Monday, May 3, 2010

Perbezaan Konsep Usahawan dan Peniaga


Definisi peniaga


Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan Perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan, dan jika ia melibatkan diri dalam kegiatan Perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya. Ia berniaga semata-mata untuk mendapat untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah untuk mencapai matlamat peribadi


Ciri-ciri Peniaga

  1. Membeli barang untuk menjual semula.
  2. Harga dibeli berbeza dengan barang dijual semula, selalunya lebih tinggi.
  3. Mempunyai sifat berkebolehan mengurus perniagaan dengan baik dan mempu mengurus wang, pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya teratur dan sistematik.
  4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers