa iaitu semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Beliau menegur sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mempunyai misi jelas dalam usaha memulakan keluarga.

"Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Bagi tujuan itu, ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak sebagai doktor misalnya. Ibu dan bapa perlulah memupuk minat anak menjadi doktor dengan membaca buku berkaitan perubatan sejak hamil.

"Wanita Yahudi misalnya, mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita juga boleh berbuat demikian. Malah sebagai orang Islam kita mempunyai 1,001 cara untuk membentuk anak menjadi pintar dan soleh pada masa sama," katanya.

Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, dia sendiri pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.

"Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan," katanya.

Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah 'hypnagogic moment' iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

"Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.

"Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat," katanya.

Beliau turut menegur tindakan ibu bapa yang selalu terlanjur mengeluarkan perkataan negatif ketika marah.

"Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. Sebaliknya jika mereka melakukan sesuatu kesilapan, katakan kepada mereka: "Kamu anak baik. Kamu anak bijak. Mengapa lakukan perkara itu," katanya.

'Formula Adi Putra berasaskan kiraan Islam'

IMPIAN untuk bertentang mata dengan Adi Putra Abdul Ghani, 11, tidak kesampaian kerana dia berada di kampung neneknya yang baru meninggal dunia. Namun peluang bertemu ayahnya memberi kesempatan mengenali siapa sebenarnya Adi Putra yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan sehingga kini sudah mencipta 228 formula menyelesaikan masalah matematik.

Kisah kepintaran Adi Putra menyelesaikan masalah matematik sudah terlalu banyak diperkatakan tetapi kali ini penulis dihidangkan dengan sisi lain budak cerdik itu.

Menerusi paparan cakera padat, Adi Putra hanya menonjol dalam matematik tetapi pelbagai bidang lain yang melampaui usia sebenarnya.

"Ia satu anugerah Allah yang wajar kita syukuri. Ia juga satu bukti kehebatan Allah yang mampu memilih sesiapa saja untuk diberikan keistimewaan biarpun makhluk itu semuda Adi Putra," kata Abdul Ghani ketika ditemui baru-baru ini.

Menariknya mengenai Adi Putra ialah semua formula matematiknya berasaskan cara kiraan Islam 100 peratus dan cara penyelesaiannya berdasarkan cakerawala, peredaran bulan, matahari, bumi serta menggunakan semua ciptaan Allah SWT di muka bumi ini seperti bukit dan tidak ketinggalan mengguna pakai perkiraan orang dulu.

Abdul Ghani mendakwa, kaedah pengiraan itu diiktiraf pakar antarabangsa malah di luar negara satu formula Adi Putra dinilai bersamaan RM1 juta dan modul sifir yang dihasilkannya bernilai berbilion ringgit.

"Jangan anggap Adi Putra budak kecil kerana selain pintar dalam matematik, dia juga mampu mengajar, petah berbicara walaupun ketika ditemubual stesen televisyen antarabangsa malah tidak kekok bersama dengan pembesar negara," katanya.

Katanya, anaknya itu juga diiktiraf memiliki pengetahuan ilmu matematik berusia 400 hingga 500 tahun dulu yang pernah dikuasai ilmuwan Islam. Adi Putra bukan hanya menguasai formula matematik sebaliknya mengkaji setiap nombor.

"Kita dianugerahkan jari dan pelbagai bentuk bantuan semula jadi untuk mengira. Adi Putra juga menggariskan tiga perkara yang merosakkan dan melemahkan minda umat Islam iaitu terciptanya kalkulator, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan permainan video.

"Matematik dan sains tidak dimonopoli sesuatu bangsa sebaliknya terpulang kepada kita untuk menguasainya. Ilmuwan Islam terdahulu sudah membuktikan betapa kita sebenarnya menguasai matematik, bukan orang lain.

"Apa yang penting ialah bukan sekadar anak kita bijak tetapi juga kreatif. Adi Putra mengajar budak lain untuk turut kreatif mencari penyelesaian kepada masalah matematik dengan tempoh paling cepat," katanya.

Malah, kata Abdul Ghani, salah seorang pelajarnya cuma mendapat satu markah daripada 50 soalan matematik dan selepas mengikuti kelas Adi Putra, dia mampu memperoleh 100 peratus selepas dua hari.

INFO: Tip untuk ibu bapa
Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia 'shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

Sumber: Fadzilah Kamsah - http://feryco.com/

Wangian Bau Masyithah

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu dia berkata, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Pada saat malam terjadinya Isra' saya mencium bau harum, sayapun bertanya,"Ya Jibril, bau harum apakah ini?"

Jibril menjawab,"Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir'aun (Masyithah) dan anak-anaknya."

Saya bertanya, "Bagaimana demikian?"

Jibril bercerita,"Ketika dia menyisir rambut putri Fir'aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca "Bismillah (dengan nama Allah)."

Putri Fir'aun berkata,"Hai, dengan nama bapakku?"
Masyithah berkata,"Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu."
Putri Fir'aun bertanya,"Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?
Masyithah menjawab,"Ya."
Anak putri Fir'aun berkata, 'Akan aku laporkan pada ayahku.'
Masyithah menjawab, 'Silahkan!'

Putri Fir'aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir'aunpun kemudian memanggil Masyithah.
Fir'aun bertanya,"Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?"
Masyithah menjawab,"Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah."

Kemudian Fir'aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.

Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir'aun,"Saya mempunyai satu permohonan."
Fir'aun menjawab,"Katakanlah."
Masyithah berkata,"Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan."
Fir'aun menjawab,"Akan aku penuhi permintaanmu."

Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu Masyithah nampak ragu-ragu.

Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,"Terjunlah Ibu! Ayo terjunlah, adzab dunia lebih ringan daripada adzab Akhirat." Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya.

Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma'uz Zawa'id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza'. Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir'aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

(Pengajaran yang dapat dipetik):
1. Anjuran untuk tetap sabar dan teguh ketika muncul fitnah.
2. Balasan itu sesuai dengan jenis amal yang dikerjakan.
3. Bagi yang bersabar dalam memegang teguh agama dan tidak takut dicela orang niscaya memperoleh pahala dan ganjaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah dalam QS: Az-Zumar: 10,
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas."
4. Seorang muslim diperbolehkan mengajukan permintaan yang mengandung kebaikan sekalipun kepada thaghut, sebagaimana kisah ini. Wanita tukang sisir anak gadis Fir'aun meminta agar tulang tubuhnya dan anak-anaknya dikubur menjadi satu.
5. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala senantiasa memberi jalan keluar untuk para waliNya dari musibah atau bencana yang menimpa.
6. Ketetapan karamah Allah yang diberikan bagi orang shalih dan shalihah.
7. Karamah termasuk dalam kategori peristiwa langka dan luar biasa.

Sumber: http://smzblog.wordpress.com/

Hadapi tekanan kecewa

Oleh ZUHAYATI YAZID

Pernahkah anda berdepan dengan rakan atau saudara anda yang kecewa? Kecewa dalam peperiksaan, pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan berbagai kekecewaan lain.

Bagaimana agaknya reaksi mereka? Sedih adalah perkara biasa. Menangis juga adalah perkara biasa tetapi tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mampu mengundang masalah lain pula.

Menurut Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, kekecewaan melampau ini terjadi dalam perhubungan cinta atau perkahwinan.

Tindakan tersebut adalah kesan tekanan melampau yang dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu.

''Perbuatan ini perlu dihentikan segera kerana jika dibiarkan, akan membawa padah bukan sahaja kepada insan yang kecewa sebaliknya kepada insan sekelilingnya juga.

''Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah 'takluk' dan 'tandingi' mereka. Sudah pasti kita perlu bersikap lebih agresif. Jika insan kecewa tersebut menangis meraung-raung, pegang atau peluk dirinya agar dia rasa lebih tenang.

''Persoalkan pada dia apakah tindakan dirinya dengan meraung, kecewanya akan hilang? Jika dia putus cinta, persoalkan apakah dengan meraung, cintanya akan kembali bersatu? Kenapa perlu meraung sakitkan fikiran dan emosi sendiri kerana insan yang tidak menyayangi dirinya?

"Sebaliknya tanamkan dalam fikirannya, hidup tidak akan berakhir walau tanpa insan yang mengecewakan dirinya itu," katanya.

Tegas Suzana lagi, minta individu tersebug kenang kembali ibu bapa atau siapa sahaja insan tersayang lain yang ada di dalam hidupnya.

''Jelaskan padanya perasaan insan-insan tersayang itu jika melihat dia yang bersikap sedemikian? Sudah tentu mereka juga akan sedih dan kecewa.

"Apakah dia sanggup kecewakan orang yang betul-betul ikhlas menyayangi semata-mata kerana seorang insan penipu?"

Kata Suzana lagi, pada situasi tersebut kita mungkin perlu tinggikan sedikit suara.

Yang penting takluki dan tandingi emosinya kerana individu yang menangis dan meraung ini terlalu mengikut perasaan hingga tidak mampu memikirkan perkara lain kecuali kekecewaannya.

''Tugas dan peranan anda untuk membawa emosi dan perasaannya ke dunia nyata semula.

" Sama juga jika insan kecewa tersebut menjerit atau marah-marah. Tindakan tersebut adalah satu luahan kekecewaan. Ketika itu, perlu lawan emosi marah tersebut.

" Bukan marahkan sikapnya sebaliknya mengingatkan agar tidak marahkan orang lain yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan kekecewaannya.

''Paling penting, minta dia istighfar ingatkan Allah. Minta rakan anda itu ucapkan Allah, Allah, Allah berulang kali. Insya-Allah, dalam beberapa ketika sahaja, dia akan mula kembali tenteram," ujarnya.

Elakkan daripada membincangkan perkara yang mengecewakan tersebut jika dia belum bersedia.

Hingga tiba saat itu, setiap kali dia cuba luahkan kekecewaannya, minta dia bertenang dan jangan dikenang lagi kisah-kisah lama yang boleh melukakan lagi hatinya.

''Dalam situasi sebegini, elakkan daripada menyebut perkataan sabar sebab ada ketikanya perkataan sabar ini akan lebih menambahkan kekecewaannya.

"Sebenarnya sabar adalah perkara yang perlu dipraktikkan dalam setiap agenda kehidupan namun sabar bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan," terangnya.

Sebaliknya gunakan perkataan tabah, kuat, boleh dan pelbagai lagi kata-kata semangat dan motivasi.

Ceritakan kisah orang lain yang lebih menyayat hati tetapi orang tersebut mampu meneruskan kehidupan seperti biasa agar insan kecewa tadi sedar dan tahu, bukan dia sahaja yang diuji oleh Allah malah ada orang lain yang lebih teruk ujiannya dan mampu meneruskan hidup dengan ceria.

'' Minta dia lebih dekatkan diri kepada Allah dan mohon kekuatan daripada-Nya. Insya-Allah, kekecewaan akan beransur hilang walau kisah duka masih belum luput di fikiran," ujarnya.

 

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Wednesday, May 26, 2010

Azab kaum Ad tolak ajaran Hud


RASUL seterusnya ialah Hud, daripada keturunan Abdullah ibn Rabah ibn al-Khulud Ibn Ad ibn Aus ibn Iram, diutuskan kepada kaum Ad, yang tinggal di al-Ahqaf.

Sebahagian riwayat menyebut al-Ahqaf terletak antara Yaman dan Amman, hingga Hadramaut dan As-Syajar. Kaum Ad terkenal dengan kesombongan dan mempersekutukan Allah, menyembah berhala, seperti Shada, Shamud dan al-Hava.

Hud menyeru kaumnya supaya beribadah kepada Allah, dengan meninggalkan semua bentuk penyembahan berhala kerana ia adalah jalan bagi menghindarkan diri daripada azab di akhirat.


Tetapi kaum Ad beriktikad berhala itu adalah sekutu Allah, malah bagi mereka berhala dapat memberi pertolongan. Mereka bukan saja tidak mahu mengikuti ajaran yang disampaikan, malah merendah dan menghina Hud.

Bagi menghadapi mereka, Hud memperkenalkan dirinya seorang Rasul yang diutuskan Allah. Beliau juga mengatakan dakwahnya itu dengan ikhlas tanpa mempunyai tujuan lain.

Namun, pemimpin kaumnya yang kafir itu berkata: "Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal dan kami menganggap kamu termasuk orang yang berdusta."


Hud menjawab: "Wahai kaumku, tiada padaku kekurangan akal walau sedikit, tetapi aku ini utusan dari Tuhan semesta alam, aku menyampaikan amanah Tuhanku kepadamu dan aku hanya pemberi nasihat kepadamu."

Kaum Ad yang memang bersikap keras kepala terus bersoal jawab. Namun, mereka langsung tidak menerima nasihat dan hujah yang disampaikan Hud. Mereka tidak mensyukuri nikmat Allah, malah bertuhankan hawa nafsu.

Pemimpin mereka berasa keberatan untuk meninggalkan penyembahan berhala.

Kemudian mereka berkata:


"Engkau belum memberi hujah yang jelas dalam dakwahmu. Kami sama sekali tidak akan meninggalkan penyembahan kepada tuhan kami, tidak akan membenarkan dan mengikuti seruanmu. Kami tahu sebahagian kami sembahan kami menimpakan keburukan kepadamu hingga engkau sakit ingatan dan mengucapkan perkataan tidak benar."

Seterusnya, kaum Ad berasa bosan dan marah dengan Hud, kerana sentiasa berdakwah dan menasihati mereka ke jalan yang benar. Mereka tidak mahu lagi mendengar nasihat itu, sebaliknya meneruskan penyembahan berhala.

Kemudian Hud berkata: "Kamu semua pasti akan ditimpa kemurkaan Allah. Tunggulah bersama aku datangnya azab Allah yang akan menimpa kamu."

Lalu mereka menjawab: "Apakah kamu datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah dan meninggalkan apa yang biasa disembah bapa kami?

Datangkanlah azab yang kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang benar."

Hud berkata: "Sungguhnya sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Tuhanmu. Apakah kamu mahu membantah denganku mengenai nama yang kamu sertakan....tunggulah azab itu, sungguhnya aku tidak termasuk orang yang menunggu bersama kamu."

Mereka keras kepala dan buta mata hati. Hud menjelaskan tuhan berhala yang disembah mereka tidak lebih daripada nama yang kosong dan tiada kekuasaan, hanya patung yang tidak masuk akal untuk disembah.

Kesombongan dan kedegilan kaum Ad itu mengundang petanda bala daripada Allah, iaitu kemarau yang panjang dengan tiada hujan selama tiga tahun.

Ketika itu Hud menasihati lagi: "Berdoalah pada Tuhan, mohon ampun daripada dosa yang dilakukan, kemudian bertaubatlah pada Tuhan. Jika kamu lakukan, pasti Dia akan menurunkan hujan yang deras..."

Selepas dilanda kemarau panjang, Allah menurunkan azab terhadap kaum Ad. Mereka dibinasakan dengan taufan yang sangat kencang, dengan semua bangunan tinggi ranap, kebun dan haiwan peliharaan mereka berselerak.

Negeri yang didiami mereka sebelum ini subur dengan tanaman dan mewah dengan bangunan tinggi, bertukar wajah sekelip mata menjadi tandus dan kering, tiada berpenghuni lagi, semata-mata kerana tidak mengikuti ajaran Hud.

Manakala Hud bersama pengikutnya yang beriman kepada Allah sebelum didatangkan azab itu berhijrah ke tempat lain, iaitu ke kota Makkah. Hud tinggal beberapa lama, kemudian meninggal dan dikuburkan di sana.



Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/

Wanita pelengkap kaum Adam

WANITA dalam Islam mempunyai martabat yang tersendiri malah penciptaannya mempunyai rahsia, hikmah serta keistimewaan. Mereka bukan sahaja sebagai pelengkap kehidupan kaum adam tetapi juga penerus generasi manusia di alam ini.
Namun keistimewaan wanita bukanlah sampai ke tahap untuk diagungkan dan kelemahan mereka juga bukan bererti untuk dipijak dan ditindas.

Melihat asal kejadiannya juga yang dicipta dari sebahagian rusuk Nabi Adam a.s, ia tidak dicipta dari kepala kerana mereka bukan makhluk yang perlu dijunjung dan tidak juga diciptakan dari kaki kerana mereka bukan untuk dihina. Tetapi mereka dicipta daripada anggota yang dekat di hati untuk sayangi dan dilindungi.

Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamadun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya dalam pemilikan harta, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan.

Justeru, buku Wanita dan Keluarga ini membincangkan peranan wanita dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, masyarakat dan rumah tangga. Ia boleh dijadikan panduan untuk kaum wanita dan juga lelaki.

Wanita pada hari ini juga sentiasa berhadapan dengan cabaran dan mampu mencabar golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutama kerjaya.

Namun, pada masa yang sama tanggung jawab utama sebagai isteri dan ibu menuntut kepada perhatian dan kualiti yang sewajarnya. Buku ini juga mengupas peranan wanita dalam Islam termasuk aspek pemilihan jodoh, perkahwinan dan tanggung jawab serta peranan terhadap suami.

Contohnya, aspek ketakwaan, akhlak kepada suami serta kebijaksanaan dalam berkomunikasi. Walau bagaimanapun, buku ini bukan sahaja perlu dibaca oleh kaum wanita sebagai panduan berumah tangga tetapi juga kepada kaum lelaki dan suami supaya saling memahami peranan masing-masing.

Ini kerana kebahagiaan itu lahir dari kedua-dua pihak yang berfungsi serta berperanan mengikut lunas-lunas Islam.

Selain itu, buku berharga RM25 ini juga menyediakan panduan bagi ibu bapa dalam mendidik anak-anak dalam menghadapi cabaran semasa. Bermula saat kehamilan, pendidikan anak dalam kandungan, kelahiran dan seterusnya sehingga anak itu membesar dan menjadi dewasa.

Peranan ibu bapa tidak pernah terhenti selagi nyawa di kandung badan. Pelbagai budaya hedonisme yang melingkari kehidupan masyarakat pada hari ini memerlukan ibu bapa mempertingkatkan ilmu serta bijak menangani perubahan minda dan sikap anak-anak.

Justeru, tidak ada erti pencen dalam mendidik anak-anak bagi ibu bapa waima anak itu telah berkahwin.

Transisi dunia kanak-kanak kepada remaja juga perlu difahami oleh ibu bapa supaya mendekati mereka dengan lebih berhemah dan menjadikan mereka sebagai sahabat.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 33 adalah antara panduan yang perlu dijadikan panduan dalam pendidikan anak-anak: Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah suatu hari (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah SWT adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.


Oleh NURUL HIMMAH KASSAN
irdina02@salam.uitm.edu.my

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Tuesday, May 25, 2010

Kaum Tsamud Membangkang Seruan Nabi Saleh a.s.

Dengan susah payah Nabi Saleh menyeru kaumnya agar menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan berhala-berhala mereka, tetapi mereka tetap tidak mahu beriman. Ajakkan dan seruan Nabi Saleh a.s. kepada itu, tidak dihiraukan mereka, bahkan mereka mengejek dengan mengatakan: "Bahawa Nabi Saleh hanya manusia biasa sahaja." Nabi Saleh sedar tentangan dari kaumnya yang menuntut bukti daripadanya berupa mukjizat. Permintaan kaumnya itu adalah bertujuan hendak menghilangkan pengaruh Nabi Saleh a.s. serta kewibawaannya di mata masyarakat Tsamud, terutama sekali dikalangan pengikut Nabi Saleh a.s. sendiri, sekiranya ia gagal memenuhi permintaan kaumnya. Nabi Saleh membalas permintaan mereka dengan menuntut janji dari mereka, bila ia berhasil menunjukkan mukjizat yang mereka minta, kaumnya hendaklah meninggalkan amalan menyembah berhala dan akan mengikut seruan Nabi Saleh a.s.

Setelah persetujuan telah dicapai antara kaum Tsamud dengan Nabi Saleh, maka Nabi Saleh a.s. berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. agar memberikan suatu mukjizat sebagai bukti kebenaran risalah yang disampaikannya terhadap kaum Tsamud. Dengan kekuasaan Allah s.w.t. seekor keluarlah seekor unta betina yang dari belah sebuah batu besar di sebuah bukit. Setelah itu Nabi Saleh berpesan kepada kaumnya. "Inilah dia unta Allah, janganlah kamu ganggu dia, biarlah dia makanan sendiri di atas bumi Allah, dia mempunyai giliran untuk mendapat air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan bagi ternakmu juga dan ketahuilah bahawa Allah menurunkan azabNya bila kamu sampai mengganggu binatang itu."

Keperluan Menulis Item Yang Baik

Kombinasi pelbagai kemahiran diperlukan untuk menulis item bagi mentaksir sesuatu konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan objektif mata pelajaran. Sebagai penulis item mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Penulis item mestilah mengetahui dengan baik konstruk atau perkara yang akan ditaksir dan juga menguasai tempat di mana konstruk itu akan ditaksir seperti tajuk, unit, konteks, tema dan sebagainya. Bila dikatakan menguasai kandungan mata pelajaran di mana konstruk itu akan diuji, ia juga membawa makna selain daripada kandungan mata pelajaran, penulis juga mestilah kesedaran tentang implikasi dan juga salah tanggapan yang selalu dapat dalam mata pelajaran itu.
  2. Penulis item yang menulis item untuk menguji pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran mestilah mempunyai kefahaman tentang falsafah, matlamat dan objektif bagi mata pelajaran itu. Ini memastikan kesahan kandungan. Juga penulis item mestilah biasa dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi membuat pertimbangan professional.
  3. Penulis item mestilah memahami psikologi pendidikan tentang individu yang akan menduduki ujian itu. Ia mestilah biasa dengan perkembangan mental pelajar yang diuji untuk mengubahsuaikan kerencaman dan kesukaran item yang ditulisnya. Penulis item mestilah mendapat mengjangka perkembangan mental ini untuk mengelakkan ambiguity, memberikan clue, pada jawapan, atau mengukur sesuatu yang diluar jangkaan. Ini menagih penulis item memberikan pertimbangan secara professional.
  4. Penulis item mestilah mahir dalam komunikasi verbal. Bukan setakat mengetahui makna perkataan, tetapi juga mengguna makna dengan betul, dan mempunyai kemahiran untuk menyusun perkataan supaya dapat berkomunikasi mengikut apa yang dihasratkan dengan seringkas dan setepat mungkin. Juga penulis perlu sedar tentang pelbagai interprestasi yang boleh dibuat tentang perkataan atau frasa yang digunakan dalam item.
  5. Penulis item mestilah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis item dan pembinaan peraturan permarkahan bagi peruntukan markah. Selain itu penulis item mestilah mempunyai kemahiran untuk menilai item yang dibinanya sendiri dan item yang dibina penulis lain. Di samping itu mesti mengetahui ciri item yang baik, klasifikasi dan mengetahui kesalahan yang selalu dibuat dalam menulis item.
  6. Penulis item mestilah kreatif dan mempunyai daya imiginasi dan pertimbangan yang baik dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang penulisan item.

Maksud Etika Perniagaan



Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah.


Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan berbagai amalan yang tidak sihat, contohnya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalam pasaran.


Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta dan Undang-undang tempatan. Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan Kepercayaan dalam dunia perniagaan. Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian hari kelak.


Contoh keadaan perniagaan tang tidak beretika adalah seperti sesetengah penjual yang mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang berlainan. Ini biasa berlaku di pasar malam atau kedai runcit. Ini dikatakan kurang beretika dan dilarang oleh undang-undang.


Terdapat 5 amalan perniagaan yang bertanggungjawab di Malaysia, antaranya;

  1. Golongan usahawan harus mengenal dan menerima hak-hak pengguna.
  2. Tugas memastikan etika perniagaan yang jujur dan wajar adalah bertanggungjawab utama golongan usahawan.
  3. Sebarang pertanyaan lisan atau tuduhan yang tidak benar, mengelirukan, menipu atau memburuk-burukkan pesaing secara palsu atau tawaran jualan barangan atau perkhidmatan yang tidak jujur seharusnya dikeluarkan.
  4. Pernyataan yang mengelirukan atau butir-butir maklumat amat penting yang ditinggalkan atau dikabur adalah tidak dibenarkan.
  5. Semua amalan perniagaan hendakalah mematuhi prinsip persaingan yang adil. Khususnya dari segi syarat-syarat, pengiklanan, cara pengedaran dan penjualan.
Seoarang usahawan yang beretika tidak bermakna seorang yang lemah atau menjadi mangsa masyarakat. Tetapi ianya akan menyebabkan usahawan menjadi seorang yang tabah dan mematuhi nilai dan Kepercayaan kukuh. Penghayatan terhadap isu-isu etika merupakan satu tanggungjawab sosial yang akan mengukuhkan kedudukan perniagaan dari segi kewangan, meningkatkan kesetiaan pelanggan dan sokongan masyarakat terhadap perniagaan.

Malaikat maut kunjungi Nabi Idris

NABI dan Rasul kedua ialah Idris, seorang yang sabar dan mempunyai martabat inggi. Dia diutuskan Allah untuk memberikan petunjuk kepada keturunan Qabil supaya bertaubat daripada kekufuran.

Nabi Idris dan pengikutnya menyeru makhluk Allah untuk melakukan perkara baik dan mencegah kemungkaran.

Dia termasuk golongan rasul yang wajib diimani setiap orang Islam dan kisahnya dijelaskan Allah melalui al-Quran.

Misalnya, dalam surah Maryam: "Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut) di dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi."

Nama penuhnya, Idris bin Yarad bin Mahlail. Keturunan daripada Syits bin Adam. Dia termasuk seorang nenek moyang Nabi Nuh, menjadi orang pertama dari keturunan Nabi Adam yang diberi darjat.

Pada masa remaja, Idris belajar dengan Syits dan ketika mencapai usia dewasa diangkat menjadi nabi, lalu dia mulai berdakwah dengan melarang kaumnya melanggar syariat Nabi Adam dan Syits, namun tidak ramai yang taat.

Kemudian dia berniat untuk berhijrah, meninggalkan negeri itu dengan menyeru bersama pengikutnya yang sedikit. Mereka keberatan meninggalkan negeri itu lalu berkata kepadanya: "Jika kita pergi dari sini, di mana lagi kita akan menemui negeri yang sama (Babil)."

Idris menjawab: "Jika kita berhijrah kerana Allah, kita akan mendapat rezeki lain."

Kemudian, Idris dan pengikutnya berhijrah ke Mesir dan melihat Sungai Nil, lalu berhenti di sungai itu dan bertasbih kepada Allah. Selepas itu, mereka menyeru manusia supaya menyembah Allah dan berakhlak mulia.

Idris dan pengikutnya tinggal di Mesir selama 82 tahun kemudian Allah mengangkat ke sisi-Nya, seperti firman-Nya: "Dan kami mengangkatnya ke martabat yang tinggi."

Nabi Idris adalah orang pertama yang menulis dengan kalam. Dia sempat berjumpa dengan Nabi Adam selama 308 tahun kerana umur Adam panjang, iaitu 1,000 tahun.

Ketika berdakwah, dia menggalakkan kehidupan zuhud, menyuruh umatnya melakukan solat, puasa, menunaikan zakat dan bersuci daripada hadas, selain mengharamkan minuman keras.

Dia adalah orang pertama yang mengajarkan ilmu politik peradaban dan menetapkan rancangan pembangunan kota. Setiap kumpulan dalam kaumnya mula membangunkan kota, hingga terbina 188 kota ketika itu.

Disebabkan amalan Nabi Idris banyak diterima setiap hari, dia diangkat ke syurga. Malaikat Maut sangat cinta dan merinduinya, lalu meminta izin daripada Allah untuk mengunjungi Idris.

Ketika Malaikat Maut yang menyerupai manusia mengunjungi Idris, dia ketika itu sedang berpuasa sepanjang tahun. Justeru, menjelang waktu berbuka, malaikat datang membawa makanan dari syurga untuk Idris.

Nabi Idris memang rajin melakukan ibadah. Pada satu ketika mengerjakan ibadah, Malaikat Maut menunggu di sampingnya, sehingga terbit fajar dan matahari. Malaikat Maut yang menyerupai lelaki itu masih duduk di sampingnya.

Kemudian mereka berjalan bersama dan meneruskan perjalanan selama empat hari dan sepanjang tempoh itu Nabi Idris melihat banyak keanehan daripada malaikat berkenaan, yang sangat berbeza dengan manusia biasa.

Oleh itu Idris bertanya: "Siapakah engkau ini sebenarnya?"

Malaikat Maut menjawab: "Saya Malaikat Maut."

Idris bertanya: "Apakah engkau ini yang akan mencabut nyawa setiap orang?"

Malaikat berkata: "Ya"

Idris bertanya lagi: "Selama empat hari engkau bersamaku, apakah engkau juga mencabut nyawa orang?"

Malaikat Maut menjawab: "Ya, saya mencabut beberapa nyawa dan sesungguhnya jiwa makhluk itu untukku, sama seperti hidangan di depan saya atau seperti engkau menghadapi sesuap makanan."

Nabi Idris berkata: "Wahai Malaikat Maut, apakah engkau datang ini sekadar berkunjung atau mencabut nyawa saya?"

Malaikat berkata: "Saya datang hanya untuk berkunjung dengan izin Allah.

Idris berkata: "Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai keinginan denganmu."

Malaikat berkata: "Apakah keinginan itu?"

Idris berkata: "Keinginan saya, supaya engkau mencabut jiwa saya, kemudian Allah menghidupkan saya kembali, sehingga saya dapat beribadah kepada Allah selepas saya merasakan sakratulmaut."

Malaikat berkata: "Sesungguhnya saya tidak mencabut nyawa seseorang, melainkan dengan izin Allah."

Selepas itu Allah memberikan wahyu supaya mencabut nyawa Nabi Idris. Malaikat Maut mencabut nyawa Nabi Idris ketika itu juga dan Idris meninggal seketika. Malaikat Maut menangis dan memohon ampun kepada Allah, supaya Dia menghidupkan kawannya (Idris).

Allah menerima permintaan itu, lalu menghidupkan kembali Nabi Idris. Kemudian malaikat berkata: "Wahai saudaraku, bagaimana rasanya maut yang engkau hadapi?"

Idris berkata: "Sesungguhnya, seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup, rasa sakit menghadapi maut itu lebih 1,000 kali gandanya."

Malaikat berkata: "Secara hati-hati dan tidak kasar yang saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah saya lakukan terhadap orang lain."

Kemudian Nabi Idris juga diberikan keizinan bersama Malaikat Maut meninjau neraka jahanam dan syurga.

Apabila dapat masuk ke syurga, dia meletakkan kasutnya di bawah pokok. Kemudian dia keluar dari syurga, lalu berkata: "Wahai Malaikat Maut, kasut saya tertinggal di dalam syurga, hantarkan saya ke dalamnya."

Lalu dihantar kembali Nabi Idris ke syurga dan kali ini dia tidak mahu keluar. Malaikat Maut berkata: "Wahai Idris, keluarlah."

Dijawabnya Idris: "Saya tidak akan keluar kerana Allah sudah berfirman, setiap orang itu merasakan sakratulmaut. Dan sesungguh saya sudah merasakan maut.

Kemudian, Allah mewahyukan kepada malaikat, supaya meninggalkan Idris: "Tinggalkanlah dia (Idris), sesungguhnya Aku telah memutuskan pada zaman penciptaannya dulu, sesungguhnya dia (Idris) termasuk ahli dan keluarga syurga."

 

Sumber: http://klikkhas.bharian.com.my/

Gingko rangsang peredaran darah


Dalam perubatan China, biji gingko biloba dianggap lebih bermanfaat berbanding daun. Ia digunakan untuk merawat asma, masalah keputihan, kencing malam dan tidak terkawal dan tonik paru-paru kerana ia mempunyai bahan anti bakteria dan anti kulat.
Bagaimanapun sejak 30 tahun yang lalu, ahli sains mendapati ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan flavonoid dan terpena lakton yang bertanggungjawab ke atas kebanyakan tindakan biologi dalam tubuh manusia.
Gingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak gingko biloba.
Gingko biloba turut dipercayai memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas. Gingko biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan.
Minyak ikan yang kaya dengan asid dokosaheksanoik juga turut memberi impak kepada rangsangan minda. Rangsangan minda sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak, malah sesuai juga untuk golongan berusia bagi mengekalkan kecergasan minda. Membaca, menyelesaikan teka-teki, teka silang kata serta bermain catur merupakan antara permainan yang boleh merangsang minda.


Sumber: http://www.utusan.com.my/

Monday, May 24, 2010

Perbezaan Antara Dosa Adam a.s. dan Syaitan Laknatullah


Syaitan melakukan kesalahan dengan tidak menuruti perintah Allah s.w.t. dalam keadaan sedar dan tahu. Syaitan juga tidak mengaku kesalahannya, kerana sifatnya yang sombong dan takabbur di hadapan Allah s.w.t. Sikapnya itulah menyebabkan syaitan tidak mahu meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Sedangkan Nabi Adam a.s. melanggar larangan Allah s.w.t. adalah disebabkan dorongan hawa nafsu dan tipu daya serta pujuk rayu dari syaitan yang mengajak ke arah kejahatan. Kesalahan Nabi Adam adalah lebih ringan daripada kesalahan syaitan. Nabi Adam juga telah menyesal setelah menyedari bahawa ia telah melanggar perintah dan larangan Allah s.w.t. Nabi Adam a.s. sedar apabila ditegur, seperti firman Allah yang bermaksud:

    "Bukankah telah Aku tegah kamu berdua dari memakan buah pohon khuldi itu, dan bukankah sudah Aku katakana kepadamu berdua, bahawa syaitan itu bagimu adalah musuh yang paling nyata!" (Al-A'raf: 22)

Nabi Saleh Diutus Untuk Kaum Tsamud


Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tidak akan membiarkan hamba-hambaNya berada dalam kegelapan terus menerus tanpa diutus Nabi untuk memberi penerangan untuk menyuluh umat manusia dari dalam kegelapan serta kesesatan. Allah s.w.t. tidak akan menurunkan azab atau seksa sesuatu umat sebelum mereka diperingatkan dan diberi petunjuk olehNya melalui perantaraan seorang Nabi yang dipilih menjadi utusanNya. Begitu juga kaum Tsamud, mereka diutuskan Nabi Saleh iaitu dari kaumnya sendiri serta dari sebuah keluarga yang paling dihormati oleh kaumnya. Nabi Saleh terkenal dengan tangkas, cerdik, pandai, rendah diri dan ramah tamah dalam pergaulan.

Nabi Saleh menyeru umatnya menyembah Allah Tuhan yang Maha Esa, yang telah menciptakan mereka, mencipta alam semesta, menciptakan tanah yang subur untuk menghasilkan tumbuhan-tumbuhan sebagai makanan harian, mencipta binatang-binatang ternakan untuk keperluan penghidupan. Dengan kenikmatan serta kemewahan yang dikurniakan Allah, sepatutnya Allah sahaja yang perlu disembah, bukannya patung-patung yang mereka bina sendiri dari batu-batu gunung. Nabi Saleh a.s. berdakwah sebenarnya patung-patung yang mereka sembah langsung tidak mempunyai kuasa dan tidak mampu memberi sesuatu atau melindungi mereka dari bahaya. Namun begitu kaum Tsamud enggan dan ingkar seruan Nabi Saleh a.s.